Sunday, May 13, 2012

.:: You are the number ONE for me ::.

Assalamualaikum..


Rata-rata tengok banyak post pasal ibu kat fb, jadi, post kali nih saya nak bercerita tentang mak abah saya, ada suka ada duka..


kadang-kadang kita tengok kehidupan seseorang tu, penuh dengan kemewahan, tapi belum tentu dia bahagia. and bila kita tengok seseorang tu sentiasa tersenyum, belum tentu dia tak pernah berduka...
kita tak tahu bagaimana hidup seseorang tu, kisah silamnya yang mungkin penuh dengan ranjau duri, yang kita tahu, hanya mengkritik dan terus mengkritik.. pernah tak kita rasa nak tahuuu ja apa orang rasa, mesti nak kan, macam tu lah saya, kalau bersahabat, saya nak tahu semua tentang dia, apa yang dia rasa, tapi tak semua yang mahu berkongsi kan :)

Bila kita katakan ' alaa tu urusan dia, jangann campur' tapi tidak bagi saya, selagimana ada kudrat, selagi tu la saya nak tolong urusan seseorang tu walaupun tanpa meminta.. Rasa kepuasan bila dapat tolong orang dalam susah walaupun hal kita sendiri tak perfect, because we believe that ada Allah yang boleh tolong kita..

Saya suka melihat kehidupan seseorang tu, then saya berfikir ' hidup dia tak sesempurna aku,tapi kehidupan dia tetap sempurna di mata aku'
ketakwaan dia pada Allah,
kasih sayangnya pada junjungan Nabi Muhammad  saw,
kemesraan dengan keluarga,
pergaulannya dengan rakan-rakan,
nampak sempurna di mata saya.

Mak saya selalu menjadi inspirasi buat saya.. ketaatan dia pada abah demi mencapai redha Allah.. kekuatan dia mengurus dan membesarkan kelima-lima anaknya Kak Yang, Abg pih, Kak Mira, Abang & saya..
Saya bertekad, bila saya dah besar, saya nak tiru mak.
satu malam, emak pernah bercerita, dia cakap dulu-dulu masa abah nak mengurat mak, abah kayuh basikal, datang depan rumah.. abah dengan adiknya(pakcik saya).. Niat 2 orang nak mengurat mak , mak dapat tahu yang pakcik pun minat kat mak, tapi mak terpikat dengan pengorbanan abah, walaupun masa tu abah memang datang nak tengok mak, tapi dia buat-buat tak nampak sebab nak jaga hati adiknya. Ya Allah, abah ! ^^
abah kahwin dengan emak, 5 tahun baru dapat anak.. abah cakap ' ada hikmah Allah tak bagi anak masa tu, sebab masa tu abah dengan mak susah, abah takut abah tak dapat puaskan hati anak-anak abah' =(






Lepas 5 tahun. abah dapat anak sulung, perempuan.Yusniliza Mat Yusof. panggil Yang sebab 5 tahun tak dapat anak, dah dapat terus saYANG :)
Masa zaman Kak Yang, mak cerita.. abah dengan mak suka simpan makanan, sebab pernah terjadi, masa tu kakyang cakap kakyang taknak makan. lepas dah habis, kakyang nangis-nangis nak makan. abah sedih masa tu, start dari itu, abah dengan mak selalu dahulukan makanan buat anak-anak walaupun mak abah makan tak berlauk.
sampai lah sekarang. saya dapat lihat, kalau kat meja makan, mak ambil seekor lauk, tapi mak ambil kepala ja. yang bahagian badan mak letakkan dalam pinggan saya. pernah sekali lepas mak buat macam tu, saya terus masuk bilik, nangis. terharu dengan apa yang mak buat. mak panggil tanya kenapa, saya cakap lupa tutup kipas dalam bilik. Ya Allah, sangat-sangat sedih masa tu, maaf mak, sebab menipu. Adik tak mahu mak tahu adik nangis..


Masa saya kecik-kecik, saya masih ingat cara abah protect, time tu pergi percutian keluarga dekat Kelantan, kawan abah, Ayah angkat saya (Ayah husin)  selalu menyakat saya, pernah masa tu umur saya 5 tahun, Ayah Husin letak saya tepi pantai, sebab nak tangkap gambar, saya nangis, sebab takut pantai.. Abah lari nak pergi ambil saya sambil ketawa tengok saya yang nangis, Ayah Husin terus snap gambar, gambar tu still ada lagi sekarang nih, gambar saya atas batu sambil nangis & abah yang berlari sambil tersenyum nak dapatkan saya. Bila tengok balik gambar tu, terus nangis. Sayang abah sangat2..

Dalam post mak abah  saya pernah cerita pasal abah yang selalu beli hadiah untuk saya bila pergi kursus mana2.. :)
Mak lalui banyak ujian dalam hidup,Mak suka bercerita pasal dulu-dulu, macam mana emak lalui kehidupan sebelum kahwin dengan abah, kebahagiaan mak masa kahwin dengan abah..
3tahun lepas bila mak kehilangan abang yang tersayang, mak menangis. semua keluarga pergi kulim nak menziarah. balik rumah, malam tu masuk bilik saya
' adik, jom baca yassin utk wa '
 masa baca mak nangis, sebab terlalu rindukan abangnya. saya pun :(




Sekarang saya dah besar.. dah masuk u. Alhamdulillah, berkat doa mak abah yang tak pernah putus-putus. 
Ingat lagi masa daftar unisza, muka mak yang sangat-sangat sayu, tapi mak senyum ja. masa mak dan abah n kakak abang nak balik, wajah terakhir yang saya tengok melalui tingkap asrama, wajah mak. Mak turun tangga sambil tengok saya. Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu, nangis. Malam-malam minggu orentasi nangis, mak call 
'' mak.. adik rindu kat mak ''
tapi mak tak nangis time tu, mak terus bagi fon kat abang, abang pujuk saya.


solat maghrib, ada ceramah kat masjid unisza pasal ibu bapa. nangis lagi, masa tu housemate tenangkan.
Ya, memang saya tak kuat masa tu. sangat-sangat tak kuat.  rindu mak dengan abah. rindukan anak-anak buah, Amsyar yang saya jaga dia dari umur dia sehari sampai dia 3bulan saya kena daftar unisza.
bagi saya, keluarga segala-galanya.. Biar kadang-kadang saya tak dapat apa pun, janji saya ada keluarga. Pernah saya terima ujian yang sangat-sangat saya tak mampu tempuhi, masa tu saya tersedar.

aku ada Allah untuk tunjukkan jalan
aku ada Rasulullah untuk diikuti
aku ada keluarga yang sentiasa disisi aku.


Apa lagi yang diperlukan ?

Saya suka perhatikan mak abah saya berurusan dengan orang, Mak tak pernah kisah pasal hati dia sendiri, asalkan dia dapat menjaga hati orang. Dia tak kisah kalau dia dapat susah, asalkan dia dapat menolong orang.. 2hari lepas kenduri rumah maksu, ya Allah, emak la paling sibuk, sampai kesian tengok mak. Tolong mak memasak..

Abah.. seorang yang kelakar, time marah pun boleh buat lawak lagi. Suka tengok abah, musim sekarang nih musim renovate rumah, abah ajak saya cat rumah, gantung segala perhiasan, angkat perabut dengan abang-abang. Masa tu macam tengok 'super spontan' pulak. Abah buat lawak ^^ 

Allah.. masa cepat berjalan.. Rasa macam baru semalam abah dukung masa dekat Kelantan,
Segala pengorbanan mak dan abah tak pernah luput di ingatan..
pakcik makcik saya selalu cakap

'perangai Nadia sebijik macam mak dia, kak Ani's junior.. ngeh3 '


Hajat saya hanya satu, impian.. nak bawak mak abah pergi Mekah, mak abah orang pertama yang akan saya bawa. insyaAllah..
Saya tak kisah kalau orang cakap saya anak mak, sebab ya! saya memang anak mak abah saya. masa balik cuti, saya cakap kat mak
' mak.. adik nak kahwin awal boleh ?'


mak cakap 'Ilmu adik dah cukup nak bagi kat anak-anak nanti ?''


tersentap ! ya.. mak memang tak benarkan saya kahwin awal, tapi mak cakap, kalau dah jodoh, mak tak dapat nak halang. harapan mak kalau boleh, nak tengok adik hidup senang dulu, adik kerja, adik dah jadi seorang yang berjaya, baru mak nak menantu :)

mak cakap, abah pernah kata, kalau adik kahwin nanti, mahar adik abah serahkan kepada pihak lelaki. Berapa nilai yang pihak lelaki 'pandang' pada adik, abah terima, TAPIII. abah nak tengok dulu 'nilaian' lelaki tu terhadap adik ^^
insyaAllah..

mak abah.. tak ada yang paling berharga dalam dunia ini selain mak abah..
beberapa minggu saja lagi nak balik u.. tadi makan, teman mak.. tengok mak makan sedap, mak terus suap. ya Allah, walaupun mak letak ikan masin, tapi tetap sedap ! macam makan pizza.. hehehe..

ya Allah, berkati hidup mak abah, biarlah pahala apa yang aku lakukan, berikanlah kepada mak abah aku, untuk saham mereka di akhirat nanti. Lindungilah mereka dunia akhirat.. Amiin :)

mak abah, u know u are the number ONE for me <(^^)>


Nadia Yusof
13/05/2012

Sunday, April 29, 2012

.:: Surat cinta ke - 19 ::.



Assalamualaikum..
Alhamdulillah,dah 19 tahun saya. Setahun lagi capai la angka 20. Hm, apa ada pada 20 ya ? orang cakap kalau dah sampai angka 20, dah matang, dah boleh berdikari, saya dah matang belum ?  tak boleh nak jawab lagi.. mak cakap
' tidur pun kadang-kadang dengan mak, macam mana matang tu ? '
 hehe.. ada sesiapa boleh definisikan tak matang tu macam mana..

semalam mak buat kenduri, sempena birthday anak bongsunya nih, buat awal sikit sebab hari ahad abang2 kakak2 semua ada hal lain, jadi buat awal sehari. Semua yang datang cakap nih kenduri tunang saya. Saya jemput kawan-kawan kat FB cakap 
'haah, kenduri tunang saya lar, mai la noo.. bwk adiah skali..haha :P '

Buat persediaan dari malam lagi, teman kakak pergi beli barang dekat supermarket, tempah kek anak saudara. sebab nih kenduri anak saudara saya jugak, Muhammad Amsyar Zakquan, birthday dia 24/04, jadi mak nak buat untuk cucunya sekali. Mula-mula kakak nak tempah kek Angry bird, tapi abang kat Fairy cake tu cakap kalau nak kek tu kena tempah 2 hari awal, sebab kek tu straight dari kilang, kalau nak esok memang tak boleh, akak kena ambil kek yang ada dalam fridge tu aje. So, tengok punya tengok, yang ada kartun cuma mickey mouse dan spiderman. Akak ambik spiderman. Sebab amsyar pon memang peminat spiderman. Dah tempah semua, tetiba nampak Abang Pih, dengan akak ipar saya, Kak Su, shoping erk. tak bawak anak-anak pulak tu. :D

Malam sudahhh, Sampai lah rumah tercinta. Sampai-sampai ja, kemas rumah. Rumah saya tengah renovate, berselerak sikit rumah, err bukan sikit..banyak! sapu sampah, vacum, mop lantai. kemas bilik-bilik, susun segala perabot, basuh pinggan yang nak guna untuk esok. lepas tu tolong kakak buat kelengkapan untuk bihun sup esok.

Keesokan harinya. bangun-bangun once again kemas rumah. abah dapat call, adik angkat dia, Pak Najib dari Penang nak datang rumah, memang rezeki mereka sekeluarga kan, langkah kanan. hehe. Kakak bagi arahan, ' so kita masak, sebab Pak Najib sampai tengah hari, kita masak sup, bakar daging, ikan goreng, udang masak kunyit n bla..blaa..blaa ' Leftenan Adnan di dapur :P

Tengah hari Pak Najib sampai, semua anak-anak perempuan mak abah bertempeliaran cari tudung, sebab sibuk kat dapur. huhuh
1 keluarga datang, mula-mula hidang ketupat sebab mak hajat nak buat ketupat dengan rendang ayam.
Lepas tu abang ajak pergi ambil kek Amsyar dekat Fairy yang tempah semalam. Then ambil kek saya pulak kat rumah kawan. Alhamdulillah, sedap kek yang Manal buat, terima kasih awak :)
cokolat vanilla :)


Balik sampai rumah, orang dah ramai. Jiran-jiran, saudara mara. Kawan-kawan saya jugak. Manal, Hairul a.k.a. Fakharuddin Athar. Tasnim dan Linda call. diorang cakap tak dapat datang sebab Linda tak sihat. okeh agak down T___T
Dengar ada orang bagi salam. Rupanya Tasnim dengan Linda ! arrrr.. terkono ! hehe..
Tasnim cakap ' orang g beli hadiah lar, tak kan marah kot'
hahaha.. Tak marah la, sayang <3 :D
Duduk makan-makan. lama tak jumpa. macam-macam pulak story. ehek !
Naik moto pergi hantar diorang dekat jalan depan. Jadi tontonan ramai pulak. huhuh.
Balik rumah tolong mak kat dapur pulak, cuci pinggan mangkuk yang ada.
malam pulak bukak hadiah ! dah 19 tahun wajib dapat hadiah lagi :P



Tengah malam pulak, semua kat rumah menunggu detik 12 tengah malam. nak wish. haha. Alhamdulillah, Syukran ya Allah, beri hamba keluarga yang bahagia ini :)

rindu :)
kawan-kawan hantar mesej ucap birthday, kawan SK Jelempok, SMKAA,UNISZA, kawan blogger, saudara mara, sayang korang lillahi taala *senyum lagi 



mak abah- terima kasih dengan kasih sayang mak abah kat adik, insyaAllah orang takkan lupakan semuanya, dari adik usia sehari, sampai la orang dah besar 19 tahun, semuanya ! sayang mak abah sebab bagi didikan agama sampai adik boleh jadi macam nih, terima kasih ceramah mak tiap-tiap malam, mak banyak mengajar orang. Nanti dah balik Unisza mesti rindu nak dengar mak ceramah * telefon tiap-tiap malam tau :) abah ! terima kasih ajar adik sampai adik boleh jadi 'kuat' macam abah. sayang abah :)
candid lagi ! sweet x :)


kakak2 abang2 - harap bersabar ye melayan adik yang bongsu nih, kadang-kadang mengada-ngada tu sebab nak perhatian lebih :) jangan marah tau. Lepas nih nak shopping lagi.

anak2 saudara- Aliff Zamir, Adam Syahmi, Ain Ayuni, Aidil Mustaqim, Amsyar Zakquan.. terima kasih sebab jadi anak-anak acu yang sangat comel :D dengar cakap acu tau lepas nih, kalau acu dah balik unisza, dengar cakap mama abah kamu ye.



kawan2 - kawan2 sk Jelempok, SMKAA, unisza, blogger.. special jugak 4Bradeq :) Allah pilih korang untuk jadi kawan saya, Alhamdulillah Allah beri lebih dari yang saya minta.. terus jadi 'cermin' diri saya :D
kenangan SMKA Arau.. :)

kenangan syariah unisza :)


* dah cakap banyak. kesimpulannya. Alhamdulillah. terima kasih Allah, semoga Engkau berkati hidup aku. supaya aku dapat menjadi anak yang solehah, muslimah solehah, isteri solehah dan ummi yang mithali :) insyaAllah *


Nadia Yusof
29/04/2012

Wednesday, April 18, 2012

.:: Jangan risau, Allah sayang kita ^_^ ::.

Assalamualaikum..


Saat tempuh liku-liku kehidupan ini..
sedarkah kita tidak lepas daripada diuji ?
kita diuji kehilangan insan tersayang..
kita diuji dengan caci maki orang..
kita diuji dengan fitnah dunia..
kita diuji dengan memilih pasangan hidup..
kita diuji hidup bersendirian sebatang kara di dunia ini..
ada yang apabila diuji, terima dengan hati yang redha,
ada yang apabila diuji, tertekan sehingga membawa kepada kematian yang sia-sia..
ada yang apabila diuji, menjadikan ia sebagai suatu cabaran pada dirinya untuk lebih bersemangat dalam mencapai keredhaan Rabbnya..
tapi percayalah..
kesenangan mahupun kesusahan itu datangnya daripada Allah..
Dia nak lihat kita bergantung kepadaNya atau pun tidak..
Dia nak lihat kita bersyukur ataupun tidak dengan nikmatNya..
andai kita biar diri kita menerima ujian dengan jiwa yang tertekan,
ia hanya mengaburi pedoman..
kembalilah kepadaNya, pergilah kepadaNya untuk mencari bimbingan..

Andai kita berjalan mengejarNya, Dia berlari mengejar kita..
Andai satu langkah kita berjalan kepadaNya, seribu langkah Dia dekat kepada kita..


Jadi, walau apa jua pun ujian yang melanda dalam kehidupan kita, 
kita akan tabah menerimanya kerana kita percaya ALLAH bersama kita..

ingatlah, nikmat kesenangan itu tidak akan selamanya kekal..
kesusahan juga, tidak akan selamanya susah, jika ada usaha daripada kita..
Allah pasti akan beri kesenangan pada kita suatu hari nanti setelah pelbagai kesusahan kita tempuh..

Ujian kan tarbiyyah daripada Allah..
Allah mengajar kita daripada ujian-ujian yang Dia beri kepada kita..
semua insan tidak dapat lari daripada menerima ujian kerana inilah bukti kasih, sayang, cinta Allah kepada kita

ketika Allah RINDU pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah HADIAH istimewa melalui
malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN, Dalam hadits Qudsi Allah berfirman :


''Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana 
aku ingin mendengar rintihannya..''
(HR Thabrani dari Abu Umamah)


Andai kita tidak diuji, bermakna Allah tidak menyayangi kita..
Kenapa Allah tidak menyayangi kita ?? kerana kita yang tidak menyayangiNya..
Andai solat pun kita tinggalkan. aurat pun kita tidak jaga, mengumpat orang tak tentu hala, bercouple without nikah.. bagaimana Allah nak menyayangi kita jika inilah sikap kita kepadaNya..


- Jika sedih jangan pendam dalam hati... Ada ALLAH tempat berdoa ^_^ -

Nadia Alzahra
19/04/2012

Tuesday, April 17, 2012

.:: saya bukan yang terbaik ::.

Assalamualaikum..

* kadang-kadang kita rasakan kita dah buat yang terbaik untuk diri kita, tapi kita tak pernah nak bersyukur..

*kadang-kadang kita nak semua orang di samping kita, tapi kita tak tahu nak ke orang di samping kita..

*kadang-kadang kita nak memuaskan hati semua orang walaupun hati kita tersisih, tapi mampu tak kita nak buat semua tu ..

*kadang-kadang kita nak buat bagi orang senyum, tapi terhibur ke orang tika kita wujud disisi mereka..

*kadang-kadang kita nak selesaikan semua masalah orang, tapi nak ke orang share masalah dengan kita..

*kadang-kadang kita rasa dekat dengan orang tu, tapi rasakah orang itu kewujudan kita..

*kadang-kadang kita cuba mencari apa salah kita, apakah kita lakukan kesalahan, tapi tak mampu juga kita nak selesaikan perkara tersebut..

*kadang-kadang kita cuba selami hati orang, tapi layakkah kita mencangkul hati orang tersebut..

*kadang-kadang kita cuba tersenyum walaupun perit, tapi apakah senyuman itu nampak ikhlas di bibir kita..

*kadang-kadang kita dah nampak kebahagiaan di depan kita, tapi rapatkah kebahagiaan itu untuk kita..

*kadang-kadang kita cuba untuk bersuara, tapi mahukah orang mendengar kata-kata itu..

*kadang-kadang diam itu lebih baik dari menyatakan sesuatu tapi tak dihiraukan orang..


-ya Allah, aku telah lakukan yang terbaik.. aku serahkan semuanya padaMu.. hanya Engkau yang mampu mentakdirkan sesuatu.. biarlah saat ini hati ini merasa sebegini, biar hancur hati ini, moga-moga aku mampu memuaskan hati orang lain, ya Allah, bantu aku.. tenangkan hatiku, aku menyayangi sahabatku itu keranaMu.. biarkan kasih sayang ini mengalir hingga ke hujung nafas aku, Rahmati dia ya Allah -

'' jika kamu boleh membuatkan dirimu tidak dikenali, maka lakukanlah.. Apa salahnya jika kamu tidak dipuji ? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tapi puji disisi Allah? ''



Nadia Yusof
 17/04/2012

Thursday, March 29, 2012

.:: Ustazah pon jatuh cinta jugak ::.

Bismillahirahmanirrahim.

Ketika ustazah jatuh cinta ???




Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.. Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia ? Tapi layakkah
ustazah jatuh cinta ? Mereka juga punya hati dan perasaan.. Tetapi tahukah betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya ? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di hati, namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci. Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya yang mereka rasakan adalah kesedihan tidak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kebimbangan yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan dihatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itupun akan dilakukan. Alangkah kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada hanyalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu.


p/s : janganlah bimbang kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimanapun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja, semuanya akan indah pada waktunya, insyaAllah , semuanya dengan izin ALLAH..


* kalau dah jodoh, tak kenal pon boleh jadi jodoh jugak ^__^ 

Nadia Yusof
29/3/2012

Monday, March 26, 2012

.:: Ketika HATI pun turut tersenyum::.

Bismillahirrahmanirrahim..

JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. adakalanya, kita diberi petunjuk melalui mimpi, sesungguhnya mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya, jika tidak, TOLAKLAH dengan baik..

belajarlah jatuh cinta, iaitu jatuh cinta dengan DIRI SENDIRI, dahulu jika kita sering membenci diri MELIHAT cermin, sehingga kita tidak sedar ada cermin di dalam HATI, pantulan cermin hati itu kepada PENCIPTA.. belajarlah jatuh cinta lagi, kepada perkara yang kita TIDAK SUKA..rupanya itulah yang kita akan jatuh cinta, perkara yang membawa kita dekat dengan PENCIPTA..

Dan apabila jatuh cinta pada seorang INSAN, saat yang tidak dapat kita elakkan.. dari KEJAUHAN, di hadapannya.. MALU untuk mendekati, MALU untuk memandang.. Tetapi dihadapan PENCIPTA, terang-terangan meminta DIRINYA.. kerana mengingatinya membawa ingatan ini pada PENCIPTA, mungkin kita harus belajar jatuh cinta lagi..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka CINTAILAH sesuatu yang kamu miliki, jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.. jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi PANDUAN untuk bercinta..

Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya, ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak..

Yang harus cerewet pastinya adalah WANITA..ini kerana dia sedang memilih calon idaman hatinya.. dan sudah pasti, dia mahukan calon IMAM yang mampu membimbingnya dengan baik didunia dan dibawa bekalan di akhira kelak..
Ini kerana memilih bakal IMAM, lebih penting dari memilih bakal MAKMUM..
Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya..insyaAllah..


tapi.. mudahnya hati untuk tertawan walau akal MENEGAH dan memberi amaran..

Andai masih ada RINDU,
pohon hilangkan lah ia dari HATI ini..
kerana KETIDAKPASTIAN itu mengganggu..
perasaan ini MENGECEWAKAN insan yang menunggu..
tidak rela terusan terbelenggu..dalam pencarian PERMATA berharga MILIKMU..

- walau apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.. tetapkanlah YAKIN, bahawa Allah Lebih Tahu akan Segalanya.. Allah Mendengar segala yang berlagu dan bergema dalam hatimu-
dont be serius.. tetaplah tersenyum.. :D



Nadia Yusof
27/3/2012

Tuesday, March 20, 2012

.:: Pesanan kepada wanita yang bakal mendirikan masjid ::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dedikasi buat sahabat yang tengah 'berdebar-debar'.. insyaAllah, dengan doa yang dipanjatkan, urusan awak akan dipermudahkan.. Amiin :)

Enam pesanan khusus untuk wanita.


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita tinggal sembahyang.

2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi s.a.w (Ta'lim) di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal atau Muntakhab Ahadith, ini amalah sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah
" Ya Allah apa dosa saya sehingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini "

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi Muhammad s.a.w seperti doa tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari Malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galakkan suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Surau / Masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Nadia Yusof
20/3/2012