Monday, February 28, 2011

~wAnitA yAnG menGgegarkan sEjAraH iSLaM~

Bissmillahirahmanirahim..
bermula hari d pagi ini dgn rasa syukur kpda Allah SWT krana diberikan peluang untuk bernafas lagi..krana d beri pluang untuk beribadah kpadanya lagi..SYUKUR YA ALLAH..mulakan hari2ku dgn keredhaan-Mu..
sahabat2 sekalian..kali ini saya ignin mnceritakan tntang sebuah cerita spt tajuk d atas.."wanita yg menggegarkan sejarah islam"

Pda satu mlam , seorang wanita kluar dri rumahnya dgn mmbawa obor yg menyala-nyala d tangan kanannya dan sebaldi air d tgn kirinya..Dia pergi mngelilingi kmpung mnjerit dgn kuat..
"wahai manusia, seandainya kamu beribadah pada Allah dan mengharapkan syurga..Maka, biarkan syurga itu ku bakar dgn api ini! Dan,apabila kamu menjauhi mksiat oleh sbb takut akan neraka. Maka, biarkan neraka itu ku siram dgn sebaldi air yg ada d tgn kiriku...!"

         Siapakah wanita yg berani mnjentik kesedaran org d sekelilingnya, dan mungkin jga kita? Siapa lagi jika bukan Rabi'ah Adawiyah... Ya,Rabi'ah Adawiyah... Wanita suci yg spanjang hayatnya mngajar cara2 beribadah pada Allah dgn tujuan mncintai-Nya dgn tulus..Dia ialah seorg sufi yg mmbawa corak baru dlm pnghayatan islam mlalui ajaran cinta.. Seluruh ajaran islam dlaksanakan bukan d sebabkan, ' Ini semua krana perintah-Nya dan harus d laksanakan utk mngharapkan syurga-Nya,' bukan juga kerana itu, ' itu harus d jauhi karana takut akan seksaan-Nya'...Namun, dia melaksnakan printah dan mnjauhi smua larangan-Nya dsebabkan cinta sebenar-benarnya cinta ( al-hubb haqq al-hubb)..
        Bukankah seorg yg mncintai akan brhias rapi dan wangi dlm solatnya, melebihi saat pertemuan dgn org yg pling d cintainya sekalipun?Bahkan, kerap kali dia menangis dlm solatnya..Cucuran air mata org yg mncintai ini bentuk ungkapan kerinduan,cinta dan kebahagiaan ketika "berjumpa" dgn-Nya..
          dgrkan, kata2 Rabi'ah Adawiyah yg trbentuk dlm alunan puisinya:


Ya Tuhanku !
tenggelamkan aku dlm mncintai-Mu
sehinnga tiada satu pun yg dapat memalingkan aku dari-Mu
Kekasihku tidak mnyamai kekasih lain biar bagaimana pun
tiada selain Dia dalam hatiku mmpunyai tmpat mana pun
Kekasihku ghaib drpd penglihatanku dan peribadiku sekali pun
akan tetapi,Dia tidak pernah ghaib d dalam hatiku walau sedetik pun
aku mencintai-Mu...
oh, Tuhan tercinta...
dengan cinta yg penuh kesenangan
kerana Engkau lah yg layak untuk d cintai
adapun cinta hawa
maka aku akan sibuk mengingati-Mu dripada yg  lain
ku harap Kau bukan tabir untukku
sehingga aku dapat memandang-Mu
maka ujian yg ini dan itu bukan untukku
Melainkan hanya untuk-Mu
  
Bagi Rabi'ah, bukan cinta apabila pnghambaan mnusia ada ganjarannya..Juga bukan cinta, apabila ibadah manusia mmiliki tujuan duniawi sebagaimana yg d gambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis dari Abu Hurairah r.a yg mnceritakan bhawa ada org dalam kumpulan brtanya padanya, "Whai Tuan, ceritakan kpdaku sebuah hadis yg kamu dgr secara langsung drpd Rasulullah!" "saya mendengar Rasulullah SAW brsabda, 'Sesungguhnya,orang yg pertama kali d adili pada hari kiamat adalah org yg mati syahid..Dia d bawa dan d tanya akan nikmatnya, lalu dia mengakuinya..Allah mnjawab, 'Kamu berdusta,tetapi kamu berperang supaya orang brkata bahawa kamu berani dan itu telah d katakannya..' Lalu, Allah SWT memerintahkan agar wajahnya d tarik, kmudian dlemparkan ke dalam api neraka..
              

                       Berikutnya adalah org yg mmpelajari ilmu, mngajarkannya dan suka mmbaca Al-Quran d bawa pada-Nya..Nikmatnya d tanya dan dia mngakuinya..Allah brkata, 'Apakah yg kamu lakukan d dunia ini?' Dia menjawab, 'Saya mmpelajari ilmu dan suka membaca Al-Quran krana-Mu' Allah SWT berfirman, 'Kmau berdusta ! kerana kamu mmpelajari ilmu supaya orang mngatakan bahawa kamu pandai dan pakar dalam bidang Al-Quran dan semua itu telah d ucapkan oleh mereka.'

                      Seterusnya org yg d berikan kelapangan oleh Allah dan d beri berbagai jenis harta akan d bawa dan d tanya akan nikmatnya dan dia mengakuinya. Allah SWT berfirman, 'Apakah yg kamu lakukan d dunia ini?' Dia menjawab, 'Saya tdak meninggalkan jalan yg Engkau sukai supaya  mengifakkan harta, melainkan saya mengifakkannya kerana-Mu..'
Allah menjawab, 'Kamu berdusta,tetapi kamu melakukannya supaya kamu d katakan sbg org dermawan dan itu telah d katakannya..' Allah lalu memerintahkan agar wajahnya d tarik dan d lemparkan ke dalam api neraka."(HR.Muslim)

                  Na'udzubillah min dzalik ! itulah nasib manusia yg beribadah brdasarkan tujuan duniawi dan ironinya itu sering d alami oleh kita !
Kini,masihkah kita tidak tahu bahawa beribadah kerana tujuan dunia.maka yg rugi ; baik waktu,harta mahupun  tenaga-adalah diri kita?
wallahualam...
Nadia Alzahra
1/3/2011




  

Saturday, February 26, 2011

::: hatiku sudah d miliki ::::

Rijal.. maafkan aku jika tinta ku ini mengusik atimu..
Byk yg ingin ku katakan pdamu..
Ketahuilah  rijal..kini atiku sudah d miliki..tak mampu aku mneruskan phubungan kita,meskipun sekadar sahabat..
Mungkin dirimu tidak pernah mmpedulikan diriku ini,,tapi ketahuilah,
Dirimu tidak pernah lekang dari bbir ku utk menitip doa kepada Allah SWT..


rijal..,maafkan aku jika dirimu terusik dgn petah ku ini..diriku kini dalam tarbiah utk mendekatkan hati ku kpd Kekasih Hati ku..maafkan aku jika aku membelakangkan mu..


rijal, kita bukan sepeti dulu lagi…kita tidak boleh seperti dahulu lagi..kerana ak tlah berjanji kpd Kekasih Hati   ku,utk tidak membelakangkan cinta-Nya..


rijal, ak minta maaf jika selama ini diriku tdak mampu mnjadi yg terbaik utkmu,,jika selama ini engkau tdak dpat apa yg engkau inginkan dariku..kerana ak hanya manusia biasa,,
Akan ku minta kpd Kekasih Htiku supaya menerima ak  apa adanya..kerana Kekasih ku ini   memandang  hanya agama yg ada padaku…insyaAllah rijal…akan aku dekatkan hatiku kpd Kekasih ku supaya hatiku terpelihara drp kekufuran..

rijal…ketahuilah,rahsia Allah sgt indah….sdah dia sdiakan yg terindah utk kita,cma terpulang pda kita mnilai corak khidupan kita,adakah atas lndasan syariat islam ataupun tidak,,wallahualam..

rijal....jgn engkau mmbenci diriku jika ak mnyakitimu,,.
Sesungguhnya ak jua mnusia biasa,tak terlepas dari mmbuat salah..ak akui,terkadang diriku ini merinduimu..tapi,demi cinta dan kasih yg telah ku semaikan pada Kekasih Agung ku,ak akan menolakmu ke tepi…hanya utk mncari keredhaan –Nya..


rijal..hidup ku kini d buai dgn pesan cinta dari Kekasih baru ku ini..
Ak tidak pernah lupa utk mndokakan kesejahteraanmu wlaupun d mana  kau berada…semua hanya kerana mungkin perasaan itu masih kuat..astarfirullahalazim…ampuniku Kekasih ku….ak khilaf dgn prasaan ku sndiri..ak terus mnerus mngikut hasutan syaitan,..peliharalah ak wahai Kekasih ku..


rijal….cinta yg ak sematkan hanya pada Kekasih ku kini…sudah lama aku menangguhkan cinta dari-Nya..krana lunaknya ak mngikuti hasutan syaitan…
Ak harap dirimu jua dlam lndasan spt yg ak lalui skrg,iaitu dgn mncari cinta Illali…subhanallah rijal,ku kini lebih tenang dgn cinta baru ku ini..


rijal,ak mndoakan kejayaan mu dunia dan d akhirat,ak brdoa supaya dirimu dpertemukan dgn akhwat yg engkau idamkan selama ini,insyaAllah..


rijal….ingatan ku masih padamu,sedaya upaya ak ingin membuang semua ini..kerana ak tdak mahu terus mnerus mlakukan perkara yg Allah tak redha..ak takut akan azab-Nya..


rijal ,jika engkau mambenci diriku,ak redha…kerana ini terbaik utk kita…Allah Maha Adil….telah Dia siapkan yg terbaik utk semua umat-Nya…ada baiknya jika kita hanya redha dgn takdir yg tlah Allah tntukan..siapalah kita utk mmpersoalkan takdir yg tlah trtulis..krana Dia Maha Mengetahui...


rijal..kiranya ingatanmu terhadapku telah luput..ak bersyukur,krana itu yg ak pinta drp Kekasih ku..supaya ak tidak curang dgn cinta yg baru ini,yakni dgn Kekasih ku ini..
Tulusnya hati-Mu dlm mmbuka mataku,,syukran kasiir ya Allah…
.
RijalHatiku tlah d miliki oleh Kekasih ku,yakni Kekasih kita..tuhan yg satu…Allah SWT..
Wassalam.




Nadia Alzahra
26/2/2011


Thursday, February 24, 2011

...;..jariku sudah brsarung cincin..;....

assalamualaikum..apa khabar iman kita?smoga sntiasa tawadhu kpd Maha Pencipta..insyaAllah..post kali neh,saya nk kongsi ilmu tntang sebuah cerita yg tsentuh sgt..mngalir air mata saya bila mmbaca kesah ini,ia d copy dalam 1 blog...bkn hasil nukilan dari saya spt sblum ini....kawan2...jom baca ^_^


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti


Monday, February 21, 2011

*+**`~*~nAna..Rahsia Allah sAnGaT iNdAh~*~+~***+~

antum2 sekelian..sekembali dgn sebuah kesah yg saya tujukan buat semua sahabat2 saya sekalian..
berkenaan dgn seorang muslimah..mungkin waktu itu dya blum lg muslimah..lebih elok waktu itu dya hanyalah seorang perempuan..mgkin waktu itu dya belum lagi layak memiliki tittle muslimah tersebut..tapi insyaAllah..sekarag dgn berkat ksabaran dan doa kpd Allah SWT,d harap istiqamah dgn tittle muslimah..selaras dgn tujuan hidupnya,iaitu mujahidah fillah..insyaAllah..





nana,seorang prempuan yg sederhana,terlalu prihatin terhadap msalah rakan2nya..mybe rkan2nya agak 'rimas' dgn kprihatinan tersebut,,yelah,klau kwn2 dya da mslah,x abes2 tnya mcm 'polis pencen'..hehe..tapi itulah prinsipnya,'jika ak meringankan bebanan org,insyaAllah,bebanan ak akan d ringankan oleh Allah'..bkan brmaksud dya xpnah ada msalah or bebanan,,tpi itu lah dya..
nana juga boleh d ibaratkan seorang yg pndai 'berpetah'..pandai mnasihati org dgn kata2 hikmahnya,tapi bila dya ada msalah...sebuntu-buntunya dya mnyelesaikan mslah..Alhamdulillah,dya dkurniakan shbat yg rapat sgt dgnnya..dan sebuah kluarga yg bhagia insyaAllah..

sperti pmpuan lain jga,msti la dya da mslah pasal 'cintan-cintun' neh..x terlepas jga dya..nma ja bdak skolah agama..huhuhu..taaarufnya dgn seorg rijal yg x dsengajakan....mugkin bkn khendaknya..wallahualam..perkenalan yg bmula dgn ayat 'bile aq add ko?'haha..tnpa salam tnpa apa..pkir2 balik,mmg kelakar dbuatnya..tpi itu lah yg nana igt,,kmudian,persahabatan trjaln..
tanpa d duga dari prsahabtan terus k alam prcintaan..mungkin waktu itu nana hnya mngambil remeh temeh tntang firman Allah SWT 'la taqrobu zina'..ataupun buat2 x taw..takkan bdak sekolah agama x d ajar tntg sekerat firman Allah tersebut..entah...mungkin pda zaman jahilnya..tdak dya endah apa pun hukum Allah..hnya mmikirkan tntg asyiknya dunia...


spanjang hbungan itu,dya bangga dgn rijal yg sudah mnjadi miliknya..tdak dya pndang akn paras rupa..hati lebih pnting kot !huhu..mungkin ksih sygnya telah tertumpah pada rijal trsebut..tdak dya mngatahui tntang perihal itu..sbb sblum2 neh,ada dya pnah knal rijal2 lain..tapi semuanya just berlalu mcm angin..tyme berkenal pnya la mcm nak rak syang mayang..tp bla da lma2,abesss..mgkin bole d klasifikasikan sbg ''habis madu sepah dbuang''..yup,mmg madu yg nana rasakn..tapi harapkan pnas smpai k petang,rupanya hujan d tengah hari,,.begitulah hidupkan, tak selalunya indah..tapi perkenalan dgn rijal yg agak 'bagus'  neh,nana dpat rasakan kelainan..prhubungan yg  mybe d landaskan 'couple islamik'..


itu la yg nana label kan sbg prhubunganya..islamik laa sgt..padahal,dlm islam titlle couple pun takda..d haramkan perkenalan antara lelaki dn prempuan tnpa sbb2 tertentu..tapi,atas hasutan syaitan yg sentiasa mnyesatkan anak2 adam,bnda yg haram d halalkan,dan bnda yg halal d haramkan..example mcm cple neh laa...nana create 1001 alasan utk mghalalakn prhubungannya..alsannya..


'alaaa..kitorang x pnah jmpa lgsng,just cntact kt phone ja '..

'alaa kitorang mana lebih2 pun,just ckp psal khidupan'..

'ishkk..kitorang  x ckap psal bnda x elok pun ok!kitorang taw batas2 n syariat2'.....

'kitorang just brtanya khabar ja,then ckap on the phone pun x penah'....

'mybe,bkan brzina kot,kitorang taw laaa syariat yg d tetapkan'...... 


'hm,,ukhwah fillah ja..pesan memesan,mybe lebih sweet!hehee'





haaa...ini laa yg d katakan mghalalkan bnda yg haram..yaka xbrzina?mybe tyme 2 nana blum fasih tntg zina neh..even ustazah di sekolah dah ajar pasal zina..dlm subjek syariah..iaitu,zina dari segi istilah syarak ialah persetubuhan antara lelaki dan perempuan yg blum berkahwin.




.'nauzubillah min zallik,kitorang x bersetubuh,jmpa pun x penah,nak brzina apanya..huhu'...




itu dari segi istila syarak ja..iaitu persetubuhan..zina juga d klasifikasikan sbg zina hati iaitu..rindu mrindui,asyik teringat j kt rijal tu,...haa,,,zina jgak tu..jgn main2..haha
kmudian,zina tgn,yelaa nak mesej2 x kan gna kaki kot!haha..tgn yg beralun mngeja satu persatu ayat2 mesej nk bagi sweet..haaa,,,zina jgak tu.... 



then ada laa lgi zina..zina mulut,zina telinga,zina kaki..jgn d lupa tng hukum2 Allah..kita d utuskan atas dunia neh utk mnjadi khlifah,bkn prosak dunia,,klau kat dunia da rosak..akhirat?wallahualam.eh,terlupa plak pasal kes nana neh..hhuh
kmudian,mybe dlam seminggu ja kot 'percintaan' diorang..semua sebab nana dpat rasakan perubahan yg d tunjukkan oleh rijal..yala,cam malas2 ja..n kerap juga nana pun malas2 nak lyn dya,,hehe..
pernah nana tnyakan tntg persoalan itu,tapi d sembunyikan oleh rijal...hnya Allah yg tahu prasaan nana tika itu,,sakit,perit,luluh hati nana..cuba dya mnjaga prasaan rijal spya tdak teguris,n cuba juga dy mengenepikan prasaan nya yg sakit,demi kekasih hatinya..tdak sekali dya mnyalahkan rijal tersebut..krana dya tahui.suma yg terjadi atas kehendak Allah SWT..


tdak pernah juga nana mnyatakan prasaan cinta or sygnya pada rijal tersebut..krana baginya..cukup lah hatinya yg mngetahui dan sikap prihatinnya pada rijal itu..baginya.xkan perigi nak cari timba.. msti timba yg cari perigi,..haha...teringat dya kmbali,waktu detik rijal mnyatakn hasratnya ingin bercouple ngn nana....mcam2 helah nana ciptakan..bkn bermksud nana tak sukakan rijal tu,tapi ketakutannya pada perkataan kecewa..ya ! nana takut kecewa..tapi janji rijal itu..akan dya mnjaga hati nana biarpun hatinya yg terluka...cair terus nana....


n tanpa 'permintaan' or 'meminta izin' pada MAHA PENCIPTA,dya mnyambut mesra pelwaan rijal tesebut....maka bermula la hidup nana yg memegang status sbg 'makwe org'..malam2 nya indah d buai dgn kata2 rijal trsebut..dya kufur akan hukum Allah..dya ingkar akan janji2 Allah yg telah dya jnjikan dulu....tidak !bkn brmaksud krana rijal itu dya ingkar akan suruhan Allah,tetapi krana lunaknya dya mngikuti hasutan syaitan utk mnyampaknya k kancah maksiat! ya! dya sedang bermaksiat..smpai laa 1 mlm..rijal mnyatakan hasratnya uk mmutuskan hbungan mereka..alasannya,biarlah nana dan Allah yg lebih mngetahui...tatkala itu,hati nana bagai d siat2..ksih yg tlah dya hamparkan selama ini d putuskan sbegitu sja....hnya menangis! menangis! dan menangis !






tidak dya memikirkan org lain,selain hatinya yg teluka...dya pujuk hatinya..tapi,prasaan yg kian memekar,d ragut sebegitu saja..terkilan..bracampur baur prasaannya,...kmudian..dya tenagkan hatinya..dya mnerima 
 kputusan rijal dgn sebulat suara..walaupun dlm hatinya,Allah ja yg taw btapa sakit yg dya kna tanggung..





maka,tiada ka
ta putus,tiada kata pemisah..hanya kesepian yg nana terima..mungkin rijal tersebut tidak mgetahui or xmahu mahu mngetahui tntg prasaan nana,tapi apa yg nana rasakan..ksih nya pda rijal itu kian mnebal..cmburunya nana pabila ada ukhti2 lain yg brhubung dgn rijal tersebut....d sabarkan dlm hati,krana dya tahu,tyada hak nana utk manghalangi perkara itu...nana bkanlah siapa2 pada diri rijal itu..
 banyak yg nana cita2kan brsama rijal tresebut,,tapi semua itu hnya dlm angan2 nana..xmungkin impian itu termakbul...sangkanya 'ak dan dya sgt jauhhh'..sepeti ppuan2 lain juga,nana ingin d cintai n mancintai..
nana menunggu dan menunggu perkhabaran rijal,tapi semakin jauh dan semakin jauh..bkn dya tdak mahu berterus terang tntang prasaannya,tapi dya takut,prasaanya ini tdak d redhai Allah.....d gagahi nana utk bterus trang,ya! sudah dya berus trang..d kirimkan kata2 pada rijal itu..
  


"akhi..ana harap kata2 ana tidak menyinggung prasaan akhi..tapi,ana sudah tak tertanggung lagi utk mnyimpan prasaan  sebegini...cuba ana hapuskan semua ini krana ana takut akan kemurkaan Allah..ana takut prasaan yg ana simpn kan pada akhi tdak redhai Allah...selepas ini,mungkin ana tidak boleh lagi berkawan dgn akhi..krana sudah ada prasaan yg menghalangi utk ana menganggap akhi hnya sbg kwn..ana harap akhi faham...ana tdak mengharap apa2,cukuplah jika akhi sudah fhm segala2nya...insyaAllah,jika ada jodoh tak kemana...ana harap akhi bahagia dgn khidupan akhi..ana akan selalu mndoakan kesejahteraan akhi..insyaAllah..selagi ingatan tak luput dari pmikiran ana..assaalmualaikum...."

itu lah yg mampu nana ucapkan...dan sbg pmbalasan rijal tersebut,biarlah nana dan Allah sja yg mengetahui
...mlm itu...nana menangis lagi...air matanya tumpah...sgguh hebat dugaan yg Allah berikan padanya...usai solat,dya menangis d atas tikar sejadah..dan memohon spaya Allah mmberi kekuatan kpdanya..Alhamdulillah..d sebalik dugaan ini..mmbuatkan nana mndapat hidayah Allah..drpd perempun.kini dya mnjadi muslimah,insyaAllah...dalam doanya supaya dya d beri petunjuk akan semua ini..
subhanallah..sungguh hebat percaturan hidup..sungguh agung kebesaranMu Ya Allah..nana kmbali tersedar dari lenanya yg pnjang mnikmati knikmatan dunia...tidak henti2 nana memohon hadrat Illahi semoga dya istiqamah dgn hidayah yg dkurniakna pdanya,,kini,entah k mana rijal itu,tidak nana ketahui...biarlah sepi sebegitu saja...kerana itu lebih baik..


hari2 bertemankan cinta Allah..baginya..cukuplah hnya Allah yg menakluki hatinya,sebelum dya bergelar seorang isteri kelak..sesungguhnya cinta Allah amat agung dan sgt agung...tidak dya nafikan,kdang2 dya terkenang kmbali perihal rijal,tapi dya sedarkan kembali,supaya tdak dya terus menrus mmbiarkan hatinya berzina..d biarkan hatinya merenung kmbali akn lunaknya kata-kata Allah dlm Al-Quran..krana hnya dgn itu mmbuatkan hatinya terjaga drpd d masuki oleh lelaki yg belum tntu halal baginya....bagi nana, biarlah diri ini x dpertemukan dgn si dya d dunia andai cnta dan tarbiyah Allah itu galang gantinya..
misinya...dya mncari cinta Illahi dan mncintai kekasih Allah,yakni Muhammad SAW..  itu sdah memadai baginya..d titipkan doa pada Allah,supaya dtetapkan hatinya agar tidak berbolak balik.. mujahidah itu pahit,krana syurga Firdaus itu manis...






p/s: spaya hati nana kuat dan tabah dlm mlayari liku2 hidup yg xpnah sunyi....dharap agar nana istiqamah dlm pjuangannya..insyaAllah..
   



Nadia Alzahra
20/2/2011

Friday, February 18, 2011

duGaAn tAndA sAyAng *-~*-~*-~*-~

Sering kali manusia tak pernah lpas drpd d uji....tiap kali juga d uji..kita sering alpa dgn ujian yg Allah berikan..kita hanyut dalam kesedihan..kita melayani keperitan yg kita rasakan..kita mnyalahkan takdir yg terjadi..bukankah kita d uji menandakan kita d sayangi?
Ya! Allah amat menyayangi hamba2-NYA..tidak pernah Dia berlaku zalim trhadap hmba2-NYA..bahkan,Allah sering mengingati kita dgn pelbagai ayat-ayat cinta daripada-NYA..
pernahkah kita menghayati ayat-ayat cinta Allah??yakni Al-Quran Al-Karim..kalamullah yg mulia sekali..





wahai kwn2..sudah lah! sudah lah kita tlah tertipu dgn sketsa duniawi..khidupan d dunia tidak mejanjikan apa2 selain tempat utk kita bercucuk tanam..dan d akhirat jua lah kita mndapat hasilnya..bukankah kita d ingati bahawa `khidupan d dunia hanyalah sementara,d akhiratlah khidupan yg abadi`
semua umum ketahui bukan?tapi mngapa tetap kita mngejar knikmatan dunia?hmm..sy sntiasa brpesan kpd hati sy,,biarlah aku berada pd level bwah tika d dunia..tapi aku mahukan aku brada level tinggi tika d akhirat kelak..yakni..mandambakan Syurga Allah SWT..

sahabat..ketahuilah...hidup d dunia tidak seindah drama korea..hidup d dunia tidak se-sweet drama hindustan..tapi,hidup d dunia penuh dgn dugaan,pnuh dgn pancaroba..knapa?ini krana Allah mahu kita sntiasa tnduk kpada-NYA..Allah tak mahu kita trus sesat mnikmati khdupan d dunia..Subhanallah...
sy tringat doa yg d ajarkan oleh Rasulullah saw kpada kita..mafhumnya : ''Ya Allah, aku berlindung kpada-Mu,dripada ksedihan dan keluh kesah,dan aku berlindung kepada-Mu dripada rasa lemah diri dan kemalasan, dan aku berlindung kpada-Mu dripada sikap pengecut dan kebakhilan , dan aku berlindung kpada-Mu dripada cengkaman hutang dan penindasan orang"
   oleh itu sahabat2, bebaskanlah jiwa drpd belenggu prasaan sedih,sayu,pilu,resah,gelisah dan seumpamanya.. Bangunkanlah jiwa yg positif, kawallah prasaan negatif yg merosakkan hati dan jiwa.. melayan prasaan tdak mmbawa ke mana2 kecuali kelemahan, kemerosotan hrga diri, khilangan jati diri, dan akhirnya kita tewas kpd diri sndiri sbelum brjuang dlm khidupan..
Rasullulah tlah mngajarkan doa kpd Ummu Salamah ketika kmatian suaminya..iaitu..
"Ya Allah, berikanlah aku pahala atas musibah ini dan gantikan dgn yg lebih baik"



wahai shabat2..jgn sekali-kali mgatakan hdup kita tak pernah hbes dgn ujian..lpas stu,dtg stu lagi..bukankan d katakan bhawa dugaan itu tanda  Allah memandang kita..bukan benci tapi sayang, Allah 'usik' hidup kita spaya hati yg 'keras' dan 'sibuk' akan lunak dan tunduk merayu-rayu kpada-Nya..

TAHAJUD-RAHSIA KEKUATAN..amalan pling penting,jgn tinggalkan solat tahajud..org yg sentiasa bertahajud ini akan sntiasa kuat jiwanya sekalipun d uji taufan dunia....mudah-mudahan kitalah,wahai shabat2 mnjadi golongan tersebut..Thajud !-rahsia kekuatan seumur hdup yg memudahkan lidah mngucap syhadah ketika d jemput menghadap-Nya....amiin !







Nadia Alzahra
18/2/2011

Tuesday, February 15, 2011

bEntuK-bEntuK SYAFAAT NABI S.A.W...

Sebagai perwujudan drpd janji Ilahi ini,Rasulullah s.a.w dikurnia pelbagai bntuk syafaaat yg akan digunakan utk kbaikan umatnya d akhirat.


bntuk syafaat yg pertama dan terbesar ialah syafaat yg mlepaskan  makhluk drpd seksaan seksaan zahir dan batin sementara menuggu brmula proses perhitungan(hisab). iaitu apbla seluruh makhluk, trmasuk para nabi dan rasul, tdak ada yg berani mminta agar Allah s.w.t memulakan hisab. Akhirnya Rasulullah mndatangi Arasy, lalu brsujud dan memuji Allah s.w.t, dgn plbagai pujian yg sgt indah.Allah lalu perkenan mengabulkan prmintaan Baginda utk mmulakan hisab.
  Dlm sahih al-Bukhari drpd Ibn Umar katanya : "pada hari kiamat nnti,seluruh mnusia brlutut. setiap umat dtg kpd nabinya dan berkata : 'Wahai tuan, berikanlah syafaat', Mereka trus mndtangi satu persatu nabi hingga brakhir kpd Muhammad s.a.w. Maka pd hari itulah Allah menempatkan Baginda s.a.w di maqam yg terpuji ( al_marqam al- mahmud)."



bntuk kedua ialah syafaat Rasulullah s.a.w  utk orang yg pahala mereka sama berat dgn dosa mereka, maka mereka dperkenankan utk masuk syurga. 



Bntuk ketiga pula ialah syafaat Bginda utk orang yg tlah dperintahkan utk masuk neraka, agar dibatalkan perintah itu. Rasulullah s.a.w bersabda : " pada hari kiamat, Allah meletakkan mimbar drpd emas utk para nabi, mereka lalu duduk d atasnya, tempat dudukku tetap kosong, tidak aku tempati. sebab aku terus berdiri d hadapan Allah s.w.t utk membela umatku. aku sgt takut diperintahkan masuk ke syurga dan meninggalakn mreka d belakangku."
"aku berkata :'YA TUHANKU, umatku,uamatku,' Allah berfirman :' Wahai Muhammad, apa yg engkau ingin agar Aku lakukan bagi umatmu?' Baginda mnjawab: 'prcepatkan hisab mereka'.
" umatku lalu d panggil utk mnjalani hisab. Sebahagian mereka masuk ke dlm syurga dgn Rahmat Allah, dan sebahagian lgi msuk ke syurga dgn syafaatku. Aku terus memberiakn syafaat sehinnga diserahkan kpadaku lembaran nama-nama org yg ditetapkan msuk neraka. Malaikat Malik, pnjaga neraka berkata kpadaku : "Wahai Muhammad, engkau tidak meninggalkan sedikit pun kemurkaan Tuhanmu menyentuh umatmu!"


Bentuk keempat, syafaat Baginda utk meninggikan darjat ahli syurga meskipun amalan mereka tidak mencukupi utk memperoleh darjat tersebut.


Bentuk kelima, iaitu syafaat Baginda utk memasukkan orang yg tertentu ke dalam syurga tanpa hisab. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud :" Aku meminta kpd Allah,lalu Allah berjanji akan memasukkan 70 ribu umatku ke dalam syurga tanpa hisab . Wajah mereka sepeti bulan purnama. Aku meminta agar dtambahkan bilangan ini, maka Allah menambahkan bersama setiap seribu orang,70 ribu orang."



Bentuk keenam, iaitu syafaat Baginda utk meringankan seksaan yg diterima Abu Talib d alam neraka. Beliau adalah bapa saudara Nabi s.a.w yg gigih membela Baginda, namun meninggal dunia tnpa mengucapkan syhadah. Beliau wafat dlm keadaan berpegang teguh pada agama Abdul Muttalib, iaitu jahilliah.Utk mghargai jasa-jasanya kpd Rasulullah s.a.w,Baginda berdoa agar beliau d jadikan ahli nerakan yg paling ringan seksaannya. Abu Said al-Khudri meriwayatkan sabda Nabi s.a.w, yg bermaksud : " Mudah-mudahan syafaatku akan berguna utk Abu Talib pada hari kiamat, ia akan d letakkan pada api setinngi kakinya, lalu otaknya mendidih kerana panasnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Bentuk ketujuh, iaitu syafaat Baginda utk memasukkan seluruh ahli syurga ke dlm syurga.Nabi s.a.w bersabda :"Maka apabila ahli syurga mendatangi syurga,mereka bertanya-tanya : ' Siapa yg akan mmberikan syafaat agar kita diperkenankan masuk syurga?' Mereka lalu dtg kepda Muhammad s.a.w, Baginda lalu sujud kpd Allah s.w.t.
   ''Allah bertanya:' Apa yg engkau inginkan?' Baginda menjawab:' Engkau menjanjikan aku syafaat. Maka terimalah syafaatku utk memperkenankan ahli syurga memasuki syurga.' Allah menjawab: ' Aku perkenankan syafaatmu, dan Aku izinkan meteka memasuki syurga."     




bentuk kelapan, iaitu syafaat Baginda  utk mengeluarkan para pelaku dosa besar drpd  neraka. Satu persatu umat Rasulullah s.a.w dikeluarkan drpd neraka sesuai dgn kadar tauhid yg terdapat dalam hati mereka. semakin besar keimanan mereka, semakin cepat mereka dikeluarkan. dan orang yg terakhir keluar ialah orang yg hanya memiliki iman hanya sebesar biji sawi shj. Mereka adalah orang yg terlau banyak melakukan dosa besar walaupun status mereka seorang muslim. berkenaan syafaat ini, Abu Daud dan al-Tarmizi meriwayatkan drpd Anas bin Malik, sabda Nabi s.a.w yg bermaksud: " syafaatku disiapkan untuk pelaku dosa-dosa besar drpd umatku."




Subhanallah..kawan2..inilah bentuk2 syafaat yg telah dkurniakan kepda Junjungan kita,Nabi Muhammad..syafaat ini insya-Allah akan meliputi setiap orang yg mengucapkan dua kalimah syahadah dgn pnuh keikhlasan. Namun,org yg paling besar peluangnya mndapatkan syafaat Rasulullah s.a.w ialah org yg selalu menghadirkan Baginda dalam hati dan hidupnya. Yakni org yg mnjadikan sunnah sbg panduan hidup dan memperbanyakkan selawat kpadanya..

sumber : majalah solusi isu no 26.


Nadia Alzahra
14/2/2011

Tuesday, February 8, 2011

kiSaH ciNtA Nabi kEpaDa uMat..

Assalamualaikum, dan salam mencintai Rasulullah teman teman.



Diriwayatkan oleh seorang sahabat,satu hari,nabi bersama sama para sahabat berada di dalam masjid,baginda bercakap dengan para sahabat,kemudian Rasulullah bertanya pada para sahabat,

"Tahukah kalian para sahabatku,siapa makhluk Allah yang paling aku muliakan?"

Para sahabat mnjawab,

"Ya Rasulullah,para malaikat yang paling dimuliakan"

Baginda tersenyum,lalu berkata,

"Benar sahabatku,para malaikat begitu taat pada Allah,mereka patuh akan setiap perintah Allah,tentu sekali mereka mulia,tetapi bukan merka yang aku maksudkan ya sahabat"
Kemudian para sahabat menjawab,

"Tentu sekali para nabi dan rasul yang dimuliakan yA Rasulullah"

Rasulullah sekali lagi tersenyum,dan memandang sahabatnya,lalu berkata,

"Tentu sekali merka mulia sahabatku,mereka yang membawa umat manusia kepada Allah,tentu sekali mereka mulia sehabatku,tetapi,bukan mereka juga maksudku"

Para sahabat terdiam...Kemudian salah seorang dari sahabat bertanya pada Rasulullah,

"Ya Rasulullah,adakah kami....adakah kami para sahabatmu yang paling dimuliakan?"

Nabi sekali lagi tersenyum,baginda memandang setiap wajah para sahabatnya,lalu berkata

"Kalian semua sememangnya mulia wahai sahabatku,kalian membantu agamaku,perjuangan dakwah ku,tentu sekali kamu semua mulia,tetapi ada lagi yang aku muliakan sahabatku"

Para sahabat terus terdiam..Lama kmudian,Rasulullah bersuara,

"Mahukah kamu semua,aku beritahu siapa yang aku muliakan?"

Para sahabat mengangguk lalu bertanya,

"Siapa Ya Rasulullah,siapa yang kamu muliakan itu?"

Rasulullah kemudian terdiam secara tiba tiba,baginda menundukkan kepalanya sebelum sempat menjawab soalan sahabat itu,

Kemudian sahabat bertanya lagi,

"Siapa Ya Rasulullah?"

Kemudian,kelihatan titis titis air mata keluar dari wajah Rasulullah,baginda memangis..

Para sahabat bertanya,

"Kenapa kamu menangis Ya RasulullaH?"

Kemudian,dengan linangan air mata,baginda berkata,

"Orang yang paling aku muliakan adalah orang orang yang lahir selepas kewafatanku,mereka lahir selepas zamannya,mereka tidak pernah berjumpa aku,dan tidak menerima ajaran islam terus dariku,tetapi mereka amat menyintai agama islam,mereka amat menyintai aku,dan mereka sentiasa merindui ini,dan saksikanlah para sahabatku,aku pun amat merindui mereka sumua,merekalah UMATKU"

Para sahabat turut sama menangis apabila mendngar jawapan Rasulluah.

Lihat kawan kawan,baginda amat menyintai kita,amat mrindui kita..Adakah kita sama menyanyangi Rasulullah sebagaimana baginda sayang pada kita?

Apakah rindu kita pada rASULULLAH melebihi rindu kita pada insan lain?Rindu kita pada teman lelaki/wanita kita?

Rasulullah memuliakan kita setingginya,tapi adakah kita memuliakan Rasulullah?

Atau kita lebih muliakan musuh musuh Allah,para pembenci Rasulullah?Para perhina Rasulullah?

Teman teman,lihat diri kita,tengok siapa yang kita muliakan,siapa idola kita..Rasulullahkah?










Nadia Alzahra
4/2/2011

Wednesday, February 2, 2011

sUbuRkaN rAsa ciNta Kpd RASULULLAH..

Wahai  kekasih Allah..ini adalah bulan kelahiranmu..
sesungguhnya terimalah kerinduan yg sentiasa mnyala d  sanubari ini..
Bukan bermaksud hanya d purnama ini sahaja,cinta bersemi di d serelung jasadku..
Pun begitu kerinduan tak pernah ternokhtah dan sirna d sini 
kerana engakau Junjungan Mulia..Lelaki hebat teladan sejagat maya !

Wahai kekasih Allah, yg pasti engkau terus menjadi dambaan 
d sekujur resah umatmu...kerana engkaulah Muhammad Al-Amin,
obor penerang jalan kegelapan umat !
walaupun sekadar menyapa rindu d makam d Jazirah Madinah Munawwarah,
pun rindu terus teguh,melakar dan bersemi hingga ke hujung nyawaku !



Nadia Alzahra