Saturday, February 16, 2013

.:: Tips Macam Mana Nak Pakai Tudung Labuh & Menutup Aurat Secara Ekspress ::.


Assalamualaikum.

Haa. insyaAllah hari nih sedikit perkongsian antara tips macam mana nak pakai tudung labuh secara ekspress & menutup aurat, ataupun secara ‘tiba2 aku nak pakai tudung labuh la’. Di highlightkan di sini, tudung labuh bukankah dikatakan tudung bulat, tudung labuh empat segi bidang 60,shawl pashmina, tudung labuh ini diklasifikasikan sebagai tudung yg melepasi dada anda, faham kan, and then tudung tu tak jarang, tak singkat, tak ketat sehingga menampakkan bentuk leher. Most important tudung yang akan anda pakai nanti tidak ada bonggol unta kat belakang tu. Sabda Nabi Muhammad SAW :

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. 




Step seterusnya, for sure semuaaa orang akan rasa ‘sejuknya aku tengok dia pakai tudung labuh, entah bila aku pulak’. See, kita tahu kan pakai tudung labuh tu manis, Nampak sopan gitu. Macam saya jugak dulu bila belajar pakai tudung labuh, lama jugak google pasal pemakaian tudung labuh, sedikit demi sedikit cuba meluaskan rakan2 di facebook dengan akhawat2 si tudung labuh, siyesly seperti dialog di atas ‘sejuknya ya Allah, tengok dia’. Dah memang fitrah perempuan suka yang cantik2kan. Tapi niat pun kena perbaharui jugak sikit2. Niat menutup aurat kerana Allah, dalam Al-Quran dah pesan kepada para2 hawa taman syurga sekalian agar

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

Nampak tak, Allah pesan kita supaya perempuan must, wajib jaga diri, dengan itu kita mampu dikenali sebagai wanita Islam. Perbezaan antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah kehormatannya, tak dikatakan di sini wanita bukan Islam tiada kehormatan, tetapi terhormat dari segi menjaga maruahnya. Wanita yang bermaruah pasti akan menjaga agamanya.

Bagaimana nak jaga agama ?

Ok, menutup aurat merupakan salah satu cara kita menjaga agama Islam. Cuba check hari nih pemakain kia berlandaskan Islam atau tak ? dah pakai tudung ? Alhamdulillah dah, tapi make sure tudung melepasi dada & tak jarang, baju mesti mesti lengan panjang & melepasi punggung, jangan la kakak pakai ketat sangat ye, tak comel. Satu pesan ustaz Azhar Idrus, perempuan tak boleh pakai baju inner kat luar, macam kita tengok orang sekarang pakai lengan pendek and then pakai inner utk cover lengan, cara tu tak menepati tutup aurat lagi, kata ustaz itu bukan tutup tapi MEMBALUT aurat.




 Check lagi kaki kita, dah tertutup dengan stoking ataupun tak. Dulu pengalaman pakai stoking masa tunggu kakak bersalin di hospital, sorang makcik tu cakap ‘sejuk kan, patut adik pakai stokin’. Masa tu saya senyum dan borak pasal lain, tiada kekuatan lagi nak cakap panjang2 pasal tu. Itu la kitakan ! selalu beralasan bila nak buat kebaikan, tiada kekuatan lah, tiada kudrat lah, padahal kekuatan itu dari Allah, so find it ! sesetengan orang cakap pakai stoking nih terlampau ‘syadid’ sebab  sampai kaki pun nak cover ke, bukan ada apa-apa pun kaki tu. Adik kakak, sabda Nabi Muhammad

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)



Hanya tapak tangan & muka sahaja ! so kaki antara aurat yang mesti kena tutup. Tak mahal pun stokin, menyusahkan? yup kita memang kena menyusahkan sebab nak masuk syurga Allah lagiiiiiii susah ! kalau tak mampu pakai stoking, pakai la kasut yang menutup semua kaki, but pakai kain yang labuh sampai ke kaki. Can you ? ^__^

Kalau agak pakai tudung bawal tu jarang sampai nampak leher, WAJIB pakai inner. Kalau tak jarang Alhamdulillah tak pakai pon dah ok. Kemudian pakai sarung lengan (hand sock) pakai baju lengan panjang, baju kurung or jubah sekalipun pun mesti pakai hand sock, takut nanti terbuka aurat. Kecuali lah baju lengan itu bercekak, insyaAllah selamat J


So step seterusnya, kita cuba tengok-tengok tudung labuh kat kedai ataupun kat online nih, taknak yang labuh bulat, tudung labuh bidang 60 pun banyak. Tengok sampai  jemu, sampaai ada rasa ‘nak beli la satu, suka2 je dulu’. insyaAllah dengan redha dariNYA, kita mampu jatuh cinta dengan tudung labuh.

Kelahiran manusia agung, Nabi Muhammad SAW yang mengangkat darjat wanita Islam, dulu wanita hanya sebagai barang dagangan, anak perempuan di tanam hidup2 sebab mereka takut anak perempuan itu nanti akan mencemarkan maruah keluarga mereka. Kemudian Nabi Muhammad melarang amalan jahiliyyah tersebut agar menghormati wanita Islam, Baginda dijadikan sumber rujukan wanita2 zaman dahulu untuk menjadi wanita dihormati, baginda amat mementingkan dalam menutup aurat. So apa lagi alasan yang kita ada untuk tak mengikut sunnah Nabi, kata cinta Nabi kan, follow la !
Tapi kita sekarang nih mencemarkan lagi diri kita sebagai ‘wanita Islam’. Dengan pemakaian kita di luar rumah, mana bukti cinta kepada Allah& Rasulullah

Seru tak sampai lagi ?

Bukankah dah beribu tahun seru itu sudah ada, dalam surah Annur seperti yang di atas, itulah seru! Hidayah tiada lagi ? hidayah tak perlu ditunggu tapi MESTI DICARI, usaha kita mencari hidayah tu Allah akan tunjukkan jalan kebenaran kepada kita. Until when kita nak tunggu tunggu dan tunggu, takut tak sempat kita sampai lah di jemput Malaikat maut.
Adik kakak sekalian, kita menutup aurat bukanlah untuk siapa2, tapi sebagai kecintaan kita kepada agama Allah, Addinul Islam. 

Semua orang mampu berubah, semua orang ada hak untuk mengubah diri mereka sendiri, berhijrah ke arah yang lebih baik

Jadi, sebagai penutup bebelan saya pada entry kali nih, hebatnya wanita Islam ialah dalam dia bermuhajadah menutup aurat dengan sempurna ! mujahadah lah, memang susah, tapi disebalik kesusahan ada kesenangan.

Nadia Yusof
15/02/2013




 Mahal harga Syurga Allah kerana susahnya kita ‘menjaga’ di dunia ini, untuk AKHIRAT kekal abadi J

Friday, February 1, 2013

.:: Qasidah Tholama Asyku ::. #jatuh cinta dengan qasidah ini :)






Tholama asyku ghoromi yaa nurol wujud
wa unadi ya tihaami yaa ma’dinal juud

For so long I have complained of my loneliness
Oh light of existence, light of Allah…
I mention, I call you, oh, Noble Mecca,
Source of excellence and sublimity…

Mun-yati aqshol maromi ahzho bissyuhud
wa aro baabas salami yaa azkal judud

My ultimate expectation and goal is the meeting with you,
It is the crown of my success…
I have seen the Port of Safety,
Oh, he whose essence is purity….

Ya sirajal kauni inni aashiq muntaham
Mughramun wal Madhu fannii Ya Badrat Tamaam

Oh, Light of creations…
verily my longing for you has mountained…
My longing and poem becomes my art
Oh, Perfect Full Moon…

Ishrifil’aroodho’ anni adhnaanis saqom
fiika qod ahsantu zhonni yaa saamil’uhud

Remove the bothersome veil so that I may see you,
I have a strong expectation of your promise of safety
Oh, one who is firm in his promises,…

Yaa sirojal anbiyaa-i yaa’alil janaab.
yaa imaamal atqiyaa-i inna qolbi dzaab

Oh, light of the prophets, Oh, summit of purity,
Leader of the people of Taqwa, My heart is one with you…

Wa’alaikallahu sholla rabbi dzuljalal….
Yakfi yaa nurol ahillah inna hajri thool…

For you may there be the salutations of Allah,…
My Lord is indeed the Master of Every Perfection…
It’s enough for me, Oh, light of Allah,
To journey towards you, surely the separation is long…

Sayyidi wal’umru walla jud bil washli jud

My master, all my life you are my beloved,
Hasten my meeting with you…



Nadia Yusof
2/02/2013