Thursday, April 28, 2011

.:: Sanah Helwah ::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari barokah ini, hari jumaat, penghulu segala hari, serta hari yang Allah janjikan tibanya hari kiamat, hari yang penuh kegembiraan buat hati KELUARGA MAT YUSOF, 29 APRIL 1993, lahir seorang bayi perempuan pada pukul 09:55 pagi, teriakan seorang bayi yang di sambut oleh seorang bidan kampung, tidak di lahirkan di hospital besar or kecik, di lahirkan di KAMPUNG PALOH, bukan zaman jepun tu yea :)

Menjangkau umur 6 tahun, dihantar ke sebuah tadika islam , kemudian meneruskan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jelempok, mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Alhamdulillah, di tarbiyyah oleh guru-guru yang cukup hebat, serta dengan keizinan Allah SWT, dapat dia menjadi seorang insan yang berguna insyaAllah,
hari ini, 29 April 2011, saya menyambut kelahiran yang ke 18, pada hari Jumaat, terasa sebak sangat-sangat..


"Allahurabbi, aku hormat sangat dengan penghulu segala hari ini, maka itu, hari kelahiranku jatuh pada hari ini, justeru, Engkau lindungilah aku Ya Rabb, jadikan pengakhiran hidupku nanti dengan husnul khotimah..Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu Ya Khaliq, aku bersyukur dengan semua nikmat yang telah Engkau berikan padaku.. Allah, Engkau sejahterakanlah Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, Allah, rahmatilah ke atas kedua ibu bapaku Mat Yusof bin Saidin dan Raziah binti Ali, mereka yang mengajarku sehingga aku mengenali-Mu..serta berikan taufik dan hidayah kepada kakak-kakak serta abang-abangku, yang setia melayan karenah adik bongsu mereka tanpa penat lelah,Allah..berikanlah cinta-Mu kepada sahabi dan sahabiah-sahabiah ku, teman-teman yang senantiasa berada tika aku suka mahupun duka, yang memperkenalkan padaku erti persahabatan sejati, aku menyayangi mereka kerana-Mu Ya Rabb, berkatilah hidup mereka..serta kepada muslimin dan muslimat di dunia ini, berkatilah hidup mereka seperti mana Engkau memberkati hidup golongan sebelum kami.."

 Alhamdulillah, harijadi yang ke 18, sudah besar saya nih, dah kena hidup berdikari, lepas ni dah terima tawaran universiti, mesti kena tinggalkan family tercinta, gugup rasanya, sebelum ni, hidup selama 18 tahun, tak pernah jauh dengan keluarga, tak pernah stay kat asrama,.. Allah, macam mana la saya nanti?mohon dipermudahkan =D
syukran kpd anim dan manal, menghadiahkan saya buku ini "rangkaian kisah bidadari"


Kesempatan ni, nak ucapkan terimakasih banyakbanyak kepada mak dan abah yang wish birthday, kakak-kakak dan abang-abang, saudara-suadara, 4bradeq, kawan-kawan sekolah lama , kawan-kawan facebook, kawan-kawan blogger, dan kawan-kawan seluruh negeri ( aishh, prasan ja tuh kawan dengan seluruh negeri :p)
semoga Allah memberkati hidup kalian, insyaAllah, semoga senantiasa di dalam maghfirah-Nya..

Syukran juga kepada keluarga, yang mengadakan sebuah majlis birthday saya serta anak sedara saya yang comel nih, selang beberapa hari ja dengan harijadi saya
acu sayang kamu :)

anak2 sedara acu yang comel2 belaka :)
p/s : banyak sejarah pada 29 April 2011, antaranya bermula program kegemaran saya, program IMAM MUDA MUSIM II, perkahwinan diraja  putera william :), serta zed zaidi melangsungkan perkahwinannya(zed zaidi punya kad kahwin cantik sangat-sangat, lambang facebook, Alhamdulillah, tahniah!).

 Nadia Yusof
29/4/2011

Monday, April 25, 2011

.::Luahan Hati Putera Agama::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ratuku..
inginku luahkan 
apa yang sudah lama terbuku di hati ini
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik oleh tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kedengaran dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..

Ratuku..
kebimbanganku ini bertambah lagi bila ku melihat
bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
aku masih terpinga-pinga 
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
kerana apa yang aku melihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukan ku berharap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara safa dan marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu Syurga..

Ratuku..
akuilah hakikat yang terurai
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita yang suci terpuji..
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa 
cukuplah sekadar kau mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi 
sehingga keharumannya melewati pintu-pintu Syurga..


Jangan kau risau wahai Ratuku..
kadangkala musim berganti 
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
tapi.. itu hanya ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga lah kelopak mu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosak serimu
kerana kau ratu idaman kalbu..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun kadang-kadang 
aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang aku harapkan
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa 
membuatku tersenyum lega kerana akan ku temui
RATU yang benar-benar ratu..

Nadia Yusof
25/4/2011

Thursday, April 21, 2011

.:: Rezeki Ku Bukan Di Sana::.

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya, tangan dapat pantas untuk mencoret serba sedikit yang saya ingin kongsikan,


hari barakah tersebut, sahabiah kesayangan iaitu ukhti manal, menghantar mesej pada telefon saya, katanya keputusan pemilihan untuk Diploma Tahfiz Alquran di Darul Quran dah tahu, jadi dengan penuh rasa debar di hati, terus log in ke laman web Darul Quran..mengisi nombor kad pengenalan, terpampang nama saya  layak untuk ke temuduga Diploma Tahfiz Alquran, Alhamdulillah, panjatkan syukur pada Allah, terus sujud syukur,atas kesempatan ini,

Saya memberitahu family,kemudian memberitahu 4bradeq(sahabiah-sahabiah akrab saya).. ucapan tahniah yang diterima.. malam itu, berbincang dengan 4bradeq untuk ke sekolah pada keesokan harinya, tujuan yang sebenar untuk mengambil gambar studio graduasi..


Keesokannya, selepas solat subuh, di tunaikan solat istikharah, kerana hati saya masih berbolak balik dengan temuduga tersebut, kemudian, sampai saja ke rumah ukhti Manal, disambut dengan jenaka ummi ukhti manal, tak lekang bibir dengan segala 'bebelan manja' ummi kepada anak manjanya..meriah ja..hehe.. ummi ukhti Manal pesan

" kalau nak bagi ingat hafazan untuk temuduga Darul Quran nanti, macam saranan ulama', makan halia muda campur dengan gula dan garam, masa tengah berlatih untuk hafazan, makan,kemudian buang hampasnya, just makan air nya sahaja"

Gulp! halia muda? aduhai.. 'sedapnya!'huh.. angguk ja lepas ummi ukhti Manal beritahu, buat muka patuh.. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga ukhti Tasnim beserta baby Aisyah, adik beliau, dengar-dengar ja Aisyah nak join sekali, melompat keriangan saya, meriah juga! tapi, ukhti Sya tidak dapat join sekali, ada hal katanya. Tak cukup seorang memang semangat agak down T_T. Huhu. 

menaiki kereta yang di pandu ukhti Tasnim, beserta lagu di radio, lagu Gio, 'Bila cinta'. Mata asyik pusing-pusing ja, effect lagu tu kot. Ada ja yang tak kena. Sambil melayan baby Aisyah di seat belakang, comel-comel suara dia,. 

Kemudian sampai lah di bumi SMK Agama Arau yang barakah, tempat di mana saya dan kawan-kawan mengutip ilmu-ilmu yang bermanfaat, di mana disini juga ukhuwwah bermula. Terus ke bilik Cikgu Latiff (bilik kaunseling), sebelum itu, berjumpa dulu dengan Cikgu Su, bertanya beliau tentang di Darul Quran, ya, 'POSITIF'. Mengambil gambar graduasi di tangan cikgu Latiff, ada juga beberapa orang rakan lain yang ambil gambar, terserempak dengan rakan sekelas Mohd Miqdad berserta songkoknya di kepala ( Alhamdulillah).

Bertanya kepada cikgu Latiff tentang temuduga Darul Quran, keyword  untuk masuk Darul Quran mesti hafazan,  banyak nasihat yang di beri, katanya 
''kamu kena pergi juga temuduga DQ, kamu tak mengharap untuk dapat pun kan, jadi why not kalau kamu mengitup pengalaman bagaimana suasana interview,''

Buat muka tak bersalah ja depan cikgu, sebab dari pagi memang saya rasa tak sedap hati ja, hati berbolak balik untuk pergi interview, masa isi borang DQ dulu pun, 'main-main' ja, tidak meletakkan harapan untuk dapat tawaran Darul Quran. So, pengajaran di sini, lain kali  jangan main-main dalam membuat keputusan.
:(
banyak yang dibincangkan dengan cikgu Latiff, kemudian ukhti Manal bertanyakan pula tentang temuduga perguruan, bulan 5 nanti, banyak persediaan yang kena siapkan, dari segi karangan, fizikal, etika berpakaian, tutur bicara, kena pakai name tag. kena lontarkan suara apabila nak bercakap, huaraian yang padat, jangan cakap macam malas-malas, dan paling penting, mesti penuh keyakinan. Lakukan seperti 'mahu mengajar'. Banyak pengetahuan yang kami dapat bila jumpa cikgu Latiff. Diri ini masih buat muka seposen depan cikgu, bimbang pasal temuduga Darul Quran, tiada keyakinan untuk pergi, manakala ukhti Tasnim mengawasi adiknya yang memang ramah tamah dengan orang, melayan kerenah dia, hilang sikit kegusaran di hati,
Cikgu tengok ja muka seposen saya nih, terus dia polish lagi! beri keyakinan. Tekadkan dalam hati, 'mungkin' saya boleh! MUNGKIN? yah!masih 50-50. Asiif ya Cikgu.T_T
keluar dari bilik cikga Latiff, terserempak Ustazah Mazlifa dan teacher Nazatulshima, bertanyakan tentang hal Aisyah.

''la..dah ada anak dah ka?"

heheh..kelakar betul, tersenyum akhirnya. dari tadi asyik buat muka ja. Ustazah Mazlifa mengucapkan selamat berjaya kepada saya, untuk temuduga Darul Quran nanti,

kemudian, terus ke bilik guru, nak lepas rindu dengan cikgu-cikgu tersayang. niat di hati nih nak jumpa Ustazah Asiah, bertanyakan Darul Quran, masih mahu mengutip informasi-informasi. Malangnya, Ustazah Asiah tiada, masuk bilik guru, nampak Ustazah Najidah bersama Ustazah Habsah, terus menyalami tangan Ustazah Habsah, diri ini di cium oleh Ustazah Habsah. Allahuakbar! sebak sangat rasa, ukhuwwah ini masih panjang, tangan Ustazah Najidah juga dicapai, dikhabarkan tentang misi saya pada temuduga nanti, kata Ustazah Habsah


"Alhamdulillah, 'Atif juga dapat temuduga Darul Quran, tapi dia pada 21 haribulan, di Maktab Mahmud juga, sama dengan kamu"

"insyaAllah, kamu berdoa banyak-banyak, selalunya, surah yang di beri bukan surah yang pernah 'dikenali' oleh pelajar pada persekolahan, surah Albaqarah atau Alkahfi, mungkin tidak akn di tanya oleh panel penemuduga nanti"


Allah. Berdebar, Ustazah Najidah juga memberi kata semangat, kemudian sembang macam- macam dengan ustazah, tentang  imam muda musim ke 2 , tersenyum diri ini bila sebut imam muda :)

Meminta diri dari ustazah-ustazah kesayangn yang comel-comel, kaki menghayun langkah kepada ukhti Manal dan Ukhti Tasnim beserta Aisyah yang tengah berhalaqah dengan teacher Sharina, Teacher yang memang sporting sangat-sangat. Luang masa sedikit bersama Teacher Sharina yang meminta tolong macam-macam, lama dia tidak 'mambuli manja' kami. hehehe. :)

Meminta diri untuk pulang, terus ke kedai alat tulis, nak photostat segala bagai sijil serta beli file clear holder.
Sampai ja depan kedai, Allah! kad pengenalan saya hilang, gusar dalam diri. Telefon Cikgu Latiff, kalau-kalau ada dalam biliknya.'Memaksa' ukhti Tasnim untuk pergi ke sekolah balik, nak cari kad pengenalan, maaf ukhti Tasnim, menyusahkan awak :(


Finally, setelah buat muka tebal depan Cikgu Latiff sebab malu, Ukhti Manal jumpa juga kad saya, ada atas jalan tempat parkir kereta tadi. punylah cuai saya nih, dalam hati cakap ' Allah, ujian.'
tak pa, POSITIF :)

setelah sampai di rumah, menunaikan solat istikharah, mencuba menghafal satu muka surat Surah Almulk, sambil makan resepi halia muda+gula+garam. PEDAS~ di gagahi juga. petang itu, sebelum hari temuduga keesokan harinya, saya bertekad, saya tolak temuduga tersebut, atas sebab-sebab tertentu. Banyak sangat sebab,biarlah saya sahaja yang mengetahui :)

memberitahu emak dan abah dengan senyuman :) .mak cakap
"tak palah, dah rasa macam tu, insyaAllah, ada rezeki lain,  Allah nak bagi yang lain untuk adik"


abah cuma senyum :).. tahu dah, abah selalu serah apa jua keputusan kepada saya,
 "jangan paksa diri kalau tak mampu "

Hm, rasa macam tersungkur sebelum berjuangkan. rasa down sangat-sangat, Tapi POSITIF kan dalam diri, Allah ada! ada hikmah di sebalik semua ini.
kata sahabiah sahabi saya, calon temuduga  Diploma Tahfiz Alquran ialah 1200 , calon yang layak untuk ke Darul Quran cuma 200 lebih sahaja ( tak pasti).


Set dalam jiwa, ada rezeki untuk ke tempat lain, di titipkan agar permohonan upu ke UIA, UM, USIM dan UNISZA diterima salah satunya, insyaAllah. semoga Allah perkenankan.

p/s : mak dan abah, doakan anakmu supaya peroleh apa yang anakmu ini cita-citakan, kepada ustazah-ustazah, cikgu-cikgu serta teacher-teacher, saya terpaksa menolak tawarn tersebut. Asif wa jiddan, kepada sahabi dan sahabiah, di doakan untuk kalian semoga rezeki kalian juga ditetapkan oleh Allah yang terbaik, banyakkan berdoa.Allahumma aminn. :)

Nadia Yusof
21/4/2011

Monday, April 18, 2011

.:: Pasrahkan Semua Itu::.

Bismillahirrahmanirrahim..


kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan menjadi lemah dan tak tahan ujian.. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.. 

Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Kita memohon keteguhan dan kekuatan hati..dan Allah memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan.. dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang..

Kita memohon kemakmuran.. dan Allah memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran..

Kita memohon cinta..dan Allah memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai..

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati..dan Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti..

bermujahadah memerlukan perjuangan..perjuangan yang tidak putus, berjihadlah unutk kebaikan..jangan dihirau apa kata-kata insani, biarlah Allah redha dengan perjuangan saya.. hati bagai di siat-siat,kepada Allah lah saya memohon,kerna saya tahu, Allah sedang mengatur yang terbaik untuk saya.. Sungguh hebat segala aturan Allah..

Begitulah cara Allah mebimbing kita..

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Allah memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Allah, padahal itulah yang terbaik untuk kita..


hidup memerlukan pengorbanan

pengorbanan memrlukan perjuangan

perjuangan memerlukan ketabahan

ketabahan memerlukan keyakinan

keyakinan pula menetukan kejayaan

kejayaan pula akn menentukan kebahagiaan

Nadia Yusof
18/4/2011

Sunday, April 17, 2011

.:: YA ALLAH..HAPUSKAN DUKA INI::.

YA ALLAH..
gantikan kepedihan ini dengan kesenangan,
jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan 
dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram..
YA ALLAH..
dinginkan panasnya kalbu salju dengan salju keyakinan..
dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan..
WAHAI RABB..
anugerahkan pada mata yang tidak dapat pejam ini rasa mengantuk dariMU yang menteteramkan..
tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian..
dan ganjarlah dengan kemenangan yang nyata..
WAHAI RABB..
tunjukkan lah pandangan yang bingung ini kepada cahayaMU..
bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMU yang lurus.
dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMU merapat ke hidayahMU..



YA ALLAH..
sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang..
dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran..
hempaskan tipu daya syaitan dengan bantuan bala tenteraMU.. 
YA ALLAH..
sirnakan dari ku rasa sedih dan duka ..
dan usirlah kegundahan dari jiwa ku..
hanya kepadaMU aku bersandar dan bertawakal..
hanya kepadaMU aku bermohon kekuatan itu..
dan hanya diriMU lah semua pertolongan..
cukuplah engkau sebagai pelindung ku..
kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Pertolongan..

ISTIKHARAH..

YA ALLAH..hamba memohon agar memilihkan mana yang terbaik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhan lah yang amat mengetahui segala urusan yang tersembunyi. YA ALLAH.. jika persoalan ini baik bagi ku, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah keberkahan bagi hamba di dalamnya.. YA ALLAH.. jika hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba, dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana sahaja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-MU..



Nadia Yusof
18/4/2011

Friday, April 15, 2011

.::AYATUL QURAN AL - KARIM::.

Bismillahirrahmanirahim..



Surah al-Baqarah(sapi betina) 
*barang siapa membaca dua ayat yang terakhir dari surah ini sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan marabahaya.
Surah ALI IMRAN(keluarga imran) 
*barangsiapa membaca 3 ayat yg pertama dari surah ini, nescaya akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
Surah AN-NISA"(perempuan) 
*barangsiapa membaca ayat ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan trselamat dari kejahatan para penjahat.
Surah AL-MAIDAH(hidangan) 
*barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah akan terselamat dari waswas semasa wudhu' dan sembahyang.
Surah AL-ANFAL(rampasan) 
*barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

Surah AL-KAHFI(gua) 
*barangsiapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. 
*barangsiapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. 


Surah AS-SAJDAH(sujud) 
*barangsiapa membaca ayat2 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia kan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
Surah AL-A'ALA(yang paling tinggi) 
*barangsiapa membacanya berterusan, insyaALlah akan terpelihara dari penyakit buasir.
Surah AN-NASHR(pertolongan) 
*baransiapa membacanya ketika menghadapi musuh, nescaya Allah menewaskan musuhnya itu.
Surah AN-NAS(manusia) 
*Nabi S.A.W bersabda:
"sepuluh yang menahan daripada 10.
Surah FATIHAH DARI KEMURAKAAN TUHAN
surah YASSIN DARIPADA KEDAHAGAAN HARI KIAMAT,
surah DUKHAN DARIPADA HURU HARA HARI KIAMAT
surah AN-NAS MEMELIHARA DRPD WASWAS HINGGA AKHIR RIWAYAT
maka barangsiapa membaca surah AN-NAS , nescaya akan terpelihara daripada was-was dan rasukan syaitan "

Allahu'alam.

Nadia Yusof
15/4/2011 

Wednesday, April 13, 2011

.::anDai pEreMpuAn iTu dAtaNg::.

Bismillahirrahmanirrahim..


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,


"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
 
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...


Nadia Yusof
14/4/2011 

.::TintA buAt AdAm::.

bismillahirrahmanirrahim..

sudah lama tak jengah blog,dan tak berkesempatan nak buat new entry,tapi Alhamdulillah,diberi kudrat untuk post terbaru =))
 insyaAllah. senoga bermanfaat..>>
special to kaum adam~

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,

Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...

Kerana Adam adalah pembela kami.

 Nadia Yusof
13/4/2011

Friday, April 8, 2011

"Laila..Jom couple !"

Bismillahirahmanirrahim..

Satu pertanyaan yang sering dilontarkan oleh teman-teman wanita Laila. Apa yang menjadi ketetapan hati Laila yang satu ini rupanya menarik perhatian teman-temannya,iaitu,  Laila belum juga punya kekasih. Menurut hitungan umur Laila sudah lebih dari sweet seventeen. Hampir semua teman-teman seumurnya  sudah memiliki kekasih, yang banyak diantara mereka mengatakan bercinta tu sweet sangat-sangat,terasa dunia milik berdua (wiiihhh..!! makhluk yang lain nak buang mana?... :P). Diantara teman-teman Laila pun ada yang memakai tudung (tudung moden, versi masa kini) dan sudah memiliki kekasih.

Mereka juga turut heran, kerana menurut mereka Laila termasuk gadis yang cantik dan manis diantara mereka. Aura kecantikan Laila begitu memikat mereka, padahal Laila masih menggunakan hijab (pakaian longgar yang menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan). Pernah suatu ketika teman-teman wanita Laila bertandang ke rumah Laila  untuk mengadakan study group. Kebetulan waktu itu Laila hendak menunaikan solat Zuhur, kerana semua teman-temannya adalah perempuan. Dia tidak merasa bimbang munculnya fitnah saat dia membuka hijabnya untuk keperluan wudlu, sehingga nampaklah rambut indah Laila serta leher . Saat itu teman-teman wanita Laila melihat Laila tidak memakai penutup kepala dan rambut serta menampakkan batang lehernya, mereka semua terpana bahkan salah seorang berteriak histeria,
"Wooww Laila, cantiknya awak..! Subhanallah..."
Laila tersenyum mendengar teriakan keterpesonaan teman-temannya itu. Salah satu temannya berkata “Laila, kecantikan awak memang tiada tolak banding dengan pelakon drama Trilogi cinta,si Fouziah Ghaus..?!”.
Laila membalas “si Fouziah? siapa ya..?”.
Salah satu temannya heran, “eh Laila, cerita trilogi cinta tu punyalah top sampai mengunung-gunung,Fouziah tu heroin drama tu lah! Lawa..macam pan-asian gituu..”.
“Maaf,saya jarang tengok drama di tv”, balas Laila.
Salah seorang dari mereka bergurau sambil menyindir, “tu lah Laila,jangan asyik baca buku agama je,kadang-kadang tu layan lah drama-drama di tv..kisah-kisah cinta..menarik tau!,satu lagi,keluarlah jalan-jalan dengan kami,supaya awak pandai berteman nanti,dengan lelaki pun sama,barulah awak dapat kekasih,keluar main bowling ke,tengok wayang ke,ni tak!sampai Fouziah Ghaus pun awak tak kenal”.
Laila hanya  tersenyum sedih dan dalam hatinya berkata, “Ya Allah berilah petunjuk kepada teman-temanku ini”.

Bukannya Laila tidak pernah memberikan nasihat kepada mereka,selalu!. Namun mereka hanya tersenyum masam saja seolah menganggap remeh nasihat dari Laila. Bahkan setelah diberi nasihat bukannya berterimakasih tetapi malah sempat bergurau. “yoo lah ustazah!”, kata seorang temannya saat itu (Astaghfirullah...). Bahkan yang lebih parah lagi, pernah suatu hari lagi ada seorang teman yang menyarankan Laila untuk membuka hijabnya dan memberi berpakaian moden(berseluar jeans dan berbaju lengan pendek), seperti mereka. Alasan mereka supaya semua lelaki melihat pesona kecantikan wajah Laila dan keseksian tubuh Laila (naudzubillahi mindzalik).

Eh Laila, kami tahu awak  cantik, full cantik,jadi,kami nak beri cadangan,apa kata wak cuba baju macam kami ni,buka je tudung tu,x panas ke?huhu.. sure punyalah mesti ramai lelaki yang nak kan Laila jadi kekasih diorang, untuk mendapatkan cinta Laila, kalau Laila dapat doirang,kami turut bangga tau! Mana tahu,kita boleh share pakwe,sharing is loving right?(berakata sambil ketawa) ..”

. Begitu kata salah seorang teman sekolah Laila. Tentu saja Laila yang tahu hukum bertabbaruj(berhias) langsung menolak dengan keras cadangan itu.

Dalam kesendiriannya Laila tak pernah kenal erti jemu untuk berdoa, agar Allah menunjuk atau memberi hidayah kepada teman-temannya. Laila pernah dengar dari seorang temannya yang berpendapat. 

“Laila,awak kan tahu saya ini pakai tudung juga, walaupun berbeza sedikit,tapi tetap menutup kepala macam awak , tapi saya pun couple jugak,kan tiada maslahnya bercouple ni kalau kita tahu menjaga diri kita sendiri,menjaga maruah kita”. Begitu kata pendapat temannya.

Apakah dia tidak tahu bahwa islam sangat perhatian tentang menjaga hati. Islam tidak menghalang cinta seseorang kerana itu sudah fitrah manusia berlawanan jenis. Tetapi islam menganjurkan untuk mengikuti aturan yang ada. Aturan dari yang menciptakan cinta itu iaitu Allah. Mungkin pendapat temannya Laila itu ada benarnya juga,mereka tidak melakukan apa-apa dan boleh jaga diri. Ok lah anggap saja mereka tidak melakukan hubungan seperti suami isteri. Tetapi berkali-kali Laila menjelaskan ke teman-temannya bahawa zina itu bukan hanya hubungan suami isteri diluar nikah tapi ada beberapa zina selain itu.

Kemudian Laila teringat sebuah hadis:

                                                                                                       
“Ditetapkan atas anak Adam bagiannya dari zina, akan diperolehnya hal itu, tidak bisa tidak. Kedua mata itu berzina, zinanya dengan memandang. Kedua telinga itu berzina, zinanya dengan mendengarkan. Lisan itu berzina, zinanya dengan berbicara. Tangan itu berzina, zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina, zinanya dengan melangkah. Sementara itu, hati berkeinginan dan beranganangan sedangkan kemaluan yang membenarkan itu semua atau mendustakannya.” (HR. Muslim: 2657, alBukhori: 6243).



Laila pernah membaca kitab dari imam An Nawawi tentang penjelasan hadis diatas bahwasanya :

“Pada anak Adam itu ditetapkan bagiannya dari zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina secara hakiki dengan memasukkan farji (kemaluan)nya ke dalam farji yang haram. Ada yang zinanya secara majazi (kiasan) dengan memandang wanita yang haram, mendengar perbuatan zina dan perkara yang mengantarkan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan di mana tangannya meraba wanita yang bukan mahramnya atau menciumnya, atau kakinya melangkah untuk menuju ke tempat berzina, atau melihat zina, atau menyentuh wanita yang bukan mahramnya, atau melakukan pembicaraan yang haram dengan wanita yang bukan mahramnya dan semisalnya, atau ia memikirkan dalam hatinya. Semuanya ini termasuk zina secara majazi.” (Syarah Shohih Muslim: 16/156157).



Sambil bergumam dalam hati Laila hampir dapat memastikan bahwa adakah di antara mereka tatkala sedang bercouple dapat menjaga pandangan mata mereka dari melihat yang haram sedangkan memandang wanita ajnabiyyah (bukan mahram) atau laki-laki ajnabi (bukan mahram) termasuk perbuatan yang diharamkan?!.


Salah seorang teman Laila berkata bahwa mereka bercinta untuk proses pengenalan sebelum menuju ke pernikahan . Mereka berpendapat, “Bagaimana mungkin kita menikah tanpa bercinta terlebih dahulu tanpa mengenal masing-masing karekternya masing-masing. ”. Betul islam juga menganjurkan untuk mengenal pasangannya masing-masing tetapi bukan dengan cara bercinta!. Laila juga teringat akan hadis nabi berikut ini,

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka tidak boleh baginya berkhalwat (bedua-duaan) dengan seorang wanita, sedangkan wanita itu tidak bersama mahramnya. Karena sesungguhnya yang ketiga di antara mereka adalah setan" (HR. Ahmad).



Laila teringat akan kisah seorang sahabat yang datang kepada Rasul. Sahabat ini datang kepada Rasul untuk menyampaikan niatnya bahawa dia ingin menikah. Kemudian Rasulullah bertanya : 
“Bagus , tapi apakah kamu sudah mengenali calon mu itu..?”. Kemudian si sahabat rasul ini menjawab : “Belum ya Rasul..”. Selanjutnya rasul menyuruh dia agar terlebih dahulu mengenalinya. Ertinya kita diwajibkan untuk mengenal pasangan kita terlebih dahulu (ta'aruf) tapi bukan dengan bercinta melainkan dengan aturan yang ada.

Kemudian Laila juga teringat akan hadis berikut,


“Sekalikali tidak boleh seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (H.R. alBukhori: 1862, Muslim: 1338).


Pada dasarnya kita mengenal wanita yang ingin kita nikahi itu  melalui (dengan ditemani) mahram wanita tersebut. Jadi bukan hanya berdua-duaan. Jika misalnya kita ingin meneliti akhlak si wanita tersebut tanpa sepengetahuannya kita boleh mengutus seseorang untuk menelitinya. Misalnya dengan temannya si mahram wanita tersebut. Atau boleh juga memanfaatkan teknologi yang lagi  maju sekarang. Tukar biodata masing-masing via email. Juga boleh juga melalui  chatting tetapi perlu diingat juga chatting disini bukan tidak ada batasnya. Dilarang chatting bebas ertinya harus dalam syariat  yang dibenarkan. Tidak boleh ada kata-kata maksiat  dengan menggunakan kata cinta-cintaan, sayang-sayangan dan sejenis itu. Chatting disini dilakukan semata-mata untuk mengenal si wanita tersebut. Saling tukar menukar informasi yang berguna ke proses pengenalan tersebut dan tidak mengarah kepada maksiat juga tidak melalaikan serta mengotori hati.

Laila juga tidak mahu menyalahkan sepenuhnya persepsi atau pandangan dari teman-temannya itu. Laila  sedar, bahwa yang mempengaruhi mereka adalah media-media ala barat, juga pergaulan ala barat yang banyak digemari sekarang ini. Dianggap menjadi trend, bahkan ironinya menjadi tolok ukur pergaulan seseorang. Laila menyedari bahwa program-program televisyen sekarang mulai dari lagu-lagu,drama-drama, filem-filem yang  kebanyakan menyajikan cinta berlainan jenis. Dan cinta itu diwujudkan dengan bercinta dan mereka terjebak dalam lingkaran syaitan pergaulan seperti itu.

Tiap kali usai solat,Laila tidak pernah berhanti berdoa,

“ Ya Rabb, berilah hidayah kepada teman-teman hamba agar boleh merasakan, menikmati indahnya hasil menjaga hati, indahnya menjaga bahagian tubuh ini dari hal-hal yang Engkau larang. Tangan ini hanya untuk dijalanMu, Mata ini hanya untuk melihat yang tidak Engkau larang dan segala anggota tubuh ini adalah amanah dariMu, yang engkau perintahkan untuk digunakan dijalanMu. Ya Allah, berilah kenikmatan dan keinginan yang luar biasa, bagi hambaMu ini, dan teman-teman hambaMu ini untuk selalu berada dijalanMu, dan berilah kebencian yang luar biasa bagi hambaMu ini dan teman-teman hamba dari hal-hal yang Engkau larang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Penyayang bagi hambaMU yang ikhlas memohon kepadaMu amin Yaa Allah”.



Seraya menitiskan air mata, begitulah doa singkat yang selalu di lafazkan oleh Laila dalam setiap akhir solatnya, dan dalam kesendiriaannya, hanya berdua dengan Rabb-nya dihabiskannya sisa sepertiga malam.

Nadia Yusof
8/4/2011

Monday, April 4, 2011

.::iStikHaRah CintA zAhra::.

bismillahirrahmanirrahim..
'istikharah cinta Zahra' disiapkn atas izin Allah SWT serta  dorongan sahabat saya..semoga menarik ^_^..
selamat membaca =))



Hidup matinya hanya untuk Allah SWT..itulah prinsip dirinya..lidahnya tidak pernah lekang dripada brzikir kpada Allah..cintanya hanya untk Rabbnya sahaja..rindunya hanya untuk Allah sahaja..tiada lain..melainkan dia juga tetap mncintai Nabi Muhammad SAW..

Siti Zahra Yusoff..muslimah yang sinonimnya sering kali diejek oleh teman-teman sekolahnya..bukannya diejek kerana fizikalnya.tetapi diejek hanya kerana dia belum masih mempunyai kekasih..Zahra antara pelajar yang mempunyai aura kecantikan yang luar biasa..menjaga pandangan,menjaga lisannya daripada berkata hal yang tidak bermanfaat..dia juga turut menjaga hatinya agar tidak ternoda oleh cinta rijal yang belum sah baginya..Ya! baginya cinta itu suci,tidak perlu dipermainkan..dan tidak perlu dicemari  sewenangnya..oleh itu,dia menetapkan bahawa cintanya hanya utk lelaki yg telah melafaskan lafas sakinah yang tekandung namanya..tika itu,hanya itulah cintanya selepas cntakan Allah dan Rasulullah..

Abinya sering berpesan padanya agar menjadikan hijab sebagai perisai,dan malu sebagai perhiasan..oleh itu,tidak pernah nampak seinci tubuhnya melainkan tapak tangan dan muka..baginya itu adalah perintah daripada Allah untuknya dan dia harus laksanakan..bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada insani,,tetapi mnjaga untuk dia bertemu dengan Allah kelak....baginya,Allah mendatangkannya ke dunia ini dengan suci,oleh itu,dia juga mahu kembali kepada Allah dalam keadaan suci..umminya telah lama tiada..meninggal ketika melahirkannya..jadi,dia hanyalah anak tunggal,dan baginya..abi lah kedua orang tuanya..dia redha dengan ketentuan Allah..

Seperti dibicarakan,di sekolah dia sering dipandang serong oleh rakan-rakannya,meskipun dia bersekolah di sekolah agama,tapi tidak semua pelajar agama yang betul-betul agama,abinya tidak mahu dia bersekolah di madrasah abinya,kerana dimahukan anak gadisnya supaya menyambung pengajian dalam bidang agama..dia akur,kerana itu yg terbaik buat dirinya..
di sekolah,Zahra sering berdiam,bukannya sombong,tapi dia ditarbiyyah oleh abinya supaya tidak mengatakan hal-hal yang lagha(sia-sia)..teman-temannya yang lain sering memandang Zahra dengan pandangan yang serong,dikatakan Zahra sombong,dan tidak mahu turut berkawan dengan lelaki..dianggap Zahra seorang yg taksub terhadap agama..naudzubillah..dia tidak berkata apa-apa.
cuma titipan doa kpada Allah,smoga dia diberi kekuatan menghadapi cemuhan manusia..dalam kelas,dia juga mempunyai teman rapat,namun teman rapatnya bukanlah seperti dia..teman2 rapatnya kebanyakan berpasang-pasangan..atau lebih dikenali sbagai couple..

pernah juga teman2nya itu merasa hairan,Zahra punyai paras rupa yang amat manis sekali..malah mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta kepadanya..tapi,sepanjang perkenalan mereka,Zahra tidak pernah couple..

"ara,ada sorang mamat ni nak berkenalan dengan awak" Kamilia,teman rapatnya datang menjenguk ketika dia usai solat isyak di surau asrama..
"tak usah lah,saya tak berminat.." tanpa banyak kata,Zahra terus mengajak rakannya itu untuk ke dewan makan..
di dewan makan,Zahra tidak berasa selesa kerana Kamilia tinggalkannya sorang-sorang,sementara Kamilia pergi brjumpa teman lelakinya secara sorok-sorok kerana takut ditangkap oleh ustaz dan ustazah.

dalam hati Zahra,dapat dia tangkap bahawa seseorang sedang memerhatikannya..tanpa menoleh,Zahra balik ke bilik asrama tanpa makan apa pun malam itu, dia tidak mahu terus terusan di situ..

Bulan ini,bermula lah cuti penggal persekolahan,sebelum Zahra dan teman-temannya menduduki peperiksaan percubaan SPM..
dia balik ke rumah dengan bertemankan abinya..senyuman meleret di bibirnya tatkala bersua dgn abinya yg sudah lama tidak ketemu..abinya sering bertanyakan perihalnya ketika di sekolah..
di rumah,usai solat isyak,dia membaca surah yassin untuk disedekahkan kepada arwah ummi..air matanya tumpah lagi..kemudian,dia meneruskan pembelajarannya seperti biasa..

 Hidupnya kini terasa ringan..Ya! dia sudah berusaha sedaya mungkin untuk mendapat yang tebaik dlam exam nya..sudah tamat peperiksaan SPM..kini,dia hanya berada di rumah sahaja,kadang-kadang dia mengikuti kelas pengajian abi di madrasah..
kadang jugak,ada teman rapat datang menziarahinya..dan tiap kali temannya datang,tiap kali mereka terkejut akan perubahan Zahra,
"ara dah berpurdah?kenapa?susah la nak berkawan dengan awk nanti" kata Sofwatul.
Zahra hanya mampu tersenyum,meskipun senyumannya tidak kelihatan oleh teman2nya..lantas dia membuka kain niqab agar butir bicaranya difahami oleh rakan2nya..
"rakan2 kesayanganku,saya berniqab bukanlah sebagai penghalang untuk saya berteman dengan kalian,tapi ini amanah dari Allah..Allah memilih sy untuk berpurdah,maka sy menyahut 'perintah' Allah dengan rela hati..tiada paksaan..saya harap,keadaan saya begini tidak akn  menghalang persahabatan kita insyaAllah.." jelas Zahra panjang lebar..

Ketika Zahra sedang membaca sirah2 nabawi,tiba-tiba tetamu datang dengan kereta,dia dan abinya tidak mengenali kereta tersebut..abi melihat Zahra,dia faham,maksud abinya supaya dia masuk ke bilik.

Di dlam bilik..dia mendengar tiap butir bicara  antara abinya dan tetamu tersebut..dirasakan seperti ada saja yang tak kena..lalu,Zahra sempat berzikir dalam hati utuk menenangkan kegundahan di hati..

"maaf lah haji,kerana datang mengejut,kedatangan kami ke mari,beserta dengan hajat..hendak menyunting bunga di taman"  kata seorang tetamu.

"bunga di taman?ana cuma ada seorang anak gadis..itu pun baru berumur 18 tahun..adakah itu yang encik maksudkan? balas abi dengan tenang.

"ya,maksud kami.anak haji yang berpurdah. ingin kami sunting buat anak lelaki kami yang berhajat hendak memperisterikan Siti Zahra Yusoff..anak gadis haji.kami beri haji tempoh untuk memikirkannya"

Allah..hanya itu yang Zahra ungkapkan. kekalutan di hatinya semakin hebat ketika mendengarnya..tanpa banyak berfikir,dia terus mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat..sudah dia tidak peduli apa yang akn dibahaskan oleh abinya..dia tahu,abi tidak akn membelakangkannya..

malam itu..
"abi tak paksa Siti Zahra,abi sudah tengok gambar budak lelaki itu,gayanya seperti abi tidak berkenan di hati..jika boleh,abi nak pendamping anak abi seorang huffaz."terang abi

"Zahra hanya serahkan semuanya pada abi,apa yang elok di hati abi,tiada hak untuk Zahra membantah" tunduk Zahra.

"insyaAllah.sama-sama kita memohon pada Allah." 


tempoh yang diberikan sudah berlalu..
abi Zahra menyambut baik rombongan itu yang kali keduanya.

"saya pertunjukkan anak gadis saya..Siti Zahra" kata abi..

Zahra keluar dari biliknya,dibiarkan dirinya dibaluti dengan jubah berona merah jambu,tudung sewarna jubahnya serta purdah yang dia tidak pernah dia tinggalkan..seorang demi seorang Zahra bersalaman akhawat yang datang,dan sampai kepada ibu kepada lelaki tersebut,pipi Zahra dicium lembut disebalik kain purdahnya..terharu! itu yang Zahra rasakan. tidak pernah dia rasai sentuhan lembut seorang ibu.

"kalau boleh,zahra tanggalkan kain purdah."kata ibu lelaki terbabit.

"bismillahirrahmanirrahim..sebelum itu,saya memohon maaf kerana saya tidak dapat menanggalkan purdah ini,kerana saya menolak lamaran ini. semuanya bersebab,dan keputusan daripada solat istikharah saya. maafkan saya jika saya terlanjur dalam berkata-kata" jelas Zahra

ibu lelaki tebabit tersenyum dan bungkam..Zahra meneruskan bicaranya,kali ini kepada lelaki yang ingin memperisterikannya,dia kenal benar dengan lelaki tersebut.

"Akhi,apa yang enta mahukan dari ana?" soal Zahra kepda lelaki itu yang dari tadi hanya memandangnya..

"saya mahukan seorang isteri seperti ukhti.yang terpelihara.dan hati yang tidak pernah di nodai." bicara lelaki terbabit.

"bukankah enta kekasih sahabat ana?Kamilia.."


 "ya,tetapi saya tidak mahu isteri saya seorang wanita yang sudah tercalar hatinya,mahunya saya seorang isteri yang hatinya hanya untuk saya,dan dia boleh menjadi ibu yang mithali kepada anak-anak saya kelak.."

"maaf,saya bukanlah seorang wanita yang enta maksudkan.tak selayaknya ana punyai ciri-ciri tersebut kerana ana tidak tahu apa rencana Allah pada masa hadapan. dan ana juga tidak akan mengkhianati sahabat ana sendiri demi kepentingan diri ana.serta ana juga tidak mahu imam ana nanti seorang lelaki yang rakus menodai hati kaum wanita dengan kata-katanya tanpa tulus dari hatinya..ana tidak mahu abi kepada anak-anak ana seorang yang sewenang-wenangnya 'mengkhianati' hati wanita hanya demi kepentingan hatinya,kelak,anak perempuan ana mungkin tegolong dalam kalangan tersebut..naudzubillah..maafkan dengan kepincangan kata-kata ana"  panjang lebar Zahra katakan..

lelaki terbabit bungkam..mereka meminta diri,sebelum balik, ibunya sempat mencium Zahra sekali lagi..dan mengatakan..
"semoga Siti Zahra peroleh pendamping yang soleh kelak"

 Hari demi hari berlalu,sedang dia berada di kelas pengajian abinya,datang seorang anak murid abinya,meminta agar Zahra menitip sepucuk surat kepada abinya..tanpa memandang,Zahra hanya tunduk dan mengangguk sahaja.Dia,lelaki yang bernama Abu Dzar..subhanallah,..tatkala Zahra mendengar nama tersebut,bergetar jiwanya,nama lelaki terbabit persis nama sahabat Nabi Muhammad,Abu Dzar Al-Ghifari..

Kadang-kadang,pernah abinya menceritakan tentang Abu Dzar,Zahra hanya memandang tersenyum kepada abinya,tanpa berkata apa-apa..kata abinya Abu Dzar sudah menjadi al-hafiz.pernah dia mengintai tiap kali Abu Dzar bertandang kerumahnya untuk berjumpa dengan abi,wajah yang putih bersih,berkopiah di kepala,di rasakan amat tenang tatkala menyoroti wajah lelaki tersebut.
entah mengapa,tiap kali abi menyebut nama tersebut,dirasakan tersiarap darah ke mukanya..
dia sudah tidak keruan.dia menitip doa kepada Allah,supaya Allah pelihara hatinya daripada di nodai. tiap malam dia solat isikharah,supaya Allah memberikan bayangan siapakah pendampingnya kelak..tidak dia berputus asa dari bersolat istikharah,kerana dia tahu,Allah pasti akn menolongnya..

Malam itu,dia bermimpi,bayangan seorang lelaki datang membawa senaskhah Al-Quran. dititipkan Al-Quran itu kepada Zahra,meminta supaya menerima pinangannya..dan lelaki itu ialah Abu Dzar!
masyaAllah..hanya itu dia ungkapkan,dia terus bangun dan menunaikan solat tahajjud,meminta supaya Allah memberi petunjuk serta kekuatan padanya..

Zahra tidak menceritakan hal itu kepada abinya..sedang abinya santai di laman rumah,Abu Dzar bertandang,Zahra terus berlalu memasuki rumah..
perpisahan jarak Zahra antara abinya hanya sehelai cadar yang menutupi antara ruang,Zahra dapat mendengar tiap perbualan antara abinya serta Abu Dzar..

"ustaz,ana bertandang untuk meminta pertolongan ustaz..diharap ustaz tidak merasa terganggu dengan kedatangan ana" berkata lelaki itu.

"ya,nyatakan saja ya hafiz!"

"begini,sudah ana berusaha serta istikharah kepada Allah swt,untuk memberi ana seorang isteri,dan semua yang ummi ana pinangkan,semuanya gagal,ana sudah berputus asa,dan ana meminta supaya ustaz menjodohkan ana dengan sesiapa shaja yang molek bagi ustaz."


"Allah..berat tanggungjawab yang enta galaskan pada ustaz..tapi,setelah ustaz berfikir,insyaAllah,calon ini layak buat enta.
ada seorang muslimah..perwatakan yang lembut..seorang anak yang solehah insyaAllah.hatinya sentiasa dijaga hanya untuk suaminya kelak. Tidak ternoda oleh mana-mana lelaki.tiap kali selesai solat,pasti dia titipkan doa buat abinya,arwah umminya,serta calon suaminya kelak..dia juga mengimpikan suaminya seorang al-hafiz..abi kepada anak-anaknya seorang yang tidak ternoda hatinya..mahukah enta dengan muslimah ini?

"subhanallah..katakan saja ya ustaz! ana siap untuk menjadi pendampingnya.."

"dia ialah Siti Zahra,anak gadis ana..mahukah enta?"

"masyaAllah..syukran ya Allah..syukran ustaz..semahunya ana begitu,Alhamdulillah" bersyukur Abu Dzar..

sejurus Zahra mendengar,dia sujud syukur kepada Allah,benarlah apa yang dia mimpikan..sesungguhnya Allah Maha Kaya. diberikan apa yang dia perlukan selama ini..iaitu seorang suami yang akan menjaganya hingga akhir hayat,supaya hatinya tidak ternoda oleh lelaki yang tidak halal baginya,kini Allah halalkan..dan insyaAllah cinta sampai ke syurga.Allahumma amiin..


malam itu,pernikahan antara Abu Dzar dan Siti Zahra dilakukan di madrasah tempat pengajian abinya..Alhamdulillah..Allah menjadi saksi atas akad tersebut..
usai lafaz sakinah dilafazkan,kini hatinya hanya kepada lelaki itu,dan akan dia mencintai lelaki itu sepenuh hatinya..serta kedalaman cintanya terhadap Allah dan Rasulullah menjadi saksi keikhlasan cintanya terhadap Abu Dzar..

kini...Abu Dzar membawa zaujahnya jauh ke timur tengah untuk melanjutkan pelajaran..Zahra turut serta menyambung pelajarannya dalam bidang Syariah dan Undang-Undang..dititpkan supaya Allah meredhai ikatan suci mereka..
Manisnya cinta jika dilandasi dengan rasa cinta kepada Allah SWT
Allahuakbar..


Nadia Yusof
4/4/2011

Saturday, April 2, 2011

..AiR mAtA yaNg diBeRkAti..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari
kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad saw.) QS. Al-Maaidah (5) : 83.

Air mata yang menitik pelan melintasi kedua pipi kita ternyata tidak semata butiran air yang keluar dari kelopak mata, tapi ada rembesan makna yang penuh hikmah di mata Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bahkan, keluarnya air mata akan menjadi penyebab hidup seseorang dalam keberkatan..

Dalam sebuah sabdanya, Rasulullah SAW pernah menyampaikan bahwa ada dua titisan (qatrataani) yang dibanggakan dan kelak akan menjadi saksi di Hari Pengadilan, iaitu titisan darah syuhada yang wafat kerana menegakkan agama Allah dan titisan air mata kerana bertaubat... Dalam kesempatan ini, kita akan mengenali ternyata ada banyak air mata yang dapat mengundang keberkatan..

Pertama, air mata kerana rasa cinta, takut, dan rindu kepada Allah... Air mata ini keluar disebabkan bercampurnya rasa haru dan bahagia kerana telah mampu menemukan makna hakikat cinta sekaligus takut kepada Sang Khalik...

Kedua, kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW, keluarga, dan para sahabat Radiyallahu Anhum . Seseorang yang larut dan terbuai saat bersenandung selawat, kerana
berharap dikunjungi Rasulullah SAW dalam setiap mimpinya dan rindu dengan syafaatnya, kemudian air mata menitis maka sungguh air mata ini adalah air mata yang diberkati. Pada saatnya nanti, air indera penglihatan ini akan ikut bersaksi di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa orang ini adalah benar umat Rasulullah SAW..

Ketiga, air mata bahagia kerana bisa menunjukkan baktinya kepada orang tua. Saat mengenang dan menatap wajah orang tua, lalu mengeluarkan aura kebahagiaan, kemudian tidak terasa mengalir air mata maka air mata ini akan turut berbicara, bahkan menjadi saksi di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Paling tidak, orang ini tercatat sebagai anak berbakti yang mendapatkan redha dari ibu dan ayah..

Keempat, air mata taubat, iaitu kerana ingat akan dosa-dosa yang telah diperbuat. Baik teringat dengan dosa syirik, membunuh, zina, atau ingat kepada orang-orang yang pernah disakiti. Seseorang yang menyesali semua perbuatannya ini lalu berdoa dan menghiba agar diampuni, kemudian dia menangis sejadi-jadinya maka insya Allah air matanya ini termasuk air mata yang diberkati..

Kelima, air mata kerana hiba dan keprihatinan. Saat mendengar, melihat, dan menyaksikan mereka yang papa, seperti anak yatim yang ditinggal orang tua yang tak berpunya, orang-orang miskin yang berjuang untuk bertahan hidup, atau orang tua yang ditelantarkan di jalanan oleh anak dan keluarganya, kemudian menitikkan air mata, insya Allah air mata ini adalah air mata yang diberkati..

Terakhir, air mata yang diberkati adalah air mata kerana bahagia  khusyuk beribadah. Juga, terharu dan senang kerana boleh berkumpul dengan orang-orang soleh di majlis ilmu dan zikir. Wa Allahu A'lam.

Nadia Yusof
3/4/2011