Wednesday, May 30, 2012

.:: Maaf, mungkin bukan awak ::.

Assalamualaikum..

Suatu kisah, kisah benar..
Seorang lelaki dalam pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya



sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah keberapa
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa arab
pendek kata tip top !

Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat


Sebelum sesi taaruf bermula..
Si lelaki menjenguk laman web
Laman Facebook kegemaran ramai

Satu keajaiban !!
Tiba tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
dengan pelbagai gaya

Aduh !!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar di tayang
Pemilihan dibatalkan

Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu 
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur




Akhirnya 
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan 
Tapi sayang sekali
Si lelaki tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Saya dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh









Nadia Yusof
31/05/2012

Thursday, May 24, 2012

.:: Isteriku, Cinta High Class ku ::.

Assalamualaikum..

JODOH ? again kan. untuk yang dah jumpa calon, jaga diri elok-elok ea,hati-hati.. sebab kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Dia jodoh kita atau pun tak. kalau jodoh Alhamdulillah, penantian tak sia-sia. segala usaha disamping doa telah diperkenankan Allah. Allah redha. Kalau bukan jodoh, tak mengapa lah, Allah nak bagi yang lagi baik, mungkin si dia tak sesuai untuk kita, sekarang memanglah kita tak nampak, one day Allah akan tunjukkan juga.

macam mana nak hati-hati ?

ok, saya dapat satu inspirasi dari seorang kawan, cakap-cakap dengan dia tentang jodoh, macam mana boleh cakap pasal jodoh ?tetiba terkeluar pasal jodoh.

saya : ohh dia buah hati pengarang jantung hang tu kan ?!


dia : eh tu bini aku, nih tak jadi bini lagi, biasa-biasa ja dulu.

Sekali lagi, saya tabik dengan dia, nampak kan dia tak me'label' kan someone yang ada dalam hati dia sebagai seorang yang patut diagung-agungkan, tak perlu nak heboh-hebohkan, terang-terangan dia menyerahkan urusan jodoh dia di tangan Allah, sebabnya, dia tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan, mungkin si dia jodoh untuk dia, ataupun mungkin tidak.
Baginya, tempat teratas di hatinya hanyalah isterinya yang sah, bukan apa yang dia punya sekarang, mungkin itulah isterinya, dan mungkin tidak. Disamping usahanya untuk membina baitul muslim yang cemerlang. Dan kalau dia dah beristeri nanti, isteri dia lah buah hati pengarang jantung dia,*tambah sikit, sampai ke syurga, insyaAllah menjadi bidadarinya di syurga, Amiin :)



.Sesetengah orang kalau dah jatuh hati, mesti dah sayang mayang habis,  kalau boleh dalam facebook nak letak married. Nak bagitau satu dunia. usaha tak pon nak bina baitul muslim, nak bawa isteri ke syurga nanti, ^^
jadi.. hati-hati :)

Selagi seorang lelaki tak menggoncangkan tangan dengan tok kadi dengan lafas 'aku terima nikahnyaa....', selagi itu la dia tak berhak ke atas seseorang perempuan tu.

kata ayah kepada anak perempuannya :
'' Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan DIMAINKAN hatinya,
sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN DAN TAQWAMU. dan lelaki tidak memimpin dengan ketampanannya, tetapi dengan AGAMANYA yang dia amalkan. ''

kata ibu kepada anak lelakinya :
'' Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya, sebaliknya untuk kamu lindungi MARUAH DAN KEHORMATANNYA.. carilah perempuan yang mampu menjadi ibu kepada anak-anakmu ''


Jelaskan. apa yang kita ada sekarang, belum tentu selamanya jadi milik kita, dan apa yang kita tak punya sekarang, kemungkinan akan menjadi milik kita.

kita sebagai hamba Allah, berdoa lah yang terbaik, semoga kita mendapat suami/isteri yang soleh/solehah. Semua atas izin Allah, kalau Allah redha, mesti DIA bagi :)

maaf !^^ sifat saya sebegini, saya suka melihat cara percakapan, kehidupan seseorang itu, kemudian saya berfikir, apa yang positive selalu saya jadikan motivasi buat diri, dan yang sebaliknya sebagai pengajaran.

kepada JUNhana(bukan nama sebenar) : jaga iman, jaga hati, jaga diri. semoga anda terus menjadi pemuda harapan agama. Teruskan mengutip ilmu-ilmu di bumi Allah ini, Semoga Allah redha, insyaAllah ^_^
JUNhana :)

Nadia Yusof
24/05/2012



Sunday, May 13, 2012

.:: You are the number ONE for me ::.

Assalamualaikum..


Rata-rata tengok banyak post pasal ibu kat fb, jadi, post kali nih saya nak bercerita tentang mak abah saya, ada suka ada duka..


kadang-kadang kita tengok kehidupan seseorang tu, penuh dengan kemewahan, tapi belum tentu dia bahagia. and bila kita tengok seseorang tu sentiasa tersenyum, belum tentu dia tak pernah berduka...
kita tak tahu bagaimana hidup seseorang tu, kisah silamnya yang mungkin penuh dengan ranjau duri, yang kita tahu, hanya mengkritik dan terus mengkritik.. pernah tak kita rasa nak tahuuu ja apa orang rasa, mesti nak kan, macam tu lah saya, kalau bersahabat, saya nak tahu semua tentang dia, apa yang dia rasa, tapi tak semua yang mahu berkongsi kan :)

Bila kita katakan ' alaa tu urusan dia, jangann campur' tapi tidak bagi saya, selagimana ada kudrat, selagi tu la saya nak tolong urusan seseorang tu walaupun tanpa meminta.. Rasa kepuasan bila dapat tolong orang dalam susah walaupun hal kita sendiri tak perfect, because we believe that ada Allah yang boleh tolong kita..

Saya suka melihat kehidupan seseorang tu, then saya berfikir ' hidup dia tak sesempurna aku,tapi kehidupan dia tetap sempurna di mata aku'
ketakwaan dia pada Allah,
kasih sayangnya pada junjungan Nabi Muhammad  saw,
kemesraan dengan keluarga,
pergaulannya dengan rakan-rakan,
nampak sempurna di mata saya.

Mak saya selalu menjadi inspirasi buat saya.. ketaatan dia pada abah demi mencapai redha Allah.. kekuatan dia mengurus dan membesarkan kelima-lima anaknya Kak Yang, Abg pih, Kak Mira, Abang & saya..
Saya bertekad, bila saya dah besar, saya nak tiru mak.
satu malam, emak pernah bercerita, dia cakap dulu-dulu masa abah nak mengurat mak, abah kayuh basikal, datang depan rumah.. abah dengan adiknya(pakcik saya).. Niat 2 orang nak mengurat mak , mak dapat tahu yang pakcik pun minat kat mak, tapi mak terpikat dengan pengorbanan abah, walaupun masa tu abah memang datang nak tengok mak, tapi dia buat-buat tak nampak sebab nak jaga hati adiknya. Ya Allah, abah ! ^^
abah kahwin dengan emak, 5 tahun baru dapat anak.. abah cakap ' ada hikmah Allah tak bagi anak masa tu, sebab masa tu abah dengan mak susah, abah takut abah tak dapat puaskan hati anak-anak abah' =(






Lepas 5 tahun. abah dapat anak sulung, perempuan.Yusniliza Mat Yusof. panggil Yang sebab 5 tahun tak dapat anak, dah dapat terus saYANG :)
Masa zaman Kak Yang, mak cerita.. abah dengan mak suka simpan makanan, sebab pernah terjadi, masa tu kakyang cakap kakyang taknak makan. lepas dah habis, kakyang nangis-nangis nak makan. abah sedih masa tu, start dari itu, abah dengan mak selalu dahulukan makanan buat anak-anak walaupun mak abah makan tak berlauk.
sampai lah sekarang. saya dapat lihat, kalau kat meja makan, mak ambil seekor lauk, tapi mak ambil kepala ja. yang bahagian badan mak letakkan dalam pinggan saya. pernah sekali lepas mak buat macam tu, saya terus masuk bilik, nangis. terharu dengan apa yang mak buat. mak panggil tanya kenapa, saya cakap lupa tutup kipas dalam bilik. Ya Allah, sangat-sangat sedih masa tu, maaf mak, sebab menipu. Adik tak mahu mak tahu adik nangis..


Masa saya kecik-kecik, saya masih ingat cara abah protect, time tu pergi percutian keluarga dekat Kelantan, kawan abah, Ayah angkat saya (Ayah husin)  selalu menyakat saya, pernah masa tu umur saya 5 tahun, Ayah Husin letak saya tepi pantai, sebab nak tangkap gambar, saya nangis, sebab takut pantai.. Abah lari nak pergi ambil saya sambil ketawa tengok saya yang nangis, Ayah Husin terus snap gambar, gambar tu still ada lagi sekarang nih, gambar saya atas batu sambil nangis & abah yang berlari sambil tersenyum nak dapatkan saya. Bila tengok balik gambar tu, terus nangis. Sayang abah sangat2..

Dalam post mak abah  saya pernah cerita pasal abah yang selalu beli hadiah untuk saya bila pergi kursus mana2.. :)
Mak lalui banyak ujian dalam hidup,Mak suka bercerita pasal dulu-dulu, macam mana emak lalui kehidupan sebelum kahwin dengan abah, kebahagiaan mak masa kahwin dengan abah..
3tahun lepas bila mak kehilangan abang yang tersayang, mak menangis. semua keluarga pergi kulim nak menziarah. balik rumah, malam tu masuk bilik saya
' adik, jom baca yassin utk wa '
 masa baca mak nangis, sebab terlalu rindukan abangnya. saya pun :(




Sekarang saya dah besar.. dah masuk u. Alhamdulillah, berkat doa mak abah yang tak pernah putus-putus. 
Ingat lagi masa daftar unisza, muka mak yang sangat-sangat sayu, tapi mak senyum ja. masa mak dan abah n kakak abang nak balik, wajah terakhir yang saya tengok melalui tingkap asrama, wajah mak. Mak turun tangga sambil tengok saya. Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu, nangis. Malam-malam minggu orentasi nangis, mak call 
'' mak.. adik rindu kat mak ''
tapi mak tak nangis time tu, mak terus bagi fon kat abang, abang pujuk saya.


solat maghrib, ada ceramah kat masjid unisza pasal ibu bapa. nangis lagi, masa tu housemate tenangkan.
Ya, memang saya tak kuat masa tu. sangat-sangat tak kuat.  rindu mak dengan abah. rindukan anak-anak buah, Amsyar yang saya jaga dia dari umur dia sehari sampai dia 3bulan saya kena daftar unisza.
bagi saya, keluarga segala-galanya.. Biar kadang-kadang saya tak dapat apa pun, janji saya ada keluarga. Pernah saya terima ujian yang sangat-sangat saya tak mampu tempuhi, masa tu saya tersedar.

aku ada Allah untuk tunjukkan jalan
aku ada Rasulullah untuk diikuti
aku ada keluarga yang sentiasa disisi aku.


Apa lagi yang diperlukan ?

Saya suka perhatikan mak abah saya berurusan dengan orang, Mak tak pernah kisah pasal hati dia sendiri, asalkan dia dapat menjaga hati orang. Dia tak kisah kalau dia dapat susah, asalkan dia dapat menolong orang.. 2hari lepas kenduri rumah maksu, ya Allah, emak la paling sibuk, sampai kesian tengok mak. Tolong mak memasak..

Abah.. seorang yang kelakar, time marah pun boleh buat lawak lagi. Suka tengok abah, musim sekarang nih musim renovate rumah, abah ajak saya cat rumah, gantung segala perhiasan, angkat perabut dengan abang-abang. Masa tu macam tengok 'super spontan' pulak. Abah buat lawak ^^ 

Allah.. masa cepat berjalan.. Rasa macam baru semalam abah dukung masa dekat Kelantan,
Segala pengorbanan mak dan abah tak pernah luput di ingatan..
pakcik makcik saya selalu cakap

'perangai Nadia sebijik macam mak dia, kak Ani's junior.. ngeh3 '


Hajat saya hanya satu, impian.. nak bawak mak abah pergi Mekah, mak abah orang pertama yang akan saya bawa. insyaAllah..
Saya tak kisah kalau orang cakap saya anak mak, sebab ya! saya memang anak mak abah saya. masa balik cuti, saya cakap kat mak
' mak.. adik nak kahwin awal boleh ?'


mak cakap 'Ilmu adik dah cukup nak bagi kat anak-anak nanti ?''


tersentap ! ya.. mak memang tak benarkan saya kahwin awal, tapi mak cakap, kalau dah jodoh, mak tak dapat nak halang. harapan mak kalau boleh, nak tengok adik hidup senang dulu, adik kerja, adik dah jadi seorang yang berjaya, baru mak nak menantu :)

mak cakap, abah pernah kata, kalau adik kahwin nanti, mahar adik abah serahkan kepada pihak lelaki. Berapa nilai yang pihak lelaki 'pandang' pada adik, abah terima, TAPIII. abah nak tengok dulu 'nilaian' lelaki tu terhadap adik ^^
insyaAllah..

mak abah.. tak ada yang paling berharga dalam dunia ini selain mak abah..
beberapa minggu saja lagi nak balik u.. tadi makan, teman mak.. tengok mak makan sedap, mak terus suap. ya Allah, walaupun mak letak ikan masin, tapi tetap sedap ! macam makan pizza.. hehehe..

ya Allah, berkati hidup mak abah, biarlah pahala apa yang aku lakukan, berikanlah kepada mak abah aku, untuk saham mereka di akhirat nanti. Lindungilah mereka dunia akhirat.. Amiin :)

mak abah, u know u are the number ONE for me <(^^)>


Nadia Yusof
13/05/2012