Thursday, March 29, 2012

.:: Ustazah pon jatuh cinta jugak ::.

Bismillahirahmanirrahim.

Ketika ustazah jatuh cinta ???




Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.. Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia ? Tapi layakkah
ustazah jatuh cinta ? Mereka juga punya hati dan perasaan.. Tetapi tahukah betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya ? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di hati, namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci. Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya yang mereka rasakan adalah kesedihan tidak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kebimbangan yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan dihatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itupun akan dilakukan. Alangkah kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada hanyalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu.


p/s : janganlah bimbang kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimanapun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja, semuanya akan indah pada waktunya, insyaAllah , semuanya dengan izin ALLAH..


* kalau dah jodoh, tak kenal pon boleh jadi jodoh jugak ^__^ 

Nadia Yusof
29/3/2012

Monday, March 26, 2012

.:: Ketika HATI pun turut tersenyum::.

Bismillahirrahmanirrahim..

JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. adakalanya, kita diberi petunjuk melalui mimpi, sesungguhnya mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya, jika tidak, TOLAKLAH dengan baik..

belajarlah jatuh cinta, iaitu jatuh cinta dengan DIRI SENDIRI, dahulu jika kita sering membenci diri MELIHAT cermin, sehingga kita tidak sedar ada cermin di dalam HATI, pantulan cermin hati itu kepada PENCIPTA.. belajarlah jatuh cinta lagi, kepada perkara yang kita TIDAK SUKA..rupanya itulah yang kita akan jatuh cinta, perkara yang membawa kita dekat dengan PENCIPTA..

Dan apabila jatuh cinta pada seorang INSAN, saat yang tidak dapat kita elakkan.. dari KEJAUHAN, di hadapannya.. MALU untuk mendekati, MALU untuk memandang.. Tetapi dihadapan PENCIPTA, terang-terangan meminta DIRINYA.. kerana mengingatinya membawa ingatan ini pada PENCIPTA, mungkin kita harus belajar jatuh cinta lagi..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka CINTAILAH sesuatu yang kamu miliki, jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.. jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi PANDUAN untuk bercinta..

Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya, ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak..

Yang harus cerewet pastinya adalah WANITA..ini kerana dia sedang memilih calon idaman hatinya.. dan sudah pasti, dia mahukan calon IMAM yang mampu membimbingnya dengan baik didunia dan dibawa bekalan di akhira kelak..
Ini kerana memilih bakal IMAM, lebih penting dari memilih bakal MAKMUM..
Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya..insyaAllah..


tapi.. mudahnya hati untuk tertawan walau akal MENEGAH dan memberi amaran..

Andai masih ada RINDU,
pohon hilangkan lah ia dari HATI ini..
kerana KETIDAKPASTIAN itu mengganggu..
perasaan ini MENGECEWAKAN insan yang menunggu..
tidak rela terusan terbelenggu..dalam pencarian PERMATA berharga MILIKMU..

- walau apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.. tetapkanlah YAKIN, bahawa Allah Lebih Tahu akan Segalanya.. Allah Mendengar segala yang berlagu dan bergema dalam hatimu-
dont be serius.. tetaplah tersenyum.. :D



Nadia Yusof
27/3/2012

Tuesday, March 20, 2012

.:: Pesanan kepada wanita yang bakal mendirikan masjid ::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dedikasi buat sahabat yang tengah 'berdebar-debar'.. insyaAllah, dengan doa yang dipanjatkan, urusan awak akan dipermudahkan.. Amiin :)

Enam pesanan khusus untuk wanita.


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita tinggal sembahyang.

2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi s.a.w (Ta'lim) di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal atau Muntakhab Ahadith, ini amalah sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah
" Ya Allah apa dosa saya sehingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini "

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi Muhammad s.a.w seperti doa tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari Malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galakkan suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Surau / Masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Nadia Yusof
20/3/2012