Tuesday, January 29, 2013

.:: Saya nak jadi jiran awak di Syurga nanti ::.

Assalamualaikum


Alhamdulillah, Allah beri ilham untuk update blog.
Sekarang, hidup yang penuh dengan ranjau, ujian dan tarbiyyah dari Allah, kesederhanaan dalam menerima apa jua keadaan, kadang2 kita perlu tahu perkara apa yang datang dalam hidup kita, whether it is a good thing or vice versa. Dengan redha Allah, berkat doa mak abah, sokongan kakak2 abang2 dan kawan2, sampai sekarang saya mampu teguh sebagai seorang hamba Allah yang mengimpikan hidup bersama mereka2 di atas di syurga kelak.

 Dalam hidup, kalau jumpa dengan seseorang, contoh terdekat dengan jiran sebelah, mesti kita terbayang kita akan berjiran dengannya di syurga, kan ? tak pun kita akan rasa mahabbah ukhuwwah tersebut, itulah manisnya pertemuan & perpisahan kerana Allah swt, bila jauh rasa rindu, bila dekat rasa taknak berpisah, semoga Allah sentiasa merahmati ukhuwwah sesama kita.

Sekarang masih lagi dalam pengajian diploma syariah sem 4, alhamdulillah dipertemukan dengan murobbi a.k.a pensyarah yang sentiasa nak membersihkan diri, kelas Usul Fiqh, directly 3jam hari selasa, tak rasa penat langsung dengan pengajaran Ustaz Syed Hafiz AlAydrus, banyak sangat ilmu yang beliau kongsikan, antara pengalaman beliau di tanah arab, sampai lah kepada kehidupan selepas berkahwin. Ustaz selalu pesankan agar menguatkan mahabbah terhadap Rasulullah saw, tambahkan cinta kepada Allah, 'hidup'kan Allah dalam hati kita, 



bila mana kita menyebut ALLAH, sampai kita dapat rasakan Allah menyahut 'ya hambaku'.




Pernah ustaz menangis ketika beliau menceritakan tentang Rasulullah, pernah jugak ustaz bernasyid qasidah dalam kelas, sampai dapat rasakan ketenangan yang teramat sangat, alhamdulillah :) pesanan ustaz :-

# bagaimana nak rasanya manisnya Islam, dengan adanya mahabbah kpd Rasulullah

#Allah bagi ilmu kpd siapa yg Dia suka & tak suka, tapi Allah bagi ilmu agama hanya kpd org yg Dia suka.

#org yg berkasihan belas terhadap org lain, Allah akan merahmati dia

#bila mana kita masuk kelas, katakan pada diri, ya Allah, ilmu ku kosong, maka Engkau penuhilah dengan ilmu yg akn aku dapati nnti, semua dgn izinMu.

#apabila nafsu keAKUan menebal dalam diri, masing2 akan mendakwa hak masing2 walaupun diri sendiri bukan diri yang punya,apatah lagi jelas2 hak orang lain.

Banyak sangat kata2 mutiara yg dapat diperolehi dari ustaz, dapat membasuh jiwa yang penuh dgn dosa dan noda :'(




Bagi pendapat saya, pertemuan kita dengan seseorang tu, sebenarnya ada mesej dari Allah, di sebalik pertemuan tersebut, kita dapat mengetahui sama ada kita jauh ataupun dekat dengan Allah, mungkin pertemuan kita dengan seseorang, merupakan ujian dari Allah, Allah nak 'tegur' cara hidup kita selama ini yang jauh daripadaNYA, betapa baiknya Allah :) dan pertemuan kita dengan seseorang yang dapat menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah, bila terpandang dia, kita dapat rasakan kasih sayang Allah 'memandang' kita.

Kita berkenalan, mengetahui hati budi, sebenarnya anugerah dari Allah, Allah kuatkan lagi ukhuwwah kita dengan hambaNya yang lain, seronok sangat kalau kita dpt berjumpa seseorang tu, kita dapat tinggalkan sisa ketawa dalam hidupnya, kita menangis dengannya. perkenalan kita dengan dia, dapat sama2 mndekatkan diri dengan Allah, kita ajak dia buat perkara kebaikan, dia ajar kita dengan akhlak dia. Akhlak sopan santunnya, automatik kita akan rasa nak TIRU dia kan ? ;D


Sama-sama dapat saham.

Macam mana dapat saham ? contohnya sebelum nih dia tak pernah berdakwah kepada orang lain, bila kita ajak dia, alhamdulillah kita pun dapat saham pahala yang dia dakwahkan.
kalau sebelum nih kita banyak cakap perkara lagha, bila tengok dia yang banyak tersenyum dari bercakap, membuatkan kita rasa 'indahnya pekerti dia, why not aku berperketi macam tu', dengan dakwah akhlak dia pun kita dapat rasakan, dia pun dapat saham pahala yang kita kerjakan.

InsyaAllah, semoga Allah anugerahkan azimat pengubat luka semalam, kita ingat tak dulu2 apa yang membuatkan kita frust, sweetkan Allah, DIA keluarkan dari kesusahan yang dulu kita rasakan dah tak ada harapan untuk hidup sehingga sekarang kita mampu tersenyum, dan kita lupa kepada kesusahan tersebut.


Tekadkan dalam diri, jangan tinggalkan jalan dakwah ini ! tak susah, hanya dengan cukup sekadar kita dapat berdakwah dengan akhlak kita sendiri kepada orang lain. 

insyaAllah semoga Allah tunjukkan jalan, tunjukkan trek untuk sampai kepadaNYA, dapat berjumpa dengan Rasulullah, satu saat yang bergetar dalam hati ialah selepas solat, selawat ke atas Rasulullah sambil membayangkan berada di hadapan makam Baginda, Subhanallah ! nak sangat berada di depan makam Rasulullah, nak berjumpa dengan baginda, sambil memimpin tangan mak dan abah. semoga Allah izinkan :'(

Teguhkan Iman, perbaiki diri, perbaiki akhlak, banyakkan senyum, gembirakan hati orang lain, ikhlas dalam memberi, amal makruf nahi mungkar, jadi anak yang solehah, permudahkan urusan orang lain, berkongsi rezeki,niat kerana Allah, insyaAllah kita dapat rasakan kasih sayang Allah :)


*Allah nak saya berusaha ! insyaALLAH, redhaNYA ada ! awak-awak, saya nak jadi jiran awak di syurga nanti :)


Nadia Yusof


30/03/2013