Saturday, April 2, 2011

..AiR mAtA yaNg diBeRkAti..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari
kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad saw.) QS. Al-Maaidah (5) : 83.

Air mata yang menitik pelan melintasi kedua pipi kita ternyata tidak semata butiran air yang keluar dari kelopak mata, tapi ada rembesan makna yang penuh hikmah di mata Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bahkan, keluarnya air mata akan menjadi penyebab hidup seseorang dalam keberkatan..

Dalam sebuah sabdanya, Rasulullah SAW pernah menyampaikan bahwa ada dua titisan (qatrataani) yang dibanggakan dan kelak akan menjadi saksi di Hari Pengadilan, iaitu titisan darah syuhada yang wafat kerana menegakkan agama Allah dan titisan air mata kerana bertaubat... Dalam kesempatan ini, kita akan mengenali ternyata ada banyak air mata yang dapat mengundang keberkatan..

Pertama, air mata kerana rasa cinta, takut, dan rindu kepada Allah... Air mata ini keluar disebabkan bercampurnya rasa haru dan bahagia kerana telah mampu menemukan makna hakikat cinta sekaligus takut kepada Sang Khalik...

Kedua, kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW, keluarga, dan para sahabat Radiyallahu Anhum . Seseorang yang larut dan terbuai saat bersenandung selawat, kerana
berharap dikunjungi Rasulullah SAW dalam setiap mimpinya dan rindu dengan syafaatnya, kemudian air mata menitis maka sungguh air mata ini adalah air mata yang diberkati. Pada saatnya nanti, air indera penglihatan ini akan ikut bersaksi di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa orang ini adalah benar umat Rasulullah SAW..

Ketiga, air mata bahagia kerana bisa menunjukkan baktinya kepada orang tua. Saat mengenang dan menatap wajah orang tua, lalu mengeluarkan aura kebahagiaan, kemudian tidak terasa mengalir air mata maka air mata ini akan turut berbicara, bahkan menjadi saksi di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Paling tidak, orang ini tercatat sebagai anak berbakti yang mendapatkan redha dari ibu dan ayah..

Keempat, air mata taubat, iaitu kerana ingat akan dosa-dosa yang telah diperbuat. Baik teringat dengan dosa syirik, membunuh, zina, atau ingat kepada orang-orang yang pernah disakiti. Seseorang yang menyesali semua perbuatannya ini lalu berdoa dan menghiba agar diampuni, kemudian dia menangis sejadi-jadinya maka insya Allah air matanya ini termasuk air mata yang diberkati..

Kelima, air mata kerana hiba dan keprihatinan. Saat mendengar, melihat, dan menyaksikan mereka yang papa, seperti anak yatim yang ditinggal orang tua yang tak berpunya, orang-orang miskin yang berjuang untuk bertahan hidup, atau orang tua yang ditelantarkan di jalanan oleh anak dan keluarganya, kemudian menitikkan air mata, insya Allah air mata ini adalah air mata yang diberkati..

Terakhir, air mata yang diberkati adalah air mata kerana bahagia  khusyuk beribadah. Juga, terharu dan senang kerana boleh berkumpul dengan orang-orang soleh di majlis ilmu dan zikir. Wa Allahu A'lam.

Nadia Yusof
3/4/2011

5 comments:

  1. ku ingin air mata Qu yg sdg dan akan mengalir hanya kerana Allah..dan di saat ini air mata ku mengalir mmbc perkongsian ini...syukran ukht..

    ReplyDelete
  2. “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” T_T

    ReplyDelete
  3. nazihah:
    insyaAllah nazihah..
    afwan..

    ReplyDelete
  4. abd muhyi:
    Allahurabbi..
    smoga air mata kita diberkati..

    ReplyDelete
  5. salam...air mata yang akan menjadi saksi di akhirat nanti..

    ReplyDelete