Wednesday, March 30, 2011

.::Diri iNi biLa ditArbiyAh oLEh mAk daN aBah::.


bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah,bangun sahur tadi berbekalkan kurma,sorang-sorang bangun..syukur juga fajar tadi tidak hujan,jika x,sejuk juga nak bangun..liat pun ada,ye lah klau dah sejuk2 tu,tarik selimut lah..tapi alhamdulillah..Allah beri kudrat untuk bersahur dan bila dah azan subuh,terus mengambil wudhu' untuk bersolat..kemudian,mngerjakan solat taubat..terasa hari2 x sempurna bila x mengerjakan solat taubat..
usai solat..titipkan doa kepada Allah,supaya memberi hidayahNYA kepada saya..masih teringat lagi pesan seorang ustaz,katanya..

'kita jangan lupa untuk meminta supaya Allah memberi hidayah kepada kita..kerana mungkin hari ke sehari,kita akan larut dek duniawi..mlupakan Dia..jadi,jangan lupa supaya Allah sentiasa memberi kita petunjuk'

 di doakan juga kepada kedua ibu bapa saya,abah and mak..kepada seluruh keluarga,kakak2 dan abang2..kepada sahabi2 dan sahabiah2 saya,dan kepada semua umat islam..terasa sayu pula bila mendoakan orang lain..teras di fikiran,siapa la yang mendoakan aku pula? tapi tak mengapalah,saya ikhlas untuk mndoakan orang lain,dan tak mengharapkan apa2 balasan..biarlah Allah yang mmbalasnya..

kemudian, membaca beberapa surah terakhir Alquran,surah yang pendek2 supaya saya dapat menghafalnya sedikit demi sedikit insyaAllah..semoga Allah mmpermudahkan..Allahumma amiin..=)) terasa tenang bila mengalunkan ayatul quran bila fajar..sunyi ja rasa..tenang..sesungguhnya ayat2 Alquran boleh mnjadi syifa'(penawar) untuk diri seseorang muslim tersebut..subhanallah..hebat kalamullah ini..

tiba2 selepas tamat mmbaca Alquran,terdengar suara abah menitipkan doa di dlam biliknya..alunan suara abah amat menteteram kan hati saya..rasa nak nangis pun ada..abah berdoa dalam bahasa arab,jadi x berapa faham apa isi kandungannya..mungkin mendoakan demi kebahagiaan anak-anaknya..
Ya Allah,memang nak nangis....banyak kenangan terlintas di fikiran..sewaktu saya masih kecil, bila abah kursus di mana2..abah mesti bawak balik ole-ole untuk anak bongsunya,saya la tu..yelah,masa tu saya ja yang masih kecil..yang lain dah besor2 dah semua..x kan nak hadiah lagi..=P

 ole-ole yang melekat di hati saya ialah vcd lagu islamik indonesia..mesti saya dengar tiap2 hari,smpai emak tegur..
'dik..sudah2 la tu..meletup nnti..(=])'
sekarang vcd tu masih ada, cuma sedikit rosak,jadi saya hanya menyimpannya untuk koleksi sahaja.. kalau tersa rindu nak dengar lagu tu,saya just denga kat youtube ja..



lagu di atas tu abah cakap,kenal nabi di sini yea..hafal nama-nama nabi..jadi waktu tu umur 5 tahun..kalau ustazah kat tadika tanya nama-nama nabi..saya ingat lagu ni..syukran abah..kasi orang 'kenal' nabi...



ni plak lagu syurga di telapak kaki ibu..rasa nak nangis denga lagu ni..abah pesan.. 'sayang mak tau,melebihi segalanya'..insyaAllah bah..orang kan syg abah gak melebihi segalanya..


rentak lagu ni,lucu kan..comel ja..tapi sya sukeee..'anak solehah'..lagu ni abah amanahkan untuk saya supaya jadi ank solehah..ok bah..org pegang amanah abah..doakan juga supaya org cekalkan hati jadi ank solehah untuk abah dengan emak..Allahumma amiin

'solat 5 waktu'..jangan lupa yea dik..syukran bah,

ok..ni antara lagu Dhea yang saya paparkan..sebenarnya banyak lagu2 dhea yang ada..tapi,ini sebahagian yang menjadi kegemaran saya..bila denga lagu ni..teringat segala macam kenangan dengan abah..
dan hasilnya,macam ini la saya..bila ditarbiyah oleh abah dengan lagu2 islamik ni..alhamdulillah..disamping mak dan abah yang tak pernah putus mendoakan kesejahteraan anak bongsu diorang ni..serta tarbiyah daripada Allah yang sentiasa x jemu mmberi ujian yang mmbolehkan saya mengenal erti kehidupan sebenar..syukran Ya Allah..segala puji bagi-MU Ya Rabb..


'syukran mak dan abah..sebab didik org sampai org kenal dunia..dan org x lupakan akhirat..syukran jazilan..! org sayang sgt dengan mak and abah..cita2 org,suatu hari nanti,kalo org dah keja and dah kumpul duit,org nak bawak abah dan emak pegi Baitullah..insyaAllah untuk mngerjakan haji ataupun umrah..insyaAllah..org akan tunaikan cita-cita org ni..jadi,org akan belaja sunguh2 dan betol2..amiin'


gamba candid abah dan mak..sorry snap gamba abah dan mak without permision..=))




Nadia Yusof
31/3/2011



 

Tuesday, March 29, 2011

.:: Wahai hati..ingatlah janji-janji Allah ::.

Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; "kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut,ayat 2-3).


Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat  buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah,ayat 216).


Kenapa ujian seberat ini? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah, ayat 286).


Kenapa rasa kecewa?
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran,ayat 139).


Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh(di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran,ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk." (Surah Al-Baqarah, ayat 45).


Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang Mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....(Surah At-Taubah,ayat 111).



Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakal." (Surah At-Taubah, ayat 129).


Aku dah tak dapat bertahan lagi....!
"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu yang kafir." (Surah Yusuf, ayat 12)



Nadia Yusof
29/3/2011

Sunday, March 27, 2011

.::cinta tidak bermakna memiliki::.

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...


Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...


Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...


Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..


Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."


Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali...... 
 Nadia Yusof
27/3/2011

Saturday, March 26, 2011

.:: Tabiat wanita mmbawa ke neraka ::.

untuk renungan bersama.....
Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita... Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita...
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"...

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami...

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW" 
Nadia Yusof
27/3/2011





..Tips aurat wanita solehah..




1. Bulu kening
  • Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
  • Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian
  • Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
  • Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
  5. Gigi
  • Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
  • Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
  • Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
  8. Tangan
  • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
  • Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
  • Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
  • Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
  • Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
  • Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
  • Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
  • Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
  • Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


Nadia Yusof
27/3/2011

Friday, March 25, 2011

.::surat untuk jiwa::.

Surat ini kutujukan untk diriku sendiri srta sahabat-sahabat trcintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hnya cinta itu yg dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yg membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yg berbeza, lebih bermakna dan indah...Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yg kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yg mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yg terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya...
 .

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses...

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya...
Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan...


Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan...
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya...




"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah"...


Nadia Alzahra

25/3/2011

Sunday, March 20, 2011

.:: insyaAllah..smoga mumtaz ::.

Assalamualaikum ^_^..n salam keriangan..
riang eh?huhu..riang laa jga..hari semakin hari hati senang ja..n kekadang ada gak hati mntak 'rehat'..
katanya.. mestila sntiasa tawadhu kpada Allah,kalo snang 24hours nnti,hanyut plak dek duniawi..

ok hati ! tapi dok diam2 yea..jgan asyik tringat kat tuuttt plak..nnti hnyut mngikut hawa nafsu..nauzubillah..Ya Allah,peliharalah hatiku..
hm...skarang hati tgh risau, risau n risaukan result! aduhaii..rsult dh nak kuar....x abes2 tiap2 hari titpkan doa kpada Allah supaya kuatkan hati n berikan kejayaan..family pun mmg bawak fenomena 'takut'..huhu..T_T

mummy : kalo dapat lebih dari trial..meh nak suap pisang 3biji kat adik
me : pisang??(huhuhu..soodappp)

pisang?? i luv pisang..huhu

abah : anak abah kan selalu mumtaz ja kalo exam..mesti bole pnya..
me : insyaAllah bah..doakan yea ( sedihhh T_T)

abang I : okeh ! ari rabu nanti pegi beli pisang..(sengih kambing)
 me : abang pilih pisang yg molek2 yea..comey cam adik(hwahwha)


abang II : adik..msti kena dapat lebih dari trial..kalo dpat lebih, mntak ja apa pun..abang kasi..(alahai abes duit aku)
me : yeahhh! wajib eh..insyaAllah akan dpat lebih..amiin..adik tunggu~~


kakak : Ya Allah,senangnya duduk..kalo kak,xtidow lena dah..asyik pkir rsult ja..(saja nak bagi takut)
me : alahaii kakakku syg..mmg bole dduk pun..tdow pun lenaa..(dalam hati,Allah ja yg tawu,takut yg amat)


pakcik : kakcik nnti dh dpat result,apply uitm penang yea..dekat dgn umah pakcik..
me : okeh pokcik ! tpi terget nak ke  usim nilai..
pakcik : apply ja dulu..kalo dpat Alhamdulillah la..
me : insyaAllah pakcik..(sengih ja keja..huhu)


aiman : kakcik,23hb nnti..kna lawat moe.gov neh..tgk yg kakcik pnya..
me : eh..sepupuku yg ensem neh..nnti kakcik gitaw face to face laa..toksah lawat bnda alah 2..rugi karan jep..hahaha
aiman : cett,..haha..

4bradEQ : alahai nadia oi..takuit..
me : hahah..mmg sy xtakut pun..huhuhu..sama la ngn awok2 sekalian..

maksu yah : nadia bila rsult kua?
me : insyaAllah 23hb nnti =)).. takutt
maksu yah : insyaAllah..jwab dah kan,wat yg terbaik dh kan..so,doakan yg terbaik
me : ok..bagi doa cket..(hehe)
maksu yah : doa ibu lebih berkat
me : alahaii..sedihh =((

Ya Allah..penantian 1 pnyeksaan..sabarkan hatiku dlam menuggu hari barokah tersebut..syukurkan hatiku dalam mnerima apa jua keputusan yg sememangnya yg terbaik untk diriku..
berikan aku kputusan yg cemerlang..juga kpada 4bradEQsahabat 5muazsuma bdak smk agama Arau batch 93,  sahabat2 blog, sahabat2 fb. . sahabat selatan..huhu..and sahabat2 seluruh dunia..(aaaa..byk kwan awk yea nadia) hehe..x da lah..insyaAllah doakan org lain,org lain akan doakan untuk awk jugak ^_^..
Allahumma amiin..
so,get ready...bykkan solat hajat..n mntak Allah permudahkan urusan kita..
Amin.. semoga mumtaz !~

yeahhh..!

Nadia Yusof
21/3/2011

Tuesday, March 15, 2011

.:: Di hati ini...hanya Allah yg tahu ::.

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah al 'Adzim...Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...Pelbagai dosa...Yang tersirat, mahupun yang tersurat...Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja...Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa...Diri kian lalai...Fikiran sering memikirkan perkara-perkara yang lagha...Semuanya berpunca dari hati...

Benarlah sabda Nabi,

"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia, maka baiklah seluruh (anggota badan),bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yang sering memberi begitu banyak ujian pada hati..Dan ujian terberat, yang amat sukar ditangani Dan tak dapat lari dari diri remaja ialah,ujian cinta...

Ujian inilah yang sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda yang asalnya hidup berlandaskan Islam, mengikut sepenuh ajaran Islam, tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut... Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina..Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk dan jalan yang keji"

Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....Kerana semua ini adalah perkara-perkara yang mendekati zina atau jalan yang menuju ke lembah zina...Maka, hindarilah...!!

Rasanya, sudah cukup setakat ini aku memulakan langkah ke alam yang tak sepatutnya aku lalui ini...Berfantasi, berimaginasi dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti...Cinta itu memang FITRAH, namun bila gagal mengawalnya, maka itu yang jadi PARAH...Insya' Allah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga...Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia, Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,

Aku tak ada hak untuk merindui dia, Dan dia tiada hak untuk merindui aku,

Aku tak berhak untuk berada di hatinya, Dan dia tak berhak untuk berada di hatiku...

Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"

Nikah jalan penyelesaian

Cuba kita fikirkan,

Kalau lah orang yang kita suka itu bukan pasangan yang ditakdirkan untuk kita,Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri atau suami orang yang kita suka itu...Dan orang yang mengambil hak orang lain adalah orang yang zalim...

Dan kalau lah isteri atau suami orang yang kita suka itu tahu yang kita pernah suka kat suami atau isteri depa,mesti depa rasa lain macam dengan kita kan..?Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian, ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita dan dia...Na'udzubillah...

Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna...Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang...Cinta yang perit...Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,namun anggota tak bisa melakukan apa-apa...Syariat tetap membataskan...Hati perlu dijaga, anggota badan perlu dijaga...Maruah, nama keluarga...Dan yang paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara...Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa-apa....??Buang masa....

"Tiada cara lain untuk mengawal syahwat, selain mengadu dan mendekatkan diri kpd Allah dan rasa takut dgn azabNya,"

Bila diri kian jauh dari Allah, maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dengan muslihatnya...Bagi yang belajar agama, perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...),macam couple islamik, dan lain-lain....Ini lah tipu daya dan muslihat syaitan...Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir untuk melakukan kemungkaran,lagi-lagi yang berlandaskan syahwat...Insya' Allah, kalau kita benar-benar orang yang beriman,kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...

Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia...DIAlah yang mengawal segala-galanya...Membolehkan sesuatu yang tak boleh, dan menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil...Hanya DIA yang berkuasa atas segalaNya...

Jadi.. Mintalah segala-galanya kepadaNya...Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua...Apa-apa pun, kita cuma berserah kepadaNya...Kalau dimakbulkan, Alhamdulillah....Kalau tak, insya' Allah, Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta...

Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu...Jadi, bila kita terima apa-apa, redha dan pasrah...Kerana orang yang beriman itu Yakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....

Tentang perasaan ini, memang susah nak hilang...Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah..Bila hati ini khusyuk mengingatiNya...Lupakan lah segala cinta tak bermakna tu...Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kepada Tuhan semesta alam...Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat...Itu yang sebaiknya, itu yang seharusnya...

"Hidup ini perlu realistik... Laksanakan apa yang sudah ada di depan mata, bukan memikirkan sesuatu yang tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."

Sebagai pelajar Muslim, anak soleh (insya' Allah..), abang atau kakak...Laksanakan dulu segala kewajipan ini...Baru lah fikir nak jadi suami atau isteri mithali pula...


Berdoalah kepada Allah, pemilik segala hati manusia


"If you love someone, let them go. If they return to you, it was meant to be. If they don't, their love was never yours to begin with."

Nadia Yusof

16/3/2011

Orang-orang yang d cintai Allah SWT

Di dalam hadith-hadith ada dikemukakan ciri-ciri orang yang dicintai dan dikasihinya.

1. Orang yang teliti dan tekun.
“Sesungguhnya Allah mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu, selalu memperbaguskan / menyempurnakan perbuatannya.”
'
2. Orang yang selalu memberikan bantuan kepada orang yang malang.
 “Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang membantu orang yang kemalangan”


3. Orang yang lemah lembut.
“Sesungguhnya Allah menyukai lemah-lembut dalam segala urusan (baik perbuatan, ucapan, pergaulan dan sebagainya).”


4. Peramah
“Sesungguhnya Allah menyukai yang mudah dan ringan dalam perkataan dan perbuatan (manis muka dan ramah tamah)”
“Sesungguhnya orang-orang yang paling Aku cintai di antara kamu dan dekat kedudukannya kepada Ku pada hari kiamat ialah orang-orang yang paling baik akhlaknya dan rumahnya sering dikunjungi, yang ramah tamah dan disukai orang. Dan orang yang paling Aku benci dan jauh kedudukannya dari Ku pada hari kiamat ialah orang yang cakap besar (yang suka bercakap dan di dalam percakapannya banyak mengumpat dan mencerca orang lain), yang besar kepala dan sombong”


5. Orang yang taat.
 “Sesungguhnya Allah menyukai pemuda yang menghabiskan masa mudanya dalam ketaatan kepadaNya.”


6. Orang yang mempunyai pekerjaan.
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang mukmin dan memepunyai perusahaan/pekerjaan.”


7. Orang yang rendah hati.
“Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertakwa lagi kaya tetapi tidak menonjolkan diri atas kekayaanNya.”


8. Orang yang selalu mengulangi doanya.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa.”


9. Orang yang menunaikan fardu dan sunat.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang menunaikan keringanan yang telah ditetapkan, (seperti ‘rukhsah’ dalam perjalanan jauh), sebagaimana juga Dia menyukai orang-orang yang melaksanakan apa-apa yang telah ditetapkanNya ‘azimah’.”


10. Orang yang mensyukuri nikmat.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang memperlihatkan nikmatNya kepada hambaNya (misalnya nikmat ilmu yang diamalkan).”


11. Orang yang fanatik terhadap keyakinannya.
“Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hambaNya yang cemburu (untuk menegakkan dan membela AgamaNya), bukan cemburu kerana buruk sangka tanpa ada kecurigaan atau keraguan.”


12. Orang yang tidak banyak cakap.
“Sesungguhnya Allah menyukai jual beli yang mudah dan toleransi, dan pembayaran yang mudah serta toleran.”


13. Orang penyantun.
“Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang mukmin, yang fakir tetapi sopan, menjaga harga diri dan mempunyai tanggungan.”



14. Wanita yang tidak mandul.
“Wanita yang melahirkan anak lebih dicintai Allah daripada wanita yang cantik tetapi mandul. Sesungguhnya Aku bangga dengan umatKu pada hari kiamat.”


15. Orang yang mengutamakan hal-hal yang penting.
“Sesungguhnya Allah menyukai urusan-urusan yang tinggi nilainya lagi mulia dan tidak menyukai urusan yang hina dan rendah martabatnya.”


16. Orang yang memuji syukur kepadaNya.
“Sesungguhnya Allah suka untuk dipuji.”


17. Orang yang mencintai anaknya.
“Sesungguhnya Allah menyukai kamu berlaku adil diantara sesama anak-anak kamu hingga mencium mesra.”


18. Orang yang berakhlak tinggi.
“Sesungguhnya Allah itu indah, dan menyukai keindahan.”
“Dia Maha Pemurah menyukai kemurahan, Dia menyukai ketinggian akhlak (budi pekerti) dan tidak suka kepada akhlak yang rendah.”



19. Orang yang kuat imannya.
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai daripada orang mukmin yang lemah, tetapi pada masing-masing ada kelebihannya.”



20. Orang yang pemaaf.
“Sesungguhnya Allah itu pemaaf, Dia suka memaafkan.”


21. Orang yang kekal dalam kebiasaannya yang baik.
“Amal perbuatan yang disukai Allah ialah yang kekal dilakukan meskipun sedikit.”



22. Orang yang suka memberi nasihat.
“Sesungguhnya hamba-hambaNya yang paling disukai Allah ialah yang banyak memberikan nasihat kepada hamba-hambaNya yang lain.”



23. Orang yang suka berbuat kebajikan.
“Sesungguhnya hamba-hamba yang paling disukai Allah ialah orang yang suka kepada kebajikan dan suka melakukannya.”



24. Penguasa yang adil.
“Sesungguhnya orang yang paling disukai Allah pada hari kiamat dan dekat kedudukannya pada Allah ialah Raja (penguasa) yang adil. Dan orang yang sangat dibenciNya dan jauh kedudukan dariNya ialah Raja (penguasa) yang zalim (suka menganiaya).”



25. Nama yang baik.
“Sesungguhnya nama-nama yang disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman.”



26. Orang yang sembahyang, berbakti kepada orang tua dan berjihad.
“Perbuatan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada waktunya, kemudian berbakti kepada ibu bapa, kemudian berjihad fisabilillah.”


27. Orang yang selalu berzikir kepada Allah.
“Perbuatan yang paling disukai Allah ialah di saat engkau meninggalkan dunia lidahmu basah kerana berzikir kepada Allah (orang yang suka berzikir terus menerus hingga saat kematiannya).”


28. Orang yang suka menolong sesama manusia.
“Perbuatan yang paling dicintai Allah ialah suka memberi makan orang yang miskin yang kelaparan, atau orang yang suka membayarkan hutang orang lain atau orang yang suka melapangkan musibah (kesusahan) orang lain.”


29. Orang yang selalu menggembirakan sesamanya.
“Perbuatan yang paling disukai Allah, (setelah menunaikan segala perkara yang fardu) ialah mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada sesama Muslim.”



30. Orang yang tidak lancang berbicara.
“”Perbuatan yang lebih disukai Allah ialah menjaga lidah (jangan lancang berbicara).”



31. Orang yang perbuatannya didasarkan kerana Allah.
“Perbuatan yang lebih disukai Allah ialah kasih atau senang kerana Allah dan benci atau tidak suka kerana sesuatu kerana Allah.”



32. Orang yang diberi nama “Hamba Allah”.
“Nama-nama yang disukai Allah ialah nama yang menyatakan penghambaanNya (yang dimulai dengan Abdul, seperti Abdullah dan sebagainya). Dan nama-nama yang lebih benar ialah Hammam atau Humam dan Haris.



33. Tempat yang dicintai Allah.
“Bahagian negeri yang lebih dicintai Allah ialah masjidnya dan yang dibencinya ialah pasarnya.”

 

32. Orang yang diberi nama “Hamba Allah”.
“Nama-nama yang disukai Allah ialah nama yang menyatakan penghambaanNya (yang dimulai dengan Abdul, seperti Abdullah dan sebagainya). Dan nama-nama yang lebih benar ialah Hammam atau Humam dan Haris.


33. Tempat yang dicintai Allah.
“Bahagian negeri yang lebih dicintai Allah ialah masjidnya dan yang dibencinya ialah pasarnya.”


34. Orang yang ucapan dan kata-katanya baik.
“Jihad (menegakkan Agama Allah) yang lebih disukai Allah ialah ucapan (nasihat) yang benar yang disampaikan kepada seorang Raja (penguasa) yang aniaya dan tidak adil.“Cerita (percakapanya) yang lebih Aku sukai ialah yang benar / yang lebih benar.”
“Perkataan (ucapan) yang lebih disukai Allah ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar, La ilaha illallah, tanpa mengira yang mana satu didahulukan.”



35. Orang yang memiliki ketrampilan (kecekapan).
“Permainan yang melalaikan yang lebih disukai Allah ialah berlatih menunggang kuda dan ketrampilan (kecekapan) memanah.”



36. Orang yang memberikan bantuan belajar.
“Hamba-hamba yang lebih disukai Allah ialah yang lebih banyak memberikan manafaat kepada tanggungannya (menyara mereka, menyuruh belajar serta mendidiknya).”


37. Orang yang berakhlak luhur.
“Hambanya yang lebih disukai Allah ialah yang lebih tinggi akhlaknya."


38. Rumah penginapan dan pendidikan anak yatim.
“Diantara rumah-rumah kamu yang lebih disukai Allah ialah rumah yang didalamnya terdapat anak yatim yang dikasihi dan dididik sebagaimana semestinya.”
“Zuhudlah di dalam dunia (nescaya) engkau dicintai Allah, dan zuhud terhadap apa-apa yang ada ditangan orang lain nescaya orang lain akan kasih kepadamu"

Nadia Yusof

15/3/2011 

~::* 9 mimpi Rasulullah SAW*::~

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Nadia Alzahra
15/3/2011 

Wednesday, March 9, 2011

Ya Rabbul 'Izzati.. makbulkan doa hamba~~

Assalamulaikum..salam ketenangan utk sahabat2...
first of all...doa ini  dberikan oleh sahabiah saya ukhti manal dan  ukhti sya kpada saya..selama bertahun saya tetap simpan kertas garis yg tertulis doa ini atasnya..Alhamdulillah..tidak pernah saya lupa akn pengorbanan yg dberikan selama 5tahun ukhuwah kita...tidak lupa kpd ukhti anim .. senantiasa ada semasa saya mmerlukan.. 4bradeQ always poreberrr until our last breath insyaALLAH..freindship lillah...=))

Bismillahirrahmanirahim...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku
tercipta untukku..
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu kekal abadi
dan Ya Allah
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku
seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah, agar ku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama dengannya
dan Ya Allah yang tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan adalah yg terbaik duat diriku
kerana Engkau Maha Mengetahui segala yg trbaik buat hamba-Mu
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku
di dunia dan di akhirat nanti
dengarlah permintaan dan rintihan dari hamba-Mu yg daif ini
Ya Allah, jangan Engkau biarkan  aku bersendirian
di dunia ini mahupun di akhirat nanti mnjurus aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah padaku seorang pasangan
yang beriman dan beramal soleh
supaya diriku dan dirinya sama-sama mendapat
keredhaan dari-Mu ya Allah
dan seterusnya Ya Allah dapat membina hidup ini
dengan penuh kesejahteraan ke jalan yang Engkau redhai
serta kurniakanlah pada kami Ya Allah
keturunan yang soleh dan solehah

Amiin...Ya Rabbal A'lamiin...




Nadia Alzahra
9/3/2011

Monday, March 7, 2011

so..what do you think ?!

Assalamualaikum w.b.t
salam perjuangan buat sahabat2 sekalian....Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah dan kurnia-NYA, kita d beri kesempatan untuk bernafas dan mmperhambakan diri pada-NYA,,...

post kali neh...sudah beberapa kali saya fikir.."nk post ka x?''..bukan apa..saya x berapa suka sgt berkenaan dgn isu politik...bahkan..mungkin x berminat buat masa sekarang...tapi saya terpanggil untuk mmbahaskannya dan mngajak semua sahabat2 untuk mmberi pndapat masing2..kadang-kadang takut juga kalau entry kali ni mncetus kontroversi  sensitiviti sesetengah masyarakat...sebab saya pun bukannya pndai sgt dalam bab2 neh.,,takut salah..tapi InsyaAllah...setakat yg saya mampu..
otak saya ligat berfikir and hati memaksa2 untuk 'ambil tahu' hal ini ialah setelah mmbuka hati tntang seorang 'ulama yg d kenali,beliau mrupakan seorang menteri dan terlibat dalam dunia poltik..
terus,saya kemukakan hal ini kpada sahabiyah saya iaitu   ukhti anim ..perkara yg kami bahaskan ialah tentang firman Allah SWT berkenaan tentang tegahan Allah supaya mengangkat org kafir sbg ketua..

Firman Allah SWT yg brmaksud :
'Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu);sebahagian mereka ialah pemimpin bagi sebahagian yg lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak mmberi petunjuk kepada orang-oarang yg zalim'
Surah Al-Maaidah,ayat 51



dalam otak berfikir...d Malaysia neh banyak sgt menteri yg non muslim..n bila dah nama pun menteri, mrupakan pemimpin bgi sesuatu kelompok n boleh d takrifkan sbgai 'ketua'..
kemudian....saya rujuk kepada seorang niqobi yg saya kagum sekali...blog dya pun mmg saya minat sgt2 and sentiasa ikuti perkembangan beliau..akak yg saya maksudkan ialah ukhti insyirah ..
seorang yg sgt peramah and luas ilmu-NYA.. ukhuwah melalui laman facebook amat bermakna..

berguna juga facebook ni walaupun sesetengah masyarakat me'label'kan facebook sbg laman maksiat or laman dosa..Naudzubillah Min Zalik....sesetengah masyarakat kadang-kadang negatifkan perkara yg positif..
bagi pendapat saya, jika kita bijak mnguruskan sesuatu perkara berlandaskan syariat islam...insyaAllah,tiada istilah 'lagha' ataupun perkara sia2..

byk blog2 islamik yg saya jumpa..byk mnfaat yg kita boleh peroleh dripada blog2 tersebut..ALLAH HUAKBAR~~....kalimah2 Allah senantiasa beralun pada alam maya neh..Alhamdulillah..
berbalik kpd skop perbahasan yg ingin saya nyatakan..sebenarnya sy ingin brkongsi pnglaman berhujah mngenai firman Allah..d sini saya akan copy paste shja..

saya : assalamualaikum kak insyirah..panggil kak boleh kan?
sbenarnya adik ada bca blog akak tentang sunnah..

nak tanya something..sbb benda ni adik selalu musykil..
adik ingat,ada firman Allah dalam Alquran tntang Allah menegah supaya kita kita mnjadikan org kafir sbg ketua kita..
Firman Allah SWT yg brmaksud:

'Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu);sebahagian mereka ialah pemimpin bagi sebahagian yg lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak mmberi petunjuk kepada orang-oarang yg zalim'
Surah Al-Maaidah,ayat 51


jadi,sekarang ni macam akak sedia maklum,banyak menteri2 yg non-muslim d Malaysia..and bila da jd menteri,maknanya dah jadi pemimpin dalam satu kelompok ataupun boleh d tafsirkan sebagai 'ketua'..


 ukhti Insyirah : waalaikumussalam adik yang dirahmati Allah.
yang perlu kita fahami ialah apakah malaysia sebuah negara islam atau negara orang islam? kalau dalam sesebuah negara islam, ditadbir berlandaskan syariat Allah maka non muslim tidak boleh diangkat menjadi ketua :)

saya : saya nk tujukan pndapat saya..dlm prlembagaan agung ada tertulis,sebab adik baru lepas habis spm,jadi masih ingat perlembagaan2 tersebut dalam subjek sejarah..hehe
di nyatakan bahawa agama rasmi malaysia ialah agama islam..bahkan agung sendiri merupakan ketua agama islam..

jadi,bagaimana dgn rakyat2 malaysia yg beragama islam,tetapi,negara itu sendiri tidak mentadbir brlandaskan syariat Allah..
sperti pndapat akak 'kalau sesebuah negara islam,ditadbir berlandaskan syariat Allah maka non muslim tidak boleh diangkat menjadi ketua'

seperti sabda Rasulullah,telah baginda wasiatkan 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-sunnah,maka orang-orang Islam tidak akan sesat..saya rujuk balik firman Allah tentang non muslim sbg ketua.. Al-Quran pegangan kita akak,knapa negara ini tidak mengamalkan sperti yg d nyatakan dalam Al-Quran..walhal agama rasmi malaysia ialah agama Islam..


ukhti Insyirah : sebab itu kene tegakkan daulah islam supaya syariat islam dapat dilaksanakan, wallahua'lam. kalau sesebuah negara yang majoriti umat islam, tak semestinya pentadbirannya adalah pentadbiran islam. sebab ramai orang islam yang tak mahukan syariat islam. dalam sesebuah negara yang dihuni oleh orang islam hatta secara 99% sekalipun dan hanya 1% golongan yang bukan islam, tetap juga sukar untuk laksanakan pentadbiran berlandaskan syariat islam sebab bukan semua orang islam mahu menegakkan syariat islam,. wallahua'lam.

moga kita menjadi generasi yang mahu menegakkan daulah islamiyyah dan menjadi perintis kepada mereka yang mahu memperjuangkan syariat islam.

tegakkan islam di dalam DIRIMU nescaya islam akan tertegak di bumi Allah - assyahid imam hassan albanna

 ALLAH HUAKBAR!! meskipun bahasan perkara ini agak lama orang2 yg mmbahaskan...tapi..masih begitu jugak kpimpinan d negara kita..
so,ini sahaja yg ingin saya share kan dgn sahabiah sekalian..mntak pndapat sahabiah sekalian jika ada tersalah or yg nak berikan pendangan..SILAKAN...saya alu-alukan..
insyaAllah..


Nadia Alzahra
7/3/2011