Bismillahirrahmanirrahim..
Ratuku..
inginku luahkan
apa yang sudah lama terbuku di hati ini
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik oleh tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah..
Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kedengaran dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..
Ratuku..
kebimbanganku ini bertambah lagi bila ku melihat
bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..
Ratuku..
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
kerana apa yang aku melihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh..
Ratuku..
bukan ku berharap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara safa dan marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu Syurga..
Ratuku..
akuilah hakikat yang terurai
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita yang suci terpuji..
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga keharumannya melewati pintu-pintu Syurga..
Jangan kau risau wahai Ratuku..
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
tapi.. itu hanya ujian buatmu..
Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga lah kelopak mu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosak serimu
kerana kau ratu idaman kalbu..
Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun kadang-kadang
aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang aku harapkan
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa
membuatku tersenyum lega kerana akan ku temui
RATU yang benar-benar ratu..
25/4/2011
best33333 . suka la bace post nadia . mmg x sabar nak tunggu post nadia . kreatif .
ReplyDeleteTuan Khairul Asyraf:
ReplyDeletemelambungnya puji :)
terimakasih ziarah,
terimakasih membaca,
semoga bermanfaat, ^_^
bkan ape , entri kat sini semua best2 .
ReplyDeletesyukran kasiir :)
ReplyDeleteputra agamaa... :))
ReplyDeletesherry :
ReplyDeleteinsyaAllah :)