Sunday, May 13, 2012

.:: You are the number ONE for me ::.

Assalamualaikum..


Rata-rata tengok banyak post pasal ibu kat fb, jadi, post kali nih saya nak bercerita tentang mak abah saya, ada suka ada duka..


kadang-kadang kita tengok kehidupan seseorang tu, penuh dengan kemewahan, tapi belum tentu dia bahagia. and bila kita tengok seseorang tu sentiasa tersenyum, belum tentu dia tak pernah berduka...
kita tak tahu bagaimana hidup seseorang tu, kisah silamnya yang mungkin penuh dengan ranjau duri, yang kita tahu, hanya mengkritik dan terus mengkritik.. pernah tak kita rasa nak tahuuu ja apa orang rasa, mesti nak kan, macam tu lah saya, kalau bersahabat, saya nak tahu semua tentang dia, apa yang dia rasa, tapi tak semua yang mahu berkongsi kan :)

Bila kita katakan ' alaa tu urusan dia, jangann campur' tapi tidak bagi saya, selagimana ada kudrat, selagi tu la saya nak tolong urusan seseorang tu walaupun tanpa meminta.. Rasa kepuasan bila dapat tolong orang dalam susah walaupun hal kita sendiri tak perfect, because we believe that ada Allah yang boleh tolong kita..

Saya suka melihat kehidupan seseorang tu, then saya berfikir ' hidup dia tak sesempurna aku,tapi kehidupan dia tetap sempurna di mata aku'
ketakwaan dia pada Allah,
kasih sayangnya pada junjungan Nabi Muhammad  saw,
kemesraan dengan keluarga,
pergaulannya dengan rakan-rakan,
nampak sempurna di mata saya.

Mak saya selalu menjadi inspirasi buat saya.. ketaatan dia pada abah demi mencapai redha Allah.. kekuatan dia mengurus dan membesarkan kelima-lima anaknya Kak Yang, Abg pih, Kak Mira, Abang & saya..
Saya bertekad, bila saya dah besar, saya nak tiru mak.
satu malam, emak pernah bercerita, dia cakap dulu-dulu masa abah nak mengurat mak, abah kayuh basikal, datang depan rumah.. abah dengan adiknya(pakcik saya).. Niat 2 orang nak mengurat mak , mak dapat tahu yang pakcik pun minat kat mak, tapi mak terpikat dengan pengorbanan abah, walaupun masa tu abah memang datang nak tengok mak, tapi dia buat-buat tak nampak sebab nak jaga hati adiknya. Ya Allah, abah ! ^^
abah kahwin dengan emak, 5 tahun baru dapat anak.. abah cakap ' ada hikmah Allah tak bagi anak masa tu, sebab masa tu abah dengan mak susah, abah takut abah tak dapat puaskan hati anak-anak abah' =(






Lepas 5 tahun. abah dapat anak sulung, perempuan.Yusniliza Mat Yusof. panggil Yang sebab 5 tahun tak dapat anak, dah dapat terus saYANG :)
Masa zaman Kak Yang, mak cerita.. abah dengan mak suka simpan makanan, sebab pernah terjadi, masa tu kakyang cakap kakyang taknak makan. lepas dah habis, kakyang nangis-nangis nak makan. abah sedih masa tu, start dari itu, abah dengan mak selalu dahulukan makanan buat anak-anak walaupun mak abah makan tak berlauk.
sampai lah sekarang. saya dapat lihat, kalau kat meja makan, mak ambil seekor lauk, tapi mak ambil kepala ja. yang bahagian badan mak letakkan dalam pinggan saya. pernah sekali lepas mak buat macam tu, saya terus masuk bilik, nangis. terharu dengan apa yang mak buat. mak panggil tanya kenapa, saya cakap lupa tutup kipas dalam bilik. Ya Allah, sangat-sangat sedih masa tu, maaf mak, sebab menipu. Adik tak mahu mak tahu adik nangis..


Masa saya kecik-kecik, saya masih ingat cara abah protect, time tu pergi percutian keluarga dekat Kelantan, kawan abah, Ayah angkat saya (Ayah husin)  selalu menyakat saya, pernah masa tu umur saya 5 tahun, Ayah Husin letak saya tepi pantai, sebab nak tangkap gambar, saya nangis, sebab takut pantai.. Abah lari nak pergi ambil saya sambil ketawa tengok saya yang nangis, Ayah Husin terus snap gambar, gambar tu still ada lagi sekarang nih, gambar saya atas batu sambil nangis & abah yang berlari sambil tersenyum nak dapatkan saya. Bila tengok balik gambar tu, terus nangis. Sayang abah sangat2..

Dalam post mak abah  saya pernah cerita pasal abah yang selalu beli hadiah untuk saya bila pergi kursus mana2.. :)
Mak lalui banyak ujian dalam hidup,Mak suka bercerita pasal dulu-dulu, macam mana emak lalui kehidupan sebelum kahwin dengan abah, kebahagiaan mak masa kahwin dengan abah..
3tahun lepas bila mak kehilangan abang yang tersayang, mak menangis. semua keluarga pergi kulim nak menziarah. balik rumah, malam tu masuk bilik saya
' adik, jom baca yassin utk wa '
 masa baca mak nangis, sebab terlalu rindukan abangnya. saya pun :(




Sekarang saya dah besar.. dah masuk u. Alhamdulillah, berkat doa mak abah yang tak pernah putus-putus. 
Ingat lagi masa daftar unisza, muka mak yang sangat-sangat sayu, tapi mak senyum ja. masa mak dan abah n kakak abang nak balik, wajah terakhir yang saya tengok melalui tingkap asrama, wajah mak. Mak turun tangga sambil tengok saya. Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu, nangis. Malam-malam minggu orentasi nangis, mak call 
'' mak.. adik rindu kat mak ''
tapi mak tak nangis time tu, mak terus bagi fon kat abang, abang pujuk saya.


solat maghrib, ada ceramah kat masjid unisza pasal ibu bapa. nangis lagi, masa tu housemate tenangkan.
Ya, memang saya tak kuat masa tu. sangat-sangat tak kuat.  rindu mak dengan abah. rindukan anak-anak buah, Amsyar yang saya jaga dia dari umur dia sehari sampai dia 3bulan saya kena daftar unisza.
bagi saya, keluarga segala-galanya.. Biar kadang-kadang saya tak dapat apa pun, janji saya ada keluarga. Pernah saya terima ujian yang sangat-sangat saya tak mampu tempuhi, masa tu saya tersedar.

aku ada Allah untuk tunjukkan jalan
aku ada Rasulullah untuk diikuti
aku ada keluarga yang sentiasa disisi aku.


Apa lagi yang diperlukan ?

Saya suka perhatikan mak abah saya berurusan dengan orang, Mak tak pernah kisah pasal hati dia sendiri, asalkan dia dapat menjaga hati orang. Dia tak kisah kalau dia dapat susah, asalkan dia dapat menolong orang.. 2hari lepas kenduri rumah maksu, ya Allah, emak la paling sibuk, sampai kesian tengok mak. Tolong mak memasak..

Abah.. seorang yang kelakar, time marah pun boleh buat lawak lagi. Suka tengok abah, musim sekarang nih musim renovate rumah, abah ajak saya cat rumah, gantung segala perhiasan, angkat perabut dengan abang-abang. Masa tu macam tengok 'super spontan' pulak. Abah buat lawak ^^ 

Allah.. masa cepat berjalan.. Rasa macam baru semalam abah dukung masa dekat Kelantan,
Segala pengorbanan mak dan abah tak pernah luput di ingatan..
pakcik makcik saya selalu cakap

'perangai Nadia sebijik macam mak dia, kak Ani's junior.. ngeh3 '


Hajat saya hanya satu, impian.. nak bawak mak abah pergi Mekah, mak abah orang pertama yang akan saya bawa. insyaAllah..
Saya tak kisah kalau orang cakap saya anak mak, sebab ya! saya memang anak mak abah saya. masa balik cuti, saya cakap kat mak
' mak.. adik nak kahwin awal boleh ?'


mak cakap 'Ilmu adik dah cukup nak bagi kat anak-anak nanti ?''


tersentap ! ya.. mak memang tak benarkan saya kahwin awal, tapi mak cakap, kalau dah jodoh, mak tak dapat nak halang. harapan mak kalau boleh, nak tengok adik hidup senang dulu, adik kerja, adik dah jadi seorang yang berjaya, baru mak nak menantu :)

mak cakap, abah pernah kata, kalau adik kahwin nanti, mahar adik abah serahkan kepada pihak lelaki. Berapa nilai yang pihak lelaki 'pandang' pada adik, abah terima, TAPIII. abah nak tengok dulu 'nilaian' lelaki tu terhadap adik ^^
insyaAllah..

mak abah.. tak ada yang paling berharga dalam dunia ini selain mak abah..
beberapa minggu saja lagi nak balik u.. tadi makan, teman mak.. tengok mak makan sedap, mak terus suap. ya Allah, walaupun mak letak ikan masin, tapi tetap sedap ! macam makan pizza.. hehehe..

ya Allah, berkati hidup mak abah, biarlah pahala apa yang aku lakukan, berikanlah kepada mak abah aku, untuk saham mereka di akhirat nanti. Lindungilah mereka dunia akhirat.. Amiin :)

mak abah, u know u are the number ONE for me <(^^)>


Nadia Yusof
13/05/2012

No comments:

Post a Comment