Assalamualaikum, dan salam mencintai Rasulullah teman teman.
Diriwayatkan oleh seorang sahabat,satu hari,nabi bersama sama para sahabat berada di dalam masjid,baginda bercakap dengan para sahabat,kemudian Rasulullah bertanya pada para sahabat,
"Tahukah kalian para sahabatku,siapa makhluk Allah yang paling aku muliakan?"
Para sahabat mnjawab,
"Ya Rasulullah,para malaikat yang paling dimuliakan"
Baginda tersenyum,lalu berkata,
"Benar sahabatku,para malaikat begitu taat pada Allah,mereka patuh akan setiap perintah Allah,tentu sekali mereka mulia,tetapi bukan merka yang aku maksudkan ya sahabat"
Kemudian para sahabat menjawab,
"Tentu sekali para nabi dan rasul yang dimuliakan yA Rasulullah"
Rasulullah sekali lagi tersenyum,dan memandang sahabatnya,lalu berkata,
"Tentu sekali merka mulia sahabatku,mereka yang membawa umat manusia kepada Allah,tentu sekali mereka mulia sehabatku,tetapi,bukan mereka juga maksudku"
Para sahabat terdiam...Kemudian salah seorang dari sahabat bertanya pada Rasulullah,
"Ya Rasulullah,adakah kami....adakah kami para sahabatmu yang paling dimuliakan?"
Nabi sekali lagi tersenyum,baginda memandang setiap wajah para sahabatnya,lalu berkata
"Kalian semua sememangnya mulia wahai sahabatku,kalian membantu agamaku,perjuangan dakwah ku,tentu sekali kamu semua mulia,tetapi ada lagi yang aku muliakan sahabatku"
Para sahabat terus terdiam..Lama kmudian,Rasulullah bersuara,
"Mahukah kamu semua,aku beritahu siapa yang aku muliakan?"
Para sahabat mengangguk lalu bertanya,
"Siapa Ya Rasulullah,siapa yang kamu muliakan itu?"
Rasulullah kemudian terdiam secara tiba tiba,baginda menundukkan kepalanya sebelum sempat menjawab soalan sahabat itu,
Kemudian sahabat bertanya lagi,
"Siapa Ya Rasulullah?"
Kemudian,kelihatan titis titis air mata keluar dari wajah Rasulullah,baginda memangis..
Para sahabat bertanya,
"Kenapa kamu menangis Ya RasulullaH?"
Kemudian,dengan linangan air mata,baginda berkata,
"Orang yang paling aku muliakan adalah orang orang yang lahir selepas kewafatanku,mereka lahir selepas zamannya,mereka tidak pernah berjumpa aku,dan tidak menerima ajaran islam terus dariku,tetapi mereka amat menyintai agama islam,mereka amat menyintai aku,dan mereka sentiasa merindui ini,dan saksikanlah para sahabatku,aku pun amat merindui mereka sumua,merekalah UMATKU"
Para sahabat turut sama menangis apabila mendngar jawapan Rasulluah.
Lihat kawan kawan,baginda amat menyintai kita,amat mrindui kita..Adakah kita sama menyanyangi Rasulullah sebagaimana baginda sayang pada kita?
Apakah rindu kita pada rASULULLAH melebihi rindu kita pada insan lain?Rindu kita pada teman lelaki/wanita kita?
Rasulullah memuliakan kita setingginya,tapi adakah kita memuliakan Rasulullah?
Atau kita lebih muliakan musuh musuh Allah,para pembenci Rasulullah?Para perhina Rasulullah?
Teman teman,lihat diri kita,tengok siapa yang kita muliakan,siapa idola kita..Rasulullahkah?
Nadia Alzahra
4/2/2011
4/2/2011
No comments:
Post a Comment