Tuesday, February 15, 2011

bEntuK-bEntuK SYAFAAT NABI S.A.W...

Sebagai perwujudan drpd janji Ilahi ini,Rasulullah s.a.w dikurnia pelbagai bntuk syafaaat yg akan digunakan utk kbaikan umatnya d akhirat.


bntuk syafaat yg pertama dan terbesar ialah syafaat yg mlepaskan  makhluk drpd seksaan seksaan zahir dan batin sementara menuggu brmula proses perhitungan(hisab). iaitu apbla seluruh makhluk, trmasuk para nabi dan rasul, tdak ada yg berani mminta agar Allah s.w.t memulakan hisab. Akhirnya Rasulullah mndatangi Arasy, lalu brsujud dan memuji Allah s.w.t, dgn plbagai pujian yg sgt indah.Allah lalu perkenan mengabulkan prmintaan Baginda utk mmulakan hisab.
  Dlm sahih al-Bukhari drpd Ibn Umar katanya : "pada hari kiamat nnti,seluruh mnusia brlutut. setiap umat dtg kpd nabinya dan berkata : 'Wahai tuan, berikanlah syafaat', Mereka trus mndtangi satu persatu nabi hingga brakhir kpd Muhammad s.a.w. Maka pd hari itulah Allah menempatkan Baginda s.a.w di maqam yg terpuji ( al_marqam al- mahmud)."



bntuk kedua ialah syafaat Rasulullah s.a.w  utk orang yg pahala mereka sama berat dgn dosa mereka, maka mereka dperkenankan utk masuk syurga. 



Bntuk ketiga pula ialah syafaat Bginda utk orang yg tlah dperintahkan utk masuk neraka, agar dibatalkan perintah itu. Rasulullah s.a.w bersabda : " pada hari kiamat, Allah meletakkan mimbar drpd emas utk para nabi, mereka lalu duduk d atasnya, tempat dudukku tetap kosong, tidak aku tempati. sebab aku terus berdiri d hadapan Allah s.w.t utk membela umatku. aku sgt takut diperintahkan masuk ke syurga dan meninggalakn mreka d belakangku."
"aku berkata :'YA TUHANKU, umatku,uamatku,' Allah berfirman :' Wahai Muhammad, apa yg engkau ingin agar Aku lakukan bagi umatmu?' Baginda mnjawab: 'prcepatkan hisab mereka'.
" umatku lalu d panggil utk mnjalani hisab. Sebahagian mereka masuk ke dlm syurga dgn Rahmat Allah, dan sebahagian lgi msuk ke syurga dgn syafaatku. Aku terus memberiakn syafaat sehinnga diserahkan kpadaku lembaran nama-nama org yg ditetapkan msuk neraka. Malaikat Malik, pnjaga neraka berkata kpadaku : "Wahai Muhammad, engkau tidak meninggalkan sedikit pun kemurkaan Tuhanmu menyentuh umatmu!"


Bentuk keempat, syafaat Baginda utk meninggikan darjat ahli syurga meskipun amalan mereka tidak mencukupi utk memperoleh darjat tersebut.


Bentuk kelima, iaitu syafaat Baginda utk memasukkan orang yg tertentu ke dalam syurga tanpa hisab. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud :" Aku meminta kpd Allah,lalu Allah berjanji akan memasukkan 70 ribu umatku ke dalam syurga tanpa hisab . Wajah mereka sepeti bulan purnama. Aku meminta agar dtambahkan bilangan ini, maka Allah menambahkan bersama setiap seribu orang,70 ribu orang."



Bentuk keenam, iaitu syafaat Baginda utk meringankan seksaan yg diterima Abu Talib d alam neraka. Beliau adalah bapa saudara Nabi s.a.w yg gigih membela Baginda, namun meninggal dunia tnpa mengucapkan syhadah. Beliau wafat dlm keadaan berpegang teguh pada agama Abdul Muttalib, iaitu jahilliah.Utk mghargai jasa-jasanya kpd Rasulullah s.a.w,Baginda berdoa agar beliau d jadikan ahli nerakan yg paling ringan seksaannya. Abu Said al-Khudri meriwayatkan sabda Nabi s.a.w, yg bermaksud : " Mudah-mudahan syafaatku akan berguna utk Abu Talib pada hari kiamat, ia akan d letakkan pada api setinngi kakinya, lalu otaknya mendidih kerana panasnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Bentuk ketujuh, iaitu syafaat Baginda utk memasukkan seluruh ahli syurga ke dlm syurga.Nabi s.a.w bersabda :"Maka apabila ahli syurga mendatangi syurga,mereka bertanya-tanya : ' Siapa yg akan mmberikan syafaat agar kita diperkenankan masuk syurga?' Mereka lalu dtg kepda Muhammad s.a.w, Baginda lalu sujud kpd Allah s.w.t.
   ''Allah bertanya:' Apa yg engkau inginkan?' Baginda menjawab:' Engkau menjanjikan aku syafaat. Maka terimalah syafaatku utk memperkenankan ahli syurga memasuki syurga.' Allah menjawab: ' Aku perkenankan syafaatmu, dan Aku izinkan meteka memasuki syurga."     




bentuk kelapan, iaitu syafaat Baginda  utk mengeluarkan para pelaku dosa besar drpd  neraka. Satu persatu umat Rasulullah s.a.w dikeluarkan drpd neraka sesuai dgn kadar tauhid yg terdapat dalam hati mereka. semakin besar keimanan mereka, semakin cepat mereka dikeluarkan. dan orang yg terakhir keluar ialah orang yg hanya memiliki iman hanya sebesar biji sawi shj. Mereka adalah orang yg terlau banyak melakukan dosa besar walaupun status mereka seorang muslim. berkenaan syafaat ini, Abu Daud dan al-Tarmizi meriwayatkan drpd Anas bin Malik, sabda Nabi s.a.w yg bermaksud: " syafaatku disiapkan untuk pelaku dosa-dosa besar drpd umatku."




Subhanallah..kawan2..inilah bentuk2 syafaat yg telah dkurniakan kepda Junjungan kita,Nabi Muhammad..syafaat ini insya-Allah akan meliputi setiap orang yg mengucapkan dua kalimah syahadah dgn pnuh keikhlasan. Namun,org yg paling besar peluangnya mndapatkan syafaat Rasulullah s.a.w ialah org yg selalu menghadirkan Baginda dalam hati dan hidupnya. Yakni org yg mnjadikan sunnah sbg panduan hidup dan memperbanyakkan selawat kpadanya..

sumber : majalah solusi isu no 26.


Nadia Alzahra
14/2/2011

No comments:

Post a Comment