Assalamualaikum..
Suatu kisah, kisah benar..
Seorang lelaki dalam pencarian
sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah keberapa
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa arab
pendek kata tip top !
Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula..
Sebelum sesi taaruf bermula..
Si lelaki menjenguk laman web
Laman Facebook kegemaran ramai
Satu keajaiban !!
Tiba tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
dengan pelbagai gaya
Aduh !!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar di tayang
Pemilihan dibatalkan
Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Saya dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu
Nadia Yusof
31/05/2012
cdeynye
ReplyDeleteassalam ukhti , mohon share ye. ^__^
ReplyDeleteSubhanallah !