Thursday, April 21, 2011

.:: Rezeki Ku Bukan Di Sana::.

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya, tangan dapat pantas untuk mencoret serba sedikit yang saya ingin kongsikan,


hari barakah tersebut, sahabiah kesayangan iaitu ukhti manal, menghantar mesej pada telefon saya, katanya keputusan pemilihan untuk Diploma Tahfiz Alquran di Darul Quran dah tahu, jadi dengan penuh rasa debar di hati, terus log in ke laman web Darul Quran..mengisi nombor kad pengenalan, terpampang nama saya  layak untuk ke temuduga Diploma Tahfiz Alquran, Alhamdulillah, panjatkan syukur pada Allah, terus sujud syukur,atas kesempatan ini,

Saya memberitahu family,kemudian memberitahu 4bradeq(sahabiah-sahabiah akrab saya).. ucapan tahniah yang diterima.. malam itu, berbincang dengan 4bradeq untuk ke sekolah pada keesokan harinya, tujuan yang sebenar untuk mengambil gambar studio graduasi..


Keesokannya, selepas solat subuh, di tunaikan solat istikharah, kerana hati saya masih berbolak balik dengan temuduga tersebut, kemudian, sampai saja ke rumah ukhti Manal, disambut dengan jenaka ummi ukhti manal, tak lekang bibir dengan segala 'bebelan manja' ummi kepada anak manjanya..meriah ja..hehe.. ummi ukhti Manal pesan

" kalau nak bagi ingat hafazan untuk temuduga Darul Quran nanti, macam saranan ulama', makan halia muda campur dengan gula dan garam, masa tengah berlatih untuk hafazan, makan,kemudian buang hampasnya, just makan air nya sahaja"

Gulp! halia muda? aduhai.. 'sedapnya!'huh.. angguk ja lepas ummi ukhti Manal beritahu, buat muka patuh.. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga ukhti Tasnim beserta baby Aisyah, adik beliau, dengar-dengar ja Aisyah nak join sekali, melompat keriangan saya, meriah juga! tapi, ukhti Sya tidak dapat join sekali, ada hal katanya. Tak cukup seorang memang semangat agak down T_T. Huhu. 

menaiki kereta yang di pandu ukhti Tasnim, beserta lagu di radio, lagu Gio, 'Bila cinta'. Mata asyik pusing-pusing ja, effect lagu tu kot. Ada ja yang tak kena. Sambil melayan baby Aisyah di seat belakang, comel-comel suara dia,. 

Kemudian sampai lah di bumi SMK Agama Arau yang barakah, tempat di mana saya dan kawan-kawan mengutip ilmu-ilmu yang bermanfaat, di mana disini juga ukhuwwah bermula. Terus ke bilik Cikgu Latiff (bilik kaunseling), sebelum itu, berjumpa dulu dengan Cikgu Su, bertanya beliau tentang di Darul Quran, ya, 'POSITIF'. Mengambil gambar graduasi di tangan cikgu Latiff, ada juga beberapa orang rakan lain yang ambil gambar, terserempak dengan rakan sekelas Mohd Miqdad berserta songkoknya di kepala ( Alhamdulillah).

Bertanya kepada cikgu Latiff tentang temuduga Darul Quran, keyword  untuk masuk Darul Quran mesti hafazan,  banyak nasihat yang di beri, katanya 
''kamu kena pergi juga temuduga DQ, kamu tak mengharap untuk dapat pun kan, jadi why not kalau kamu mengitup pengalaman bagaimana suasana interview,''

Buat muka tak bersalah ja depan cikgu, sebab dari pagi memang saya rasa tak sedap hati ja, hati berbolak balik untuk pergi interview, masa isi borang DQ dulu pun, 'main-main' ja, tidak meletakkan harapan untuk dapat tawaran Darul Quran. So, pengajaran di sini, lain kali  jangan main-main dalam membuat keputusan.
:(
banyak yang dibincangkan dengan cikgu Latiff, kemudian ukhti Manal bertanyakan pula tentang temuduga perguruan, bulan 5 nanti, banyak persediaan yang kena siapkan, dari segi karangan, fizikal, etika berpakaian, tutur bicara, kena pakai name tag. kena lontarkan suara apabila nak bercakap, huaraian yang padat, jangan cakap macam malas-malas, dan paling penting, mesti penuh keyakinan. Lakukan seperti 'mahu mengajar'. Banyak pengetahuan yang kami dapat bila jumpa cikgu Latiff. Diri ini masih buat muka seposen depan cikgu, bimbang pasal temuduga Darul Quran, tiada keyakinan untuk pergi, manakala ukhti Tasnim mengawasi adiknya yang memang ramah tamah dengan orang, melayan kerenah dia, hilang sikit kegusaran di hati,
Cikgu tengok ja muka seposen saya nih, terus dia polish lagi! beri keyakinan. Tekadkan dalam hati, 'mungkin' saya boleh! MUNGKIN? yah!masih 50-50. Asiif ya Cikgu.T_T
keluar dari bilik cikga Latiff, terserempak Ustazah Mazlifa dan teacher Nazatulshima, bertanyakan tentang hal Aisyah.

''la..dah ada anak dah ka?"

heheh..kelakar betul, tersenyum akhirnya. dari tadi asyik buat muka ja. Ustazah Mazlifa mengucapkan selamat berjaya kepada saya, untuk temuduga Darul Quran nanti,

kemudian, terus ke bilik guru, nak lepas rindu dengan cikgu-cikgu tersayang. niat di hati nih nak jumpa Ustazah Asiah, bertanyakan Darul Quran, masih mahu mengutip informasi-informasi. Malangnya, Ustazah Asiah tiada, masuk bilik guru, nampak Ustazah Najidah bersama Ustazah Habsah, terus menyalami tangan Ustazah Habsah, diri ini di cium oleh Ustazah Habsah. Allahuakbar! sebak sangat rasa, ukhuwwah ini masih panjang, tangan Ustazah Najidah juga dicapai, dikhabarkan tentang misi saya pada temuduga nanti, kata Ustazah Habsah


"Alhamdulillah, 'Atif juga dapat temuduga Darul Quran, tapi dia pada 21 haribulan, di Maktab Mahmud juga, sama dengan kamu"

"insyaAllah, kamu berdoa banyak-banyak, selalunya, surah yang di beri bukan surah yang pernah 'dikenali' oleh pelajar pada persekolahan, surah Albaqarah atau Alkahfi, mungkin tidak akn di tanya oleh panel penemuduga nanti"


Allah. Berdebar, Ustazah Najidah juga memberi kata semangat, kemudian sembang macam- macam dengan ustazah, tentang  imam muda musim ke 2 , tersenyum diri ini bila sebut imam muda :)

Meminta diri dari ustazah-ustazah kesayangn yang comel-comel, kaki menghayun langkah kepada ukhti Manal dan Ukhti Tasnim beserta Aisyah yang tengah berhalaqah dengan teacher Sharina, Teacher yang memang sporting sangat-sangat. Luang masa sedikit bersama Teacher Sharina yang meminta tolong macam-macam, lama dia tidak 'mambuli manja' kami. hehehe. :)

Meminta diri untuk pulang, terus ke kedai alat tulis, nak photostat segala bagai sijil serta beli file clear holder.
Sampai ja depan kedai, Allah! kad pengenalan saya hilang, gusar dalam diri. Telefon Cikgu Latiff, kalau-kalau ada dalam biliknya.'Memaksa' ukhti Tasnim untuk pergi ke sekolah balik, nak cari kad pengenalan, maaf ukhti Tasnim, menyusahkan awak :(


Finally, setelah buat muka tebal depan Cikgu Latiff sebab malu, Ukhti Manal jumpa juga kad saya, ada atas jalan tempat parkir kereta tadi. punylah cuai saya nih, dalam hati cakap ' Allah, ujian.'
tak pa, POSITIF :)

setelah sampai di rumah, menunaikan solat istikharah, mencuba menghafal satu muka surat Surah Almulk, sambil makan resepi halia muda+gula+garam. PEDAS~ di gagahi juga. petang itu, sebelum hari temuduga keesokan harinya, saya bertekad, saya tolak temuduga tersebut, atas sebab-sebab tertentu. Banyak sangat sebab,biarlah saya sahaja yang mengetahui :)

memberitahu emak dan abah dengan senyuman :) .mak cakap
"tak palah, dah rasa macam tu, insyaAllah, ada rezeki lain,  Allah nak bagi yang lain untuk adik"


abah cuma senyum :).. tahu dah, abah selalu serah apa jua keputusan kepada saya,
 "jangan paksa diri kalau tak mampu "

Hm, rasa macam tersungkur sebelum berjuangkan. rasa down sangat-sangat, Tapi POSITIF kan dalam diri, Allah ada! ada hikmah di sebalik semua ini.
kata sahabiah sahabi saya, calon temuduga  Diploma Tahfiz Alquran ialah 1200 , calon yang layak untuk ke Darul Quran cuma 200 lebih sahaja ( tak pasti).


Set dalam jiwa, ada rezeki untuk ke tempat lain, di titipkan agar permohonan upu ke UIA, UM, USIM dan UNISZA diterima salah satunya, insyaAllah. semoga Allah perkenankan.

p/s : mak dan abah, doakan anakmu supaya peroleh apa yang anakmu ini cita-citakan, kepada ustazah-ustazah, cikgu-cikgu serta teacher-teacher, saya terpaksa menolak tawarn tersebut. Asif wa jiddan, kepada sahabi dan sahabiah, di doakan untuk kalian semoga rezeki kalian juga ditetapkan oleh Allah yang terbaik, banyakkan berdoa.Allahumma aminn. :)

Nadia Yusof
21/4/2011

15 comments:

  1. allah sedang membina rezeki mu di msa depan..
    tabahlah mghadapi hidup ini..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,^^seronok baca,begitu erat ukhuwah dgn guru2 adiq..
    mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk ukht drpd Allah,
    insyaAllah ada rezeki untuk tempat lain tu Nadia^^ akak pun sama juga, semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita, kat entri adiq ni pun ada manfaatnya tntg temuduga pendidikan tu^^ wahh tau dah apa perlu dibuat hehe syukran!^^
    sabar n tabah sentiasa^^

    ReplyDelete
  3. ok!!jgn down2!! up sikit.. mesti ada yg lagi baik nnt..asalkn xjemu berusaha dgn m'minta k...sy doakan dari jauh kjayaan awk.. amin..emm kjayaan sy dgn kwn2 laen gak..amin..

    ReplyDelete
  4. sherry :

    mekasih sayang :)
    semoga ukhuwwah kita sentiasa dlam redha-Nya,
    di pohon agar diri ini teguh pendirian..

    ReplyDelete
  5. nazihah:
    waalaikumussalam..

    hehe.. tersenyum baca comment akak :)
    kalau buat entry terbaru, mesti menanti kata2 semangat dari akak..hehe, syukran yea..

    Alhamdulillah, share serba sedikit tunjuk ajar yang cikgu berikan,

    insyaAllah kak, Allah Maha Mengetahui, semoga doa kita didengarkan oleh-Nya agar memberi kita yang terbaik, dan kita tidak berputus asa dalam menunaikan kewajipan asa a muslim..

    semoga ukhuwwah tidak terhenti d sini sahaja :)

    ReplyDelete
  6. syukri kamaruddin :

    semoga sentiasa up-up yeaa :)

    Amiin..semoga ada yang terbaik nanti,
    syukran atas doa yang dititipkan,
    isyaAllah, di doakn kepada sahabat-sahabat sekalian
    Allahumma amiin :)

    ReplyDelete
  7. Wah . Kenapa x pergi je interview tu ? Kalau ana , mesti ana da pergi . Kutip pengalaman . Tahun lepas , ana dah try tuk persijilan tahfiz kat DQ jgak . Dapat interview dan ana pergi la . Cari pengalaman . Tapi tak lepas ujian hafazan . Hehehe . Kawan kawan ada yang ajak tuk try lg lam diploma tahfiz , tahun nie jugak . Tapi ana x nak ah . Sebab lama sangat tuk diploma . Mungkin , DQ tu pun bukan tempat tuk ana . Huhuhu .

    ReplyDelete
  8. tuan khairul asyraf :

    tak pegi sebab still tiada confident dalam diri, mungkin untuk cari pengalaman, tapi Allah nak berikan yang lain untuk ana :)
    yup, kalau yang nak pergi DQ tu, mesti yang betul-betul yakin nak masuk DQ, yakin dalam hati, ikhlas..

    cam ana cakap yang betul-betul nak masuk DQ tu, sebab ada sahabat ana khabarkan, kalau dah boleh masuk DQ,jangan keluar, sebab boleh 'menzalimi' rakan-rakan lain yang tak dapat masuk, kita main-main ja soal nak masuk ka tak, sebab tu ana tarik diri dulu.

    ReplyDelete
  9. tak pa, chayok2 , bkn rezeki kat situ, ada la kat lain yg mnanti ~ gud luck kaka :)
    may Allah bless u <3

    ReplyDelete
  10. anim:

    insyaAllah, masih ada rezeki yang lain :)
    mekasih syg..
    May Allah bless u too..

    ReplyDelete
  11. nadia alzahra : betul jugak kata enti . ana pun pernah terfikir sebegitu coz hati ana pun bukan kerana-Nya . Hanya kerana orang tersayang . Mungkin sebab itu lah ana tak dapat ke sana .

    ReplyDelete
  12. tuan khairul asyraf :

    Allah penentu terbaik,
    panjatkan doa pada-Nya supaya melindungi kta :)

    ReplyDelete
  13. nadia..ana pernah g jugak interview ke DQ thn lps..tp x lepas hafazan ..hehe..by the way,,sama-sama doa yer utk kita punya masa depan..moga dipermudahkan Allah dlm segala urusan hidup.. mane tau nnt kte jumpe di UM ke,,UIA ke,,usim ke..
    salam ukhwah..

    ReplyDelete
  14. yang persijilan pnya ka husna?
    tu la kan, hafazan tu yang agak takut-takut sikit, huhu..
    insyaAllah, semoga Allah panjangkan ukhuwwah kita sampai u nnti, :)
    husna mntak UM UIA USIM gak?
    Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  15. smoga berjaya dlm pa jua bidang yg diceburi nanti..

    ReplyDelete