Sunday, December 2, 2012

.:: Pesanan Buat Syabab dan Akhawat ::.




Wasiat Imam Syafie


“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”



1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.






4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.



5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.



6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.




7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.



8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.



9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.





10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Nadia Yusof
2/12/2012
#bakal jenazah.


Monday, November 12, 2012

.:: Langkawi, kekasihku tertinggal di sana::.

Assalamualaikum.

#woahhh, tajuk kasi shocked ^^. selamat berlayang-layang di sini

Ehemmmm. Lama jugak tak bertatih-tatihkan jari2 corat coret sini, banyak 'bising-bising' di twitter dan facebook :)
Alhamdulillah, baru je dapat tahu keputusan peperiksaan untuk sem 3 Dip Syariah, tak nak kata apa-apa, cuma bersyukur, dengan berkat restu dari Allah, doa mak abah kat rumah, usaha  study week tak tidur dgn kawan-kawan :(. Semua tu dari Allah, rezeki dari Allah, kawan-kawan hantar mesej tanya pointer, sorry la tak dapat balas, apa ada pada pointer, yang penting dengan ilmu yang kita pelajari, dapat kita praktikkan untuk ummah kita, dan untuk diri seniri.

Sekarang tengah cuti semester, nak dekat sebulan jugak dok di rumah, memulakan rutin harian dengan menyediakan sarapan untuk sefamily, ikut mak pergi pasar, balik masak, dan yang tak lupa, update facebook dan bertweet2 ^^, dok di rumah, melayan anak-anak buah yang sangat lah penat den melayannyee pun. kadang-kadang kalau kakak busy, meringankan tulang pergi ambil anak-anak di sekolah, tengok budak-budak kecil yang gigih mencari ilmu, Allahu Akbar ! semoga Allah mudahkan urusan mereka dunia akhirat. Amiin.

Semester 4 nanti Alhamdulillah berkurang sikit subjek, dulu semester 3 ada 10 subjek, semester 4 tinggal 7 je  Usul Fiqh I, Fiqh Jinayat, Faraidh, Individu dan Komuniti, Tarikh Tasyri', Asas Pembudayaan Keusahawanan, Asas Penulisan Ilmiah. 

banyak la pulak kan. insyaAllah Allah permudahkan kanak-kanak Syariah ea ;D

2  minggu lepas dapat pergi percutian keluarga di Pulau Langkawi, sekalian melawat abang yang tinggal di Langkawi, save budget sikit, abang belanja tempat tidur, free je tidur di hotel tempat abang kerja, My Hotel.

mak and abah terchentaaaa

Adam and Akim


Percutian 2hari 1 malam, tak sempat mana pun nak jejalan satu Langkawi, sangatlah limit masa tu. Mula-mula bertolak dengan ferry pukul 4 petang sampai pkul 5, abang belum sampai lagi di jeti Langkawi, tunggu di dalam dulu, abang pun sampai dengan 2 buah biji kereta, 1 lagi kereta sewa, mana muat dengan kereta abang ja. 1 family pun dah 10 orang, ramai kan ? huhuhu.
Then check in hotel, abang hidangkan dengan daging barbeque, lepas maghrib pergi rumah sedara kat Langkawi, abah nak melawat anak sepupunya. Oh ada juga sedara ku yang syadid begini. heeh, Alhamdulillah.
breakfast time ;D

kemudian makan-makan, balik tidur. saya tidur dengan anak buah yang darjah 4, kakyang cakap, 'dia malu nak tidur dengan acu dia, sebab tu jauh bebenor jaraknya.'
hahah.kesian dia. last2 saya tidur dengan anak buah darjah 2, ain :)

Hari selepasnya. pergi jejalan, pergi pantai Kok, mak dan kakak-kakak membeli belah di Idaman Suri, Haji Ismail Group, Beras terbakar,Dataran Lang, dan lagi lagi.
Tapiiii, satu tempat yang tak kesampaian saya nak pergi, nak naik cable car Gunung Mat Chincang. teringin sangat-sangat nak naik even adik beradik lain tak benarkan. tapiii, suatu hari nanti pasti akan ku jejaki juaaa dengan somebody somebody :P Amiin

Amsyar sayang <3
Petang, tibalah masa bertolak balik, tunggu sepuluh minit ferry tapi tak datang, last2 abang request dapat naik My Hotel punya ferry, My Master ferry. Alhamdulillah perjalanan selamat :)



Alhamdulillah, Allah anugerahkan keluarga yang sangattttttt bahagia, sangattttt memahami. :D
semenjak dua menjak nih dapat banyak sangat baby baru. Anak sepupu, sepupu, adik sepupu, kakak sepupu, anak sedara. heshhhh, kumpulan baby laa cuti sem nih. Yang penting, semuanya tomeyy tomeyy sangattttt, geram !
That's all, cek tadak idea dahhh, semoga Allah kekalkan kebahagiaan ini,

me at dataran Lang
Ya Allah, I love You ! I wanna say I love You.
I love my Prophet Muhammad SAW
I love my family
I love my akhawat, my friends.
I love my babies in the world 
SEGALA PUJI BAGI MU YA RABB :) 
THANK YOU 


#tak sabor nak mula sem 4 di UniSZA terchentaaaa !! >.<


Semoga Allah Redha

Nadia Yusof
12/11/2012


Tuesday, October 23, 2012

.::Ya Allah, biarkan cinta itu mekar::.


Assalamualaikum
Alhamdulillah, jumpa artikel nih masa melawat page ILUVISLAM. Subhanallah, cantik kata-katanya. cuba baca banyak kali, agar tersemat dalam hati, tiap kata-kata yang amat bijak sekali. menjadi penguat semangat untuk mencintai Allah SWT sepenuh jiwa :) TERIMA KASIH YA ALLAH. 


Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.

Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.

Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s

Nadia Yusof
23/10/2012

Thursday, September 13, 2012

.:: Cinta itu dari DIA, kembalikan pada DIA ::.

Assalamualaikum..


.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak mendengar
namun sentiasa bergetar

.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa

..Jika ia sebuah cinta, ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha

.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak cantik
namun sentiasa menarik

.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata
namun ia sentiasa menghampiri hati

.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa cuba untuk memenangi

.. Jika ia sebuah cinta, ia mungkin tidak suci
namun sentiasa tulus di hati

.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak pernah hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan


.. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan





Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
[Ustaz Azhar Idrus]




Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan...
[Ustaz Mohd Kazim Elias]


Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...
[IMAM MUDA Asyraf]


Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara...
[Ustaz Zamri]


selagi belum halal, kita masih punya jarak..


Nadia Yusof
14/09/2012

Saturday, August 11, 2012

.:: Terima kasihku takkan pernah terhenti ::.




Ibu

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
mom, I LOVE YOU when the first i see u :)

Allahu Akbar, sangat merindukan mak :) tak sabar nak balik, nak jumpa dengan mak dan abah, nak mengada-ngada mintak mak suapkan nasi
tak sabar nak shopping dengan mak. hee :D
ya Allah, panjangkan umur mak dan abahku, supaya cita-citaku tercapai untuk membawa mereka ke Baitullah, dan untuk menziarahi kekasihMu Muhammad saw. 
semoga Allah permudahkan. Mak abah, apa yang mak dan abah berikan, ianya yang terbaik buat adik. love both of u liillah ta'ala 

Nadia Yusof
12/08/2012

Saturday, July 28, 2012

.:: Allah hadirkan dia ::.

Assalamualaikum ^^

kalau Allah nak beri kebaikan kepada seseorang tu, takkan dihalang oleh apa- apa tangan sekalipun.
Subhanallah, betapa kasihnya Allah kepada hambaNYA




Alhamdulillah, rasa tenang sangat dengan kedatangan ramadhan tahun ni, bermula dengan pertemuan dengan insan yang bernama kakak roomate, yang banyak mengajar tentang kehidupan. sangat baik, banyak berusrah dengan dia dalam bilik, asal dari Perak, kos Usuluddin. Melihat peribadinya, sangat tawadhu'. setiap apa yang dia lakukan semua kerana Allah,

banyak sangat kata-katanya yang memberi kesan kat hati nih, tadi tengah tolong akak buat popia pisang coklat, sambil berusrah santai-santai, akak  cakap ' hidup kita nih, setiap saat ibarat setiap kotak, nanti di hadapan Allah, kita akan buka semua kotak tu, kosong ataupun terisi kotak tu, semuanya atas amalan kita'. Fikir dan berfikir, ya Allah betapa aku tak pernah hiraukan setiap saat yang aku habiskan setiap hari.
Amalan kita nih, dari setiap perkara remeh temeh sampai la perkara besar. Perkara remeh temehnya macam kita pakai baju, mandi, gosok gigi, pernah tak kita buat semua tu kerana Allah, contohnya 'ya Allah aku gosok gigi nih kerana Engkau'. Betapa khilafnya kita dalam perkara seharian

Rakan-rakan sekeliling yang sentiasa mengajak untuk membuat kebaikan,

Diri perlu kepada tarbiyyah, baru tak kosong hati. bersumberkan apa ? Hati ini ibarat empangan, akan ada sumber air daripada pelbagai aliran, jika sumber air itu bersih, maka bersih lah hati, jika sumber air itu berlumpur, maka kotorlah hati.



ada sebuah hadis qudsi mengatakan, manusia ni tidak lari daripada melakukan dosa siang dan malam bahkan sentiasa melakukan dosa, maka janganlah putus memohon keampunan daripada Allah

Memang wujud isyarat bahawa Allah SWT menyuruh manusia berulang kali bertaubat. Tanda bahawa manusia ini memang akan melakukan kesalahan berulang-ulang. Namun adalah amat berbeza berulang-ulang melakukan dosa dengan sukarela, tanpa ada usaha-usaha mencegahnya, dengan terulang dosa kerana tertewas dalam perjuangan menentangnya.

Persoalannya, apakah kita menentang dosa kita ? Atau kita menerima dengan tangan terbuka ? Adakah kita merancang untuk menjauhi dosa, atau kita tidak merancang untuk menjauhinya. *Iman berbicara*


Cinta Allah, cinta yang sempurna, abadi, kekal. kita tak akan mencapai cinta manusia kerana Allah jika kita tak mencintai Allah.


Kedatangan ramadhan membawa 1001 makna, ALLAH pertemukan dengan insan-insan yang mendekatkan diri kepadaNYA, 

Allah pertemukan dengan insan yang mengajak untuk tidak tinggalkan solat jemaah,
Allah pertemukan dengan insan yang tak pernah tinggal solat dhuha dan tahajud
Allah pertemukan dengan insan yang sentiasa berusaha mencari ilmu
Allah pertemukan dengan insan yang sentiasa menitik beratkan keredhaan Allah dalam setiap perkara
Allah pertemukan dengan insan yang melayani makhluk lain dalam keadaan maaruf
Allah pertemukan dengan insan yang sentiasa hendak menyucikan hati
Allah pertemukan dengan insan yang sabar dalam menerima ujian
Allah pertemukan dengan insan yang tahu apa itu kasih sayang 

Semua itu dari Allah, pernah tak kita rasa kita jadi lain kalau tak ikut apa orang buat ? contohnya, sembahyang tahajud, terdetik dalam hati ' dia boleh bangun tahajud, kenapa aku tak boleh bangun tahajud ?' kita jadi malu dengan diri sendiri. kita rasakan ' ya Allah, dia sangat baik, kenapa aku tak boleh jadi baik macam dia'


Bersyukur sebab Allah pertemukan dengan insan-insan seperti mereka, yang mengajak memikirkan tentang kehidupan 'di sana' berbanding kehidupan 'di sini'. insan yang mengharapkan keredhaan Allah, bukan semata-mata hendakkan syurga Allah.
Wanita sufi, Rabiatul Adawiyyah sambil memegang obor-obor api berkata kepada penduduk kampungnya ' jika kamu semua melakukan amalan semata-mata menghendakkan syurga, pasti akan aku bakar syurga itu dengan api ini'
kita bagaimana pula, syurga itu milik Allah, ibarat seperti rumah orang kaya, kita nak masuk rumah tu, tapi kita tidak berbuat baik kepada tuan rumah tu. Sama halnya seperti syurga, kita hendakkan syurga, tapi kita tak rasakan perasaan cinta kepada Allah. Bagaimana nanti kita sahabat ? 

Hidup, harapkan lah redha Allah.

Nadia Yusof
28/07/2012





Monday, July 23, 2012

.:: Allah, permudahkan semuanya ::.

Assalamualaikum..

salam ramdhan ^^
Alhamdulillah, dapat dipertemukan pada ramadha tahun nih, azam tahun nih, banyak sangat yang perlu diperbaiki, dari hari ke hari pesan pada diri supaya menjadi yang terbaik..


tahun nih, dapat sambut 1st ramadhan kat rumah, balik perlis selama 4hari, sahur and berbuka dengan mak abah :)
banyak sangat 'anugerah'  yang dapat masa balik hari tu, bersyukur sangat-sangat Allah makbulkan doa, satu anugerah yang tak ternilai, dalam hati tengah runsing, Allah berikan anugerah nih, tak mampu nak cakap apa-apa, hanya mampu berdoa supaya ini dikekalkan dan dikuatkan hati dia dan dia. :)

insyaAllah, sem 3 nih akan pergi ke Jerdip lagi untuk program anak angkat orang asli siri 2. Banyak juga persiapan yang dibuat, yang paling penting, dana. Bermula pada bulan barakah ini mencari rezeki, sahabat cakap ''ini lah hidup diperantauan, mencari sesuap nasi ''. Rasa macam, 'Allah, berkatilah usaha kami ini'. Semester 3 syariah buka gerai di bazaar ramadhan di unisza, berkat pertolongan ustaz mentor kitorang ustaz Wan, dan kerjasama semua adik beradik 1Hati 1Jiwa 1Syariah :D Jualan yang amat membuatkan semua senyum lebar.


mengumpul semangat mengharungi semester 3 yang mencabar, 9 subjek yang sememangnya 'membuka' mata untuk terus berusaha, Alhamdulillah Allah beri rakan-rakan yang memang membentuk semangat pada diri. Pesan pada diri, semoga segala hajat mak abah dapat ditunaikan,
terbayang muka mak abah, balik selama 4hari, macam-macam kenangan, tambah2 dengan kakak-kakak dan abang-abang, tak kering gusi dok rumah, dan malaikat-malaikat kecil yang amat dirindui, insyaAllah semoga jadi para Mujahid dan Mujahidah pejuang Agama, acu doakan yang terbaik untuk anak-anak acu.




semoga Allah redha :)

Nadia Yusof
24/07/2012