Saturday, July 28, 2012

.:: Allah hadirkan dia ::.

Assalamualaikum ^^

kalau Allah nak beri kebaikan kepada seseorang tu, takkan dihalang oleh apa- apa tangan sekalipun.
Subhanallah, betapa kasihnya Allah kepada hambaNYA




Alhamdulillah, rasa tenang sangat dengan kedatangan ramadhan tahun ni, bermula dengan pertemuan dengan insan yang bernama kakak roomate, yang banyak mengajar tentang kehidupan. sangat baik, banyak berusrah dengan dia dalam bilik, asal dari Perak, kos Usuluddin. Melihat peribadinya, sangat tawadhu'. setiap apa yang dia lakukan semua kerana Allah,

banyak sangat kata-katanya yang memberi kesan kat hati nih, tadi tengah tolong akak buat popia pisang coklat, sambil berusrah santai-santai, akak  cakap ' hidup kita nih, setiap saat ibarat setiap kotak, nanti di hadapan Allah, kita akan buka semua kotak tu, kosong ataupun terisi kotak tu, semuanya atas amalan kita'. Fikir dan berfikir, ya Allah betapa aku tak pernah hiraukan setiap saat yang aku habiskan setiap hari.
Amalan kita nih, dari setiap perkara remeh temeh sampai la perkara besar. Perkara remeh temehnya macam kita pakai baju, mandi, gosok gigi, pernah tak kita buat semua tu kerana Allah, contohnya 'ya Allah aku gosok gigi nih kerana Engkau'. Betapa khilafnya kita dalam perkara seharian

Rakan-rakan sekeliling yang sentiasa mengajak untuk membuat kebaikan,

Diri perlu kepada tarbiyyah, baru tak kosong hati. bersumberkan apa ? Hati ini ibarat empangan, akan ada sumber air daripada pelbagai aliran, jika sumber air itu bersih, maka bersih lah hati, jika sumber air itu berlumpur, maka kotorlah hati.



ada sebuah hadis qudsi mengatakan, manusia ni tidak lari daripada melakukan dosa siang dan malam bahkan sentiasa melakukan dosa, maka janganlah putus memohon keampunan daripada Allah

Memang wujud isyarat bahawa Allah SWT menyuruh manusia berulang kali bertaubat. Tanda bahawa manusia ini memang akan melakukan kesalahan berulang-ulang. Namun adalah amat berbeza berulang-ulang melakukan dosa dengan sukarela, tanpa ada usaha-usaha mencegahnya, dengan terulang dosa kerana tertewas dalam perjuangan menentangnya.

Persoalannya, apakah kita menentang dosa kita ? Atau kita menerima dengan tangan terbuka ? Adakah kita merancang untuk menjauhi dosa, atau kita tidak merancang untuk menjauhinya. *Iman berbicara*


Cinta Allah, cinta yang sempurna, abadi, kekal. kita tak akan mencapai cinta manusia kerana Allah jika kita tak mencintai Allah.


Kedatangan ramadhan membawa 1001 makna, ALLAH pertemukan dengan insan-insan yang mendekatkan diri kepadaNYA, 

Allah pertemukan dengan insan yang mengajak untuk tidak tinggalkan solat jemaah,
Allah pertemukan dengan insan yang tak pernah tinggal solat dhuha dan tahajud
Allah pertemukan dengan insan yang sentiasa berusaha mencari ilmu
Allah pertemukan dengan insan yang sentiasa menitik beratkan keredhaan Allah dalam setiap perkara
Allah pertemukan dengan insan yang melayani makhluk lain dalam keadaan maaruf
Allah pertemukan dengan insan yang sentiasa hendak menyucikan hati
Allah pertemukan dengan insan yang sabar dalam menerima ujian
Allah pertemukan dengan insan yang tahu apa itu kasih sayang 

Semua itu dari Allah, pernah tak kita rasa kita jadi lain kalau tak ikut apa orang buat ? contohnya, sembahyang tahajud, terdetik dalam hati ' dia boleh bangun tahajud, kenapa aku tak boleh bangun tahajud ?' kita jadi malu dengan diri sendiri. kita rasakan ' ya Allah, dia sangat baik, kenapa aku tak boleh jadi baik macam dia'


Bersyukur sebab Allah pertemukan dengan insan-insan seperti mereka, yang mengajak memikirkan tentang kehidupan 'di sana' berbanding kehidupan 'di sini'. insan yang mengharapkan keredhaan Allah, bukan semata-mata hendakkan syurga Allah.
Wanita sufi, Rabiatul Adawiyyah sambil memegang obor-obor api berkata kepada penduduk kampungnya ' jika kamu semua melakukan amalan semata-mata menghendakkan syurga, pasti akan aku bakar syurga itu dengan api ini'
kita bagaimana pula, syurga itu milik Allah, ibarat seperti rumah orang kaya, kita nak masuk rumah tu, tapi kita tidak berbuat baik kepada tuan rumah tu. Sama halnya seperti syurga, kita hendakkan syurga, tapi kita tak rasakan perasaan cinta kepada Allah. Bagaimana nanti kita sahabat ? 

Hidup, harapkan lah redha Allah.

Nadia Yusof
28/07/2012





1 comment:

  1. salam.. akak.. mohon share ya :)

    ReplyDelete