Thursday, June 20, 2013

.:: Kita kuat sebab kita ada Allah ::.

Assalamualaikum w.b.t.


Dimulakan dengan segala pujian bagi Allah dan RasulNya Al-Amin, salam dan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw, keluarga baginda, para sahabat dan para tabi' tabi'in.
Menjejakkan kaki kembali ke taman syurga, gedung ilmu di UniSZA ini, tak ramai yang dapat memerhatikan setiap tempat tersebarnya ilmu ialah taman syurga. Ilmu yang insyaAllah dapat menjadi saham di akhirat sana, dan menjadi bekalan untuk kehidupan 'di sana'.

Tahun akhir, tak disangka cepat masa berlalu, sekarang dah masuk tahun akhir pengajian Diploma Pengajian Islam Syariah di UniSZA. Rasa tak puas berukhuwwah dengan sahabat, masing-masing tak puas nak bersweet sesama sendiri, Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat mementingkan kehidupan 'sana', yang sangat mementingkan cinta kepada Allah&Rasulullah melebihi segalanya. Dan ketahuilah, jika kita mencintai Allah, kita akan perolehi seisi dunianya. Letakkan Allah & Rasulullah teratas dalam hati kita.

Semuanya bermula dengan tarbiyyah, iaitu didikan. mujahadah untuk kebaikan diri sendiri, orang lain takkan mampu untuk memaksa kita jika kita sendiri yang tak berkeinginan. Sama juga seperti hidayah Allah, Allah takkan beri kepada kita jika kita tak berkeinginan, dan Allah akan beri kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.

Orang cakap, macam duk kat mesir dah kamu nih asyik homesick. tapi itulah hakikatnya. Rindu kat mak abah, kakak-kakak dan abang-abang serta anak-anak buah yang comel.Selagi hidup, selagi itulah nak jadi yang terbaik untuk keluarga dan selagi itulah tak mahu membebankan keluarga. Ramai kawan-kawan di sini yang sangat mementingkan keluarganya, setiap tutur katanya sering berkait dengan keluarga

"macam mana dengan result sem lepas ?"

"Alhamdulillah, sekadar cukup menggembirakan mak ayah itu pun dah cukup"

Allah, jawapan yang sangat membuatkan diri berfikir. Selama ini cukup tak diri ini menggembirakan mak abah ? Selama ini mak abah puas hati tak dengan diri ini. Atau aku sekadar mementingkan orang lain berbanding maka abah. Tapi, apabila dikatakan mak abah, memang anak-anak segala-galanya baginya. Sentiasa ada untuk anaknya tak kira senang atau susah. Hebatnya hati yang diberikan Allah kepada setiap insan yang bergelar mak dan abah.


Kalau boleh, nak sangat apa yang memuaskan hati diberi kepada mak abah, nak sangat segala nikmat yang Allah berikan nak diberikan kepada mak abah.

Berjaya atau tak seseorang itu, ianya bukanlah satu dosa, bukanlah sesuatu yang salah. Tapi ianya sebagai satu jalan yang Allah hendak tunjukkan kepada kita. Bagaimana kita seharian, adakah kerana lalainya kita menjadi sebab gagalnya kita.

Selalu ambil iktibar dari kisah orang lain. Setiap manusia, bermacam-macam nikmat yang Allah berikan, setiap manusia berbagai-bagai dugaan yang Allah turunkan. Itu semua bukti Allah itu ada untuk kita. Tapi kita sering lalai dalam menguruskan suruhanNya. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin banyak ujian yang mendatang, itu tanda cintaNYA.

Perubahan seseorang ke arah yang lebih baik merupakan hadiah untuk orang itu. penghijrahan seorang sahabat ke arah lebih baik mampu menitiskan air mata. tiada apa yang digambarkan selain syukur dengan nikmat yang Allah berikan padanya. Kekuatannya dalam menempuhi apa jua rintangan sehinggakan dia mampu berjaya sedemikian. Kali pertama melihat, tiada lain melainkan rasa gembira, dipeluknya sahabat itu. Allah mengizinkannya, dan Allah tahu dia mampu untuk pertahankan. Hanya kiriman doa untuk sahabat.

Ustaz ada berpesan, biarlah kita menjadi  sababan limanihtada, iaitu penyebab kepada orang yang mendapat hidayah, caranya bagaimana, hanya dengan kita bersangka baik dengan Allah dan hamba-hamba Allah, ia merupakan 2 kategori yang baik dalam hidup. kita bersangka baik dengan Allah, ialah kita memandang setiap nikmat dan ujian semuanya kebaikan buat kita. Dan kita bersangka baik dengan hamba-hamba Allah dengan cara walaupun sejahat mana seseorang itu, pandanglah ia dengan terciptanya ia dengan keizinan Allah, dan dia datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Dengan cara itu kita mampu untuk merasakan kebaikan. Bila kita niatkan 1 kebaikan, Allah akan buka 70 pintu kebaikan buat kita.

Dalam seharian, jangan pernah lupa mohon kebaikan dari Allah, mohon agar Allah permudahkan urusan. Doakan kesejahteraan mak abah dan keluarga.

Semester 5 & 6. Tahun akhir yang akan mematangkan diri, Harap hadirnya kematangan bukanlah disebabkan meningkatnya usia, tapi jauh pemikiran untuk masa hadapan. Dan mampu menempuhinya dengan penuh ketakwaan kepada Allah. Buatlah sesuatu itu niat kerana Allah, dan jangan pernah teragak-agak untuk buat pengorbanan demi mak abah & keluarga. Upgrade the Imaan. May Allah ease everything.

Nadia Yusof
21/06/2013


2 comments: