Monday, May 16, 2011

.:: Diari Diri Zahra::.

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..baru boleh menjengah blog dan meng-update blog. sebelum ini, terasa berat dengan benda yang hendak di lakukan. apa yang tak kena pun entah lah. hati masih di 'renovate'. kadang-kadang khilaf dengan perlakuan sendiri. Astarfirullah. PELIHARA HATIKU INI YA ALLAH..
Diri masih menghitung hari untuk berhijrah menyambung pengajian di universiti. 6 Jun di minta untuk mendaftarkan diri. Keluarga pula decide bertolak ke Terengganu pada 4 Jun. Allah, rasa ralat. Hendak tinggalkan banyak 'kasih sayang' di sini. Meneruskan hidup berdikari di sana. Tambah-tambah pula bulan ini ada hari ibu dan hari bapa. Setiap kali ada program pasal ibu d televisyen, air mata mengalir tanpa sedar. Terfikir. 'macam mana la aku nak 'hidup' di sana tanpa mak dan abah.' . Setengah mak mungkin tak melepaskan anaknya untuk pergi belajar jauh, tapi mak saya merelakan dalam tangisan. kerana anaknya ini ingin berhijrah untuk menimba ilmu, untuk di gunakan sepanjang hidup ini..
"mak.. terimakasih untuk restu yang mak bagi.."

Abah pula, sehari-hari melakukan perkara yang memuaskan hati ni, minta itu ini, di berinya..kadang-kadang, terasa seperti membebankan pula. Tapi abah tetap tersenyum. Allah. tiada orang tua sehebat mak dan abah ku ini. peliharalah mereka duniawi wa ukhrawi..

Kakak-kakak dan abang-abang sentiasa menemani dan 'ok'  untuk membawa saya ke mana-mana. Selalunya pergi membeli barang keperluan. Pergi satu kedai mesti tak puas hati. Melawat satu tempat ke satu tempat. tapi muka mereka tetap sabar.. hati ini cakap. Allah, berikan mereka kesabaran melayan kehendak diri ini, serta.. jadikan diri ini hamba yang bersyukur

3tahun.. akan mengajar diri ini hidup berdikari.. utara- pantai timur. sebelum ini, tak pernah tinggal di asrama. hidup 18 tahun di samping keluarga. orang cakap. "manja". tapi bukan manja, selagi hayat masih ada, nak sentiasa di sisi keluarga. Tapi pengorbanan yang hendak di lakukan. insyaAllah. Membuahkan restu dari Allah serta keluarga.


4bradeq. Jaga diri elok-elok. Jangan lupakan segala kenangan kita di smkaa '06-'10.. 1Fatimah, yang menemukan kita, untuk mewujudkan 4bradeq, dari group yang besar, hanya mampu bertahan hanya kita 4..
2 Fatimah, di uji. retak sedikit. masing-masing dengan perangai masing-masing, mungkin  waktu itu kita belum mengenali diri masing-masing, Alhamdulillah, bertaut kembali.. 3Fatimah, di uji lagi.. kata manal, tragedi oktober.,. tapi ingatlah manal, tiada sekelumit tersimpan di hati ini, tidak mahu ingati semua itu.. jadikan ia pengajaran, waktu itu kita belum matang :) .. 4Abu Bakar.. terpisah dengan anim. anim di tempatkan di 4Muaz, pergolakan agak berlaku, kerana berebut anim. jadi artis top sebentar yea anim.. hehe.. 5Muaz, Alhamdulillah, duduk 4meja sekali, belajar sekali, gelak-gelak sekali, nangis-nangis sekali.Allahu akbar..ukhuwwah kita memang kuat.. CINTA 4BRADEQ SAMPAI MATI :)

SMKAA sentiasa di hati :)
tidak lupa, rakan-rakan lain.. Atiqah Wakhi, Siti Nurfazlinda, Nur Aliaa, Umi Kalsom, Along, Awin, Izni, Aisyah, Ainaa, Yanie, Farah,Munirah Afifi, Athirah Hazwani Ali, akak Nazihah(akak di blog),Che Wan, budak SMKA ARAU batch 1993, gang 5MUAZ dan 5 ABU BAKAR serta semua yang penah kenal diri ini, ampunkan semua silap yang pernah di lakukan,  kalian tetap dalam hati..semoga ukhuwwah kita di redhai Allah..rakan-rakan. doakan saya kuat berdikari di sana kelak. insyaAllah.. semoga hidup kalian di rahmatiNYA 

salam persahabatan dari saya ^^

Nadia Yusof
16/05/2011

10 comments:

  1. Assalamualaikum dik Nadia,lama dah tak dgr dgr crita dr adik,tp akak fhm..byk benda nak settle kan sblum ke sana nanti^^..semoga dipermudahkan urusan adik..barang-barang dah cukupkah?^^

    sayu hati bila baca entri ni,lebih2 lg diiringi muzik secret garden ni..tetiba terfikir mcm mn pula bila akak yg nak berjauhan dgn parents..

    dlm kehidupan kita pasti ada penghijrahan^^Kalau niat kita betul, insyaAllah boleh...

    selamat menempuh 'hidup baru'^^ tak sangka ada nama jg tersenarai..hik2^^...bagus2 ya dik.....;)

    ReplyDelete
  2. syg,,,maafkan kesalah diri ini..
    tiada sdikit dendam atau apo puwn jua,,
    cinta 4 beradek akan utuh di hati ini sehingga akhir hayatt...akan sentiasa merinduimu...

    ReplyDelete
  3. kak nazihah :

    waalaikumussalam wbt..
    ilham xda kak.. so, lama x update..huhu
    belum complete lagi brg2.. masih dlm keadaan 'tension'.. tp insyaAllah..orang sekeliling beri semangat :)
    sayu eh? nak tinggalkan kesan ja..hehe
    insyaAllah.. adik harap penghijrahan adik bserta redha Allah dan redha mak abah, membuahkan ganjaran pahala dari Allah, dan mengharapkan kehidupan yang terbaik di sana..insyaAllah..

    doakan yea :)

    ReplyDelete
  4. sherry :
    insyaAllah manal.. takkan lupa diri ini dengan segala janji2 4bradeq.. kita dah janji.. nak jumpa di somewhere tempat..
    jgn mengharap apa2 kemaafan dari kawan.. kerana tiada perkataan maaf dalam persahabatan.. perkara yg lepas.. tak pernah terkesan dalam hati.. waktu itu, kita belum matang..
    insyaAllah.. sentiasa merindui mu serta 4bradeq yg lain :)

    ReplyDelete
  5. kaka , sedihhh! sbb tym baca ne hayati dgn background msic , tacink , sayang kakak nadia n 4bradeq . kat ati slalo saja , tataw nk ugkap mcmna mkna syang tu . knang daku dalam doamu . gudluck at uniSZA .

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..nadia..syukran jazilan atas semua...enti sahabat ana ....bersyukur hati ni sebab Allah telah mengatur ukhuwah antara kita..allahuakhbar...

    ReplyDelete
  7. anim :

    adekk.. jangan sedih2.. kita pegi tak lama.. 3tahun ja.. ingat yea, 4bradeq forever ever..
    insyaAllah.. doakan kita sejahtera di sana nanti :)
    gudluck at UiTM juga adekk <3

    ReplyDelete
  8. athirah :

    waalaikumussalam sodiqoti.
    afwan sahabat..Alhamdulillah..Allah sentiasa baik dengan umatNYA..
    segala aturanNYA cukup hebat..
    gudluck d perlis nanti :)

    ReplyDelete
  9. Nadia , gud luck study kat Terengganu . Ana da tinggalkan trengganu. Hahaha . Datang Melaka plak . Duduk asrama mgkin jd pngalaman bru tuk enti , tp ana pasti , enti akan sronok stay kat asrama . Ade rmai kawan .

    ReplyDelete
  10. salam... nadia... ni along... pe akbor??? lama tak dengar cite... rindu la zaman sekolah dlu2 ni.... rasa sedih sangat bila kenangkan balik kenangan kita bersama sama sekolah dulu...

    ReplyDelete