Assalamualaikum ..
tenang melihat anak-anak ini =) |
Selalu kita dengarkan, apa yang kita punya sekarang, apa yang
kita miliki sekarang belum tentu akan menjadi milik kita, kita boleh kata
kepada dunia bahawa kita bahagia, kita memiliki segala-galanya, tapi kita tak boleh
melawan kehendak, jika Allah berkehendak sesuatu itu bukan milik kita, ia
takkan menjadi milik kita, dan bila mana Allah nak memberi nikmat kepada kita,
tak ada yang boleh menghalang.
Bersyukurlah jika kita punya apa yang kita perlukan sekarang, Allah takkan
beri apa yang kita mahu tapi Allah akan beri apa yang kita perlu. Kerana Allah
lebih mengetahui, Allah lebih memahami kita, kita cakap kita nak itu nak ini,
tapi hakikatnya perkara yang kita mahukan itu mungkin tidak baik bagi kita,
mungkin mendatangkan keburukan, dan kita tak tahu apa yang menunggu dihadapan
sana. Hidup penuh dengan teka teki, dan teka teki itu hanya Allah yang tahu.
Hanya Allah yang berhak untuk menentukan apa yang akan terjadi kepada
seseorang.
Kalau kita terima ujian, kita rasa susah sangat dalam hidup
nih, apa yang kita patut buat ? TURN BACK TO ALLAH, AND PUT UR TRUST TO ALLAH.
kalau kita nak menghitung berapa nikmat yang Allah berikan, countless. Banyak
sangat nikmat sampai kita rasakan ‘kita tak punya apa’, itu silapnya diri kita. nikmat Islam,nikmat Iman, nikmat kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat yang mewarnai hidup, itukan semua hadiah dari Allah. bayangkan kalau
tiada keluarga, tiada sahabat-sahabat, jiran, saudara mara, kita rasa kita boleh tak
hidup ? no ! because we complete each other, kita tidak akan dapat hidup tanpa
ada orang sekeliling. Dan bayangkan jika Allah tak beri kita semua itu ?
Seorang sahabat pesan, jaga hubungan dengan Allah, jaga
agama, jangan sesekali remehkan maksiat yang kita buat walaupun kita rasa benda
itu kecil tapi besarnya kemurkaan di sisi Allah. jangan sampai Allah tidak
pedulikan kita, jangan sampai kita tidak rasa apa-apa apabila perkara munkar
kita lakukan kepadaNYA. Penghijrahan seseorang tidak akan kekal lama jika tak
sepenuhnya kerana lillahi ta’ala. Bagaimana kita katakan kita cintakan Allah
& Rasulullah, jika dalam hati kita ada cinta yang tak pasti. Berkorban demi
Allah, buat demi Allah, Allah tahu apa dalam hati kita, DIA takkan biarkan kita
terkapai-kapai dalam kesusahan, ada rahmatNYA disebalik itu.
‘dalam seharian , buat perkara yang Allah suka. Cuba didik
diri untuk melakukan perkara yang Allah redha – sahabat ‘
Semua orang melakukan kesilapan, semua orang pernah tersilap
langkah dalam hidup mereka, tapi amatlah rugi jika kita terus berada dalam
kesilapan tersebut, kita tahu itu kesilapan yang kita buat, tapi kenapa kita
tidak mahu keluar daripada kesilapan tersebut ? bukan kita nak lari dari
masalah, tapi cuba kita uraikan apa yang tersimpul, cuba kita mudahkan apa yang
susah, disamping dengan pertolongan Allah, tidak ada yang mustahil. Move on !
hidup perlukan perubahan, penghijrahan daripada yang tak baik kepada yang lebih
baik. Dan kita akan sentiasa bergerak sehinggakan kita rasa ‘cukuplah Allah ada
dihatiku’ Find Allah in your heart ! jangan penuhkan hati kita dengan kebendaan
duniawi, Allah segala-galanya. Believe that ! Allah is everything. Allah takkan
sia-siakan hambaNYA.
Kecewa dalam hidup bukanlah titik noktah, ianya satu titik
permulaan, permulaan untuk kita menyedari apa salah kita dan berusaha untuk perbaikinya. Jangan teragak-agak
untuk berubah, untuk lakukan kebaikan. Biar kita derita di dunia, tapi bahagia
di akhirat, biar kita terpenjara di dunia, asalkan kita dapat memiliki
syurgaNYA.
Nadia Yusof
8/11/2013
No comments:
Post a Comment