Assalamualaikum.
Apa yang menjadikan kita berjaya dalam hidup ? berjaya
sebagai seorang muslim, sebagai seorang mukmin, sebagai hamba Allah.
Contoh termudah saya bawakan, sebuah pasukan dalam satu
permainan!
KEMAHUAN
Seperti kebiasaan sebelum bermula perlawanan. Jurulatih
pasukan tersebut akan memberi semangat kepada anak buahnya, pasukan yang
mengharapkan kemenangan. Berkata jurulatihnya dalam sebuah bilik persalinan
“guys, jika kamu nak menang perlawanan ini, jika kamu keluar bermain untuk
membawa pulang emas, kamu semua mesti ada KEMAHUAN,kamu semua mesti ada impian
untuk menang, dan kekuatan untuk peroleh kemenangan” so, first thing brothers
and sisters ialah KEMAHUAN. Kita mesti ada kemahuan to make our dream become a
reality.
PENGORBANAN & WORK OUT
Sampai masa untuk memulakan perlawanan, pasukan tersebut
keluar dan bermain dengan penuh gigih, lalui kecederaan yang teruk, tapi mereka
masih bermain dengan penuh kesungguhan sehingga titik peluh yang terakhir. tak kisah apa pun halangan yang mendatang, so,second thing, kita mesti bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti
berkorban untuk apa sahaja yang kita mahukan, seperti apa yang dikatakan oleh
Eric Thomas, seorang pakar motivasi “ Sacrifice what you are, for what u will
become”
That’s means kita mesti mampu untuk menghadapi kesakitan
yang kecil bagi mengelakkan kesakitan yang besar. Contoh kesakitan yang kecil,
pasukan tersebut keluar bermain, mereka tabah harungi kekalahan, tabah harungi
kecederaan yang teruk & tabah harungi pandangan orang ramai yang buruk
terhadap mereka, mereka tabah untuk semua itu agar mereka tidak mendapatkan
kesakitan yang besar, dan kesakitan itu adalah KEGAGALAN, a losing !
KESABARAN
Permainan tamat, dan pasukan tersebut kalah, dan apa yang
menaikkan semangat mereka semula ialah kekalahan hanya sementara, ianya boleh
jadi seminit, sejam,seminggu or may even last a year. Tapi apa yang pasti ia
akan memihak kepada mereka & sesuatu
yang baik pasti akan berlaku. Walaubagaimanapun, jika mereka putus asa sekarang,
maka kekalahan untuk selamanya. Kebenarannya, kekalahan akan tunduk kepada
kita, kemenangan akan memihak kepada kita.
Firman Allah SWT :
Orang-orang bersabar. Siapa mereka ?
- Hadith riwayat Muslim
Maka, sabarnya di sini brothers and sisters, bersabar dengan
kekalahan yang berpunca dari diri kita sendiri. Jika pasukan yang kalah ini,
and for sure kalah dalam perlawanan pasti satu yang menyakitkan, jika mereka
kembali dengan semangat yang baru, dengan usaha yang keras dan tak berputus
asa, dan mereka berusaha agar kemenangan akan memihak kepada mereka pada
perlawanan seterusnya, inilah yang dikatakan bagaimana seseorang yang gagal
boleh menjadi seorang yang berjaya.
Pada sudut yang berbeza, jika pemain-pemain ini masih
duduk dalam bilik persalinan tersebut & menginginkan kemenangan pada setiap
perlawanan, tapi mereka tak keluar untuk bermain & tak berusaha untuk
menang, adakah mereka akan menang ? sama sekali tidak !
Inilah realitinya, kita punya banyak impian dalam hidup, so
many goals we want to accomplish tapi jika kita hanya duduk & mengharapkan
keajaiban berlaku sekelip mata, semestinya kita takkan dapat capai impian kita,
kita takkan capai target hidup kita. inilah yang dikatakan work out for what you want. berusaha keras dengan apa yang kita inginkan. rezeki takkan datang bergolek, kejayaan takkan datang tanpa kita usaha keras untuknya.
pada dasarnya, semua ini berbalik kepada kita, seorang kawan nasihatkan, kita mesti ada 4 ini dalam hidup, iaitu d.u.i.t. doa. usaha. ikhtiar. tawakal. kebergantungan sepenuhnya kepada Allah setelah kita berdoa, kita berusaha, kita berikhtiar, dan inilah yang dikatakan TAWAKAL.
jadi, brothers and sisters, 3 cara untuk berjaya,
# pertamanya kita mesti ada kemahuan serta keinginan untuk berjaya
#keduanya, kita perlu berkorban dan bekerja keras untuk sesuatu perkara.
# ketiganya, bersabar hadapi kesakitan, kegagalan & kekalahan.
dengan izin Allah swt, apa yang kita usahakan, kita akan dapat, jika tak dapat, ingatlah Allah memandang kita dengan kasih sayang, redhalah ! itu lebih baik. kita rasa gembira jika kita dapat sesuatu tapi hakikatnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik, mungkin ianya tak baik untuk kita, Allahu'alam :)
Nadia Yusof
11/05/2013