Tuesday, April 30, 2013

.:: Cara Kita Memandang Ujian Dari Allah ::.


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, 29 april, saya sambut hari jadi yg ke 20. Happy Birthday kepada somebody yang menyambutnya pada 30 april ^_^
sedih kucing nih. kesian :'(


nikmat Islam, nikmat sihat, nikmat adanya keluarga yang memahami sy, nikmat rasa kasih kepadaNya selalu saya syukuri. Harap Allah kekalkan rasa syukur ini. Syukur bukanlah setakat kita bahagia dengan apa yg kita ada, tapi kita tetap tersenyum even kita tak dapat apa yang kita minta, sebab cukuplah dengan apa yg Allah anugerahkan dalam hidup ini.

Tahun nih tak dapat sambut birthday sebab ada halangan yang tak dapat dielakkan, Allah tak izinkan and Dia tahu yang terbaik. Tahun nih jugak dapat hadiah birthday, Allah bagi demam. Allah tarik sekejap nikmat sihat nih. Kata seorang sahabat ‘bertuah demam time birthday, Allah pilih awak untuk diuji dan hapuskan dosa-dosa kalau kita tak mengeluh dan tak merungut ’. Alhamdulillah, pandang apa yg Allah beri dengan pandangan yg baik, semua dari ALLAH.

Yakin apa yang terbaik dalam diri, kadang-kadang bila tak kuat, kita lemah, kita tenggelam dalam kelemahan kita, kita tak mampu cari kekuatan tu, if u wanna cry, just cry. Kalau tangisan dapat melegakan kita, why not untuk kita menangis. But never forget yang semua ini dari Allah. tika kuat, tika lemah, kembali kepda Dia. Actually, itu yang membuatkan kita kuat. Trust me!
sayang #4bradeq. ukhuwwah sahabat untill jannah *LOVE*

Kadang-kadang kita lemah, iman kita tak kuat, kita keluar dari lubang kemungkaran dengan penuh pengharapan kepada ALLAH, then selepas tu kita jatuh balik dalam lubang tersebut. Kita lupa dengan janji kita kepada Allah. kita lupa dengan apa yang Allah janjikan untuk kita, mudah sungguh dalam menuruti syaitan !

Nasihat habib Aljufri kepada mereka yg nak kembali kpd Allah even dah banyak kali buat munkar ;

“aku khabarkan berita baik kpd mereka semua, penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dengan ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian sekali lagi kembali kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah. selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka .

Demi Allah, wahai saudaraku. Jika Allah tidak mencintai kamu, DIA tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu rasa kepedihan. Ini adalah perasaan yang kita rasakan 'aku ada lakukan kesalahan'. Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalain aku kepada Allah. bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya Iman, di sini cahaya lilin (keimanan) itu ada, tapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya (keimanan) ini adalah tekad melakukan maksiat. Jika kita memandang remeh dan ringan terhadap maksiat pada diri sendiri, ini bahaya ianya adalah isyarat cahaya Iman mula menghilang.”

Allah.. sungguh hebat kalam ulama ini. Hati perlu kepada santapan rohani, kakak naqibah pernah pesan, ‘dalam sehari jangan pernah lupa bagi makanan kepada hati, dengan cara mana ? caranya dengan selalu membaca ayat Alquran, baca hadis, sirah zaman dahulu, banyakkan berzikir dan selawat. Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Banyakkan buat perkara sunnat, solat hajat jangan tinggal, mohonlah dalam sujud yang terakhir. Before tidur, sunnat witir 3 rakaat, surah alMulk jangan lupa, peneman kita di dalam kubur nanti.

Pesanan untuk semua sahabat dan diri sendiri, memang kita sebagai manusia, sangat lalai dalam menguruskan urusan seharian, kadang2 kita tersasar dari landasan Allah, kita lupa Allah yang guide kita. Kita lupa tentang akhirat. Tapi itu semua bukan alasan untuk kita jauh dari Allah, bukan sebab kita memandang ujian dengan sesuatu yang ‘teruk’. Saya ingat sabda Rasulullah, sungguh ajaib hati org mukmin itu, apabila diberi ujian, dia memandang itu semua kebaikan dari Allah.

brothers and sisters, berapa kali kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ? berapa kali kita memandang dengan kebaikan dengan ujian hidup yang Allah berikan ? adakah sepanjang hidup kita, kita hanya mencaci maki dengan ujian ini semua ? Nau’zubillah. Sebenarnya, ujian yang Allah turunkan kpd kita, semuanya atas sebab kita sendiri, kita jauh dari Allah, kita kufur nikmat. Dan Allah beri ujian sebagai tanda cintaNYA kepada kita.

Kata seorang sahabat 'dear, tak de mende la Allah nak bagi ujian melainkan Dia nak kita merintih kpada Dia ’. if kita redha, kita bersabar, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. Put your trust to Allah'. jika kita ditimpa masalah, Allah tak suruh kita berfikir cari jalan penyelesaian, Allah suruh kita SABAR & SOLAT. Itu usaha kita, Allah nak kita kembali kepada Dia, itu kasih sayang Allah kepada hambaNYA.

Jika kita ditimpa masalah, ambil wudhu, solat, berdoa kepadaNYA, senyumlah dengan kasih sayang Allah, katakana ‘ya Allah, aku redha & sabar dengan semua ini, sesungguhnya semua ini dari Engkau, maka berikanlah kebaikan kdpku atas semua ini’

Biarlah kita penat lelah di dunia untuk mncari redha Allah, kasih sayang Allah,kasih kepada Rasulullah. jika itu yang dijanjikan kesenangan buat kita di akhirat nanti.

Kadang-kadang diri perlu kuat untuk melawan segala ‘rasa’ ini. Kekuatan dari Allah, so find it ! orang itu kuat kerana dia nak sembunyikan kelemahannya, memang betul manusia ada kelemahan dan kelebihan, tapi jangan jadikan kelemahan sebab untuk kita tak boleh menjadi seorang mukmin, muttaqin, muslim.

Jika peroleh cinta, ciptakan cinta atas dasar kepada Allah, usahakan untuk menampakkan cinta keranaNya. Istighfar jika sudah tersasar jauh, biarlah orang tak mampu menilai hati kita, yang penting niat kita untuk dapat redha dariNYA.


Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita, ujian buat kita. Jika dia terbaik buat kita, pertahankan ! usahakan solat hajat, istikharah, tahajjud. kita nak something, pohon hajat kepadaNya. Kita lemah, Allah kuat dengan tahajjud kepadaNya. kita buntu buat keputusan, Allah bagi jawapan dengan istikharah, Alhamdulillah
 =)
 Allah nak lihat usaha kita, Allah nak lihat sejauh mana kita mampu bertahan. Tapi jangan pernah dilupakan cinta kepadaNYA, cinta sesama manusia, make sure ianya lillahi ta’ala. Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil, yakin dengan Allah. DIA akan beri yang terbaik untuk kita, pandanglah ia dengan pandangan kebaikan.
 Mak pesan, when u get good husband, the soleh one, u will get everything. Because he will make your love to Allah more stronger & more amazing. Jadikan diri yang terbaik
  Amiin. May Allah ease everything ^_^
Abah dgn anak2 buah #raya tahun lepas =)


Nadia Yusof
1/05/2013

Saturday, April 27, 2013

.:: Muslimah, tetap seperti dulu ::.


Bismillahirrahmanirahim.. 



Pakaianmu bukan seperti biasa..
Tutur bicaramu juga..
Jalanmu juga begitu..
Peribadimu terjaga..
Citra bidadari syurga..
Kerana apa? Kerana...

Di saat orang lain keluar bersama yang bukan mahram..
Kamu berada di rumah bersama keluargamu..

Di saat orang lain bertepuk tampar lelaki perempuan..
Kamu bergurau dengan sahabat muslimatmu..

Di saat orang lain menggilai music barat dan Kpop..
Kamu tetap dengan zikir dan tafsirmu..

Di saat orang lain memuja artis-artis..
Kamu tetap dengan Nabi Muhammad sebagi idola..

Di saat orang lain bergelak ketawa besar..
Kamu hanya tersenyum sendiri..

Di saat orang lain bertudung fesyen pelbagai..
Kamu tetap dengan tudung labuhmu..

Di saat orang lain dengan make up tebal seinci..
Kamu tetap syukur dengan anugerah semulajadi..

Di saat orang lain bersama perfume mewangi..
Kamu tahu bagaimana hukumnya dari sudut syarie..

Di saat orang lain menggayakan short sleeve..
Kamu tetap tegar memilih long sleeve..



Di saat orang lain menyinsingkan lengan kerana kerimasan..
Kamu memakai handsock untuk menjaga ‘perhiasan’..

Di saat orang lain berkaki ayam bermain air di pantai..
Kamu tetap dengan stokinmu walau kamu tahu ia akan basah..

Di saat orang lain sibuk lagho berfacebook..
Kamu tetap sibuk mengupdate blog dakwahmu..

Di saat orang lain sibuk dengan urusan-urusan dunia..
Kamu tetap dengan kerja dakwahmu..

Di saat orang lain ingin menjadi orang lain..
Aku tahu, kamu tetap kamu seperti dulu..


Nadia Yusof
27/04/2013

Sunday, April 14, 2013

.:: Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah::.

Assalamualaikum

Mana satu nak pilih -_-




Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.



Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. 
“Yang paling tahu hanya Allah..” 

mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

 “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” 
mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”



Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.

"Adik. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” 


 Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Cuba adik renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Adik.. jadi di sini mak nak adikfaham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Adik.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Adik.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk adik, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang adik sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang adik tak nak, sebab kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin adik ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin adik sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang adik sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada adik.. Alangkah bertuahnya adik kalau adik mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”



Nadia Yusof
14/04/2013