Saturday, November 12, 2011

.::Rasa Sayang itu::.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Masih diberi nikmat sihat serta nikmat masa lapang oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup. Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia.
Semenjak menyambung pengajian, jarang mengupdate blog.sibuk dengan urusan seharian.. Kalau cuti semester pun, sibuk dengan family dan melayan facebook.

11/11/11, saya balik ke Terengganu untuk meneruskan pengajian semester ke dua di Universiti Sultan Zainal Abidin dalam bidang diploma Syariah.. 8 jam dalam bas, masih teringat raut wajah emak, kakak, abang serta anak buah yang menghantar ke stesen bas tika itu.. sayangnya abah tak dapat ikut sebab tak berapa sihat. Hati ini nak sangat abah ikut, tapi, perlu difahami keadaan abah. Abah hanya menghantar pada pintu rumah sahaja, menyalami abah, serta mencium kedua pipi abah. masih terasa basah pipi abah pada masa tu.. Begitulah abah, jika abang saya dan saya nak balik ke tempat masing-masing, tumpah air matanya.. abang pula jarang balik kerana sibuk kerja di Shah Alam. kata abang 'abang pun risau tengok abah, abang stay kat Shah Alam pon asyik terfikir pasal abah, insyaAllah dik, kita sama-sama doa yang terbaik untuk kesihatan abah dan mak '.

Abang saya^^ rindulahhh :p
Dalam bas menangis ! seorang diri, walaupun ada teman seuniversiti di belakang, tapi dia lelaki. Hanya buat tak kenal saja. Sambil ber'sms' dengan rakan-rakan lain, menghilangkan sunyi.Teringat lagi masa mula mula balik rumah selepas masuk universiti.. masa tu, sebulan tak balik rumah, dapat cuti seminggu, balik seorang diri juga, sebab rakan seorang lagi tak bercuti.. jurusan lain-lain. Jarang untuk saya berjumpa dengan orang Perlis di sana, tak ramai. Lepas cuti seminggu, tiba masa untuk saya balik Universiti.. Ingat lagi masa tu, naik ja bas, saya nangis dari Perlis sampai Terengganu. Menyumbat telinga dengan earphone, sambil mendengar lagu Doa Perpisahan . Kebetulan pula, kakak saya membeli seat single. jadi, tiada segan silu melayan perasaan seorang diri. Rahmat Allah mengiringi perjalanan saya masa tu, hujan renyai. Sambil hati pilu merindui keluarga serta teman-teman, rindu anak-anak buah, Aliff, Ain,Adam,Aqim,Amsyar. Tika itu, sempat lagi ber'drama'(sms) dengan Manal. diceritanya tentang masalah. Hati terus tidak dapat menahan sebak. Sepanjang perjalanan, tak dapat hilang redup pandangan mak dan abah. Rindunya pada mak dan abah, hanya Allah yang tahu. Sambil melihat gambar mak dan abah yang saya buat wallpaper di telefon.

mak abah @ ICT.. cayangnye :D
Saya tak pernah berpisah dengan keluarga dari umur saya sehari pada 29.April.1993. Ditarbiyah oleh mak dan abah selama hidup ini..Kini, masa saya untuk berkorban meninggalkan keluarga demi mengutip ilmu-ilmu di bumi Allah ini.

Kalau balik, sebelum naik bas, mesti saya mencium mak, entah berapa kali. Mak nangis. Saya pula nasihat mak supaya jangan nangis. :)
Sepanjang cuti semester 3 minggu, meskipun lama, tapi terasa sekejap. Bangun pagi sebelum subuh, tolong kakak dengan busssinessnya. Jika ada tempahan pada masa itu, jadi saya lah pembantu beliau :) Alhamdulillah, sempat cari duit poket. Malam pula tidur lewat, online facebook, dan melayani Amsyar, anak buah. Sambil ditemani oleh abah di ruang tamu, abah suka tengok televisyen lewat -lewat. Saya pun terjangkit dengan beliau pula. Ya Allah, rindunya kat abah masa ni, rindu mak yang selalu bebel untuk tidur, kesian mak kan. Selalu bebel anak mak yang agak degil ni.huhu. Tapi mak tak pernah mengeluh. Ya Allah, Rahmati kedua ibu bapa ku ini.

'Mak abah.. orang rindu. Baru sampai u, mak dah call. orang tengah tidur, maaf la tak dengar bunyi telefon, penat sangat kemas bilik, mak call untuk kali kedua, suara mak riang. senangnya dengar. nak cakap dengan abah, tapi abah tengah tidur. penat. Rindunya kat abah. orang sayang mak abah sangat-sangat. Rakan-rakan kat sini memang dah ketahui, kalau malam-malam memang tak dapat cari orang, kata diorang " dia tengah gayut dengan mak dia la"
hehe.. kelakar.  tiap malam mesti mak atau abah call.. kadang- kadang kakak2 atau abang2. orang tak jemu nak angkat, setiap hari orang 'update' aktiviti kat mak or abah. nak dapat restu mak dan abah. disitulah orang akan dapat restu Allah, insyaAllah..


insyaAllah. semua pesanan mak dan abah, akan di simpan dalam peti hati ini, kalau simpan di otak, takut pula nyanyuk nanti, tak dapat nak ingat semua pesanan mak dan abah, jadi orang simpan dalam hati.. InsyaAllah, hati tak kan nyanyuk :) '
My Heroes.. Amsyar  & Adam :)

sekian.. tak mampu dicoret lagi. hanya doa yang dititipkan untuk mak dan abah.
Wassalam :)

Nadia Yusof
12/11/2011

Thursday, September 29, 2011

.::Ku titipkan rasa itu Ya Allah::.


Aku punya sayang , dan sayang itu ada dlm hati..hny Allah yg tahu...
Rasa cinta akan keluar dari mulut ku pada saat tiba nanti...dlm ikatan Ijab Qobul..

Semoga rasa ini adalah misi,bukan nafsu..
Sehingga mampu membuatku lebih ikhlas dan bersabar dlm setiap prosesnya,dlm setiap penantiannya..

ya Allah, Maha Pemilik Cinta Abadi, aku titipkan satu rasa itu padamu,

 jangan kau hadirkan dulu saat ini,tapi ku titipkan dulu untuk nanti saat Kau pertemukan...
jadikanlah itu sangat indah suatu saat nanti..
ketika waktunya telah tiba..
Waktu yang paling tepat dengan seseorang yang tepat,yang telah Kau persiapkan sejak dulu untuk ku

titip satu rasa itu ya Allah,
rasa yang akan membuatku semakin dekat dengan-Mu,
rasa yang membuat Ia pun semakin dekat dengan-Mu..
rasa yang membuat kami semakin mensyukuri betapa Luas nikmat dan kurnia-Mu, dan membuat kami saling membimbing kelak untuk mencapai ke-Redhaan-Mu..

titip satu rasaku Ya Mushawwir,,
rasa yang boleh menghasilkan sebuah keluarga yang sakinah,
rasa yang mampu menciptakan sebuah rumah yang hangat yang akan menjadi tempat bangkitnya peradaban agama-Mu..

titip satu rasa itu Ya Malik,
rasa yang darinya aku lahirkan para mujahid dan mujahidah yang tangguh..
yang senantiasa siap membela agama-Mu di mercu terdepan..
Pahlawan yang tidak pernah takut malawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh Rasul-Mu..

titip satu rasa itu ya Rabb,
jagalah rasa ini, bimbing langkah ini,,
sehingga rasa sama-sama terjaga,dan akhirnya sama-sama mendapatkan yg terjaga pula..

titip satu rasa itu Ya Rahman,
rasa yang dengannya aku mampu banyak belajar,
........dan ia pun mampu banyak belajar, sehingga saling mengisi dan semakin berkembang kerana tumbuh rasa itu..

titip satu rasa itu Ya Waliyy,,
bimbing langkahnya,
mudahkan urusannya,
luaskan rezekinya,
dan jaga dia untuk tetap berada di jalan-Mu, mudahkanlah jalannya dalam menemukan aku disini..

titip rasa itu Ya Karim,,
jadikan hidupnya senantiasa bermanfaat......
dan jangan lengahkan ia dgn fana nya kehidupan dunia..
Semoga saat ini pun ia sedang berjuang di sana,
senantiasa berjuang untuk menggapai Syurga-Mu..
Jadikan ia orang yang bersungguh-sungguh untuk kehidupan dunia dan lebih bersungguh-sungguh untuk kehidupan akhiratnya..

titip satu rasa itu Ya Ghaffaar,,
jadikan dia orang yang selalu mempelajari agama-Mu,
orang yang selalu menyeru kepada agama-Mu..
jadikan ia Murrobi yang terbaik untukku dan anak-anakku kelak,
jadikan ia murobbi terbaik untuk keluarga dan masyarakat..

titip rasa itu Ya Hafizh,,
jaga aku dan jaga ia sampai waktu yang Kau tetapkan tiba, dan jadikanlah hamba-hamba-Mu yang senantiasa bersabar dan bersyukur..

titip rasa sayang itu Ya Rabb..jagalah hatinya utuk ku dan jagalah hati ku utk nya

 

Aamiin...


Nadia Yusof
29/9/2011

Friday, June 17, 2011

.:: Tak semuanya Indah ::.

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
.
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
.

Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

.
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
.
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi



Nadia Yusof
18/6/2011

Monday, May 16, 2011

.:: Diari Diri Zahra::.

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..baru boleh menjengah blog dan meng-update blog. sebelum ini, terasa berat dengan benda yang hendak di lakukan. apa yang tak kena pun entah lah. hati masih di 'renovate'. kadang-kadang khilaf dengan perlakuan sendiri. Astarfirullah. PELIHARA HATIKU INI YA ALLAH..
Diri masih menghitung hari untuk berhijrah menyambung pengajian di universiti. 6 Jun di minta untuk mendaftarkan diri. Keluarga pula decide bertolak ke Terengganu pada 4 Jun. Allah, rasa ralat. Hendak tinggalkan banyak 'kasih sayang' di sini. Meneruskan hidup berdikari di sana. Tambah-tambah pula bulan ini ada hari ibu dan hari bapa. Setiap kali ada program pasal ibu d televisyen, air mata mengalir tanpa sedar. Terfikir. 'macam mana la aku nak 'hidup' di sana tanpa mak dan abah.' . Setengah mak mungkin tak melepaskan anaknya untuk pergi belajar jauh, tapi mak saya merelakan dalam tangisan. kerana anaknya ini ingin berhijrah untuk menimba ilmu, untuk di gunakan sepanjang hidup ini..
"mak.. terimakasih untuk restu yang mak bagi.."

Abah pula, sehari-hari melakukan perkara yang memuaskan hati ni, minta itu ini, di berinya..kadang-kadang, terasa seperti membebankan pula. Tapi abah tetap tersenyum. Allah. tiada orang tua sehebat mak dan abah ku ini. peliharalah mereka duniawi wa ukhrawi..

Kakak-kakak dan abang-abang sentiasa menemani dan 'ok'  untuk membawa saya ke mana-mana. Selalunya pergi membeli barang keperluan. Pergi satu kedai mesti tak puas hati. Melawat satu tempat ke satu tempat. tapi muka mereka tetap sabar.. hati ini cakap. Allah, berikan mereka kesabaran melayan kehendak diri ini, serta.. jadikan diri ini hamba yang bersyukur

3tahun.. akan mengajar diri ini hidup berdikari.. utara- pantai timur. sebelum ini, tak pernah tinggal di asrama. hidup 18 tahun di samping keluarga. orang cakap. "manja". tapi bukan manja, selagi hayat masih ada, nak sentiasa di sisi keluarga. Tapi pengorbanan yang hendak di lakukan. insyaAllah. Membuahkan restu dari Allah serta keluarga.


4bradeq. Jaga diri elok-elok. Jangan lupakan segala kenangan kita di smkaa '06-'10.. 1Fatimah, yang menemukan kita, untuk mewujudkan 4bradeq, dari group yang besar, hanya mampu bertahan hanya kita 4..
2 Fatimah, di uji. retak sedikit. masing-masing dengan perangai masing-masing, mungkin  waktu itu kita belum mengenali diri masing-masing, Alhamdulillah, bertaut kembali.. 3Fatimah, di uji lagi.. kata manal, tragedi oktober.,. tapi ingatlah manal, tiada sekelumit tersimpan di hati ini, tidak mahu ingati semua itu.. jadikan ia pengajaran, waktu itu kita belum matang :) .. 4Abu Bakar.. terpisah dengan anim. anim di tempatkan di 4Muaz, pergolakan agak berlaku, kerana berebut anim. jadi artis top sebentar yea anim.. hehe.. 5Muaz, Alhamdulillah, duduk 4meja sekali, belajar sekali, gelak-gelak sekali, nangis-nangis sekali.Allahu akbar..ukhuwwah kita memang kuat.. CINTA 4BRADEQ SAMPAI MATI :)

SMKAA sentiasa di hati :)
tidak lupa, rakan-rakan lain.. Atiqah Wakhi, Siti Nurfazlinda, Nur Aliaa, Umi Kalsom, Along, Awin, Izni, Aisyah, Ainaa, Yanie, Farah,Munirah Afifi, Athirah Hazwani Ali, akak Nazihah(akak di blog),Che Wan, budak SMKA ARAU batch 1993, gang 5MUAZ dan 5 ABU BAKAR serta semua yang penah kenal diri ini, ampunkan semua silap yang pernah di lakukan,  kalian tetap dalam hati..semoga ukhuwwah kita di redhai Allah..rakan-rakan. doakan saya kuat berdikari di sana kelak. insyaAllah.. semoga hidup kalian di rahmatiNYA 

salam persahabatan dari saya ^^

Nadia Yusof
16/05/2011

Friday, May 6, 2011

.:: Alhamdulillah ::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiada ungkapan yang terbit, hanya Alhamdulillah atas segala kesempatan yang Allah berikan, atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan.. Segala Puji bagi-MU Ya Allah.. Tuhan semesta Alam..


Terengganu? jauh di pantai timur, tapi semangat serta tekad nak belajar, insyaAllah.. akan Allah permudahkan ^^
Mabruk juga buat sahabat2 yang mendapat tawaran, jangan gusar-gusar, Allah sentiasa ada untuk menolong kalian dalam membuat keputusan.. berdoa banyak-banyak.. Dia tahu yang terbaik untuk kalian..
Sahabat2 yang tidak diterima..jangan susah-susah hati jugak. rezeki ada di mana-mana. Saya melawat blog seorang sahabi tadi, segala mesej dalam blognya amat terkesan, berfikiran positive dalam setiap yang Allah tentukan..

" kejayaan bukan terletak di mana tempat kita belajar, tetapi ia terletak pada dimana semangat kita untuk mencorakkan masa depan kita sendiri. Redha pada ketentuan-NYA membawa kepada lebih banyak kejayaan. Sesungguhnya, Dia lah Yang Maha Menentukan dan setiap yang ditentukannya, pasti ada  hikmahnya - Tuan Khairul Asyraf "


Allahurabbi, tentukan yang terbaik untuk kami, kejayaan kami ini semata-mata bukan lah untuk diri kami, tapi untuk mengutip sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk lebih kami mengenali-Mu..segulung ijazah kami akan perolehi nanti, bukanlah unutuk kami tunjuki pada dunia, tapi hanya hadiah untuk kedua ibu bapa kami yang membesarkan kami sehingga kami dapat mengenali-Mu.. ya Rabb, rahmatilah kedua ibu  bapa kami, tanpa mereka, tidaklah kami memperoleh kejayaan, tanpa usaha mereka yang telah menghantar kami ke tadika seusia 5 tahun,  yang melayan kerenah kami dari usia kami sehari, sehingga meningkat dewasa, masih kami membebani ibu bapa kami dengan kerenah kami.. sungguh pengorbanan mereka amat besar, TERIMA KASIH MAK DAN ABAH ^_^


Nadia Yusof
5/6/2011

Tuesday, May 3, 2011

.::Umat Islam Perlu Bersatu::.

bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar, agak kelewatan update blog sekarang nih, sibuk mengetahui hal-hal 'dunia'.. sambil mngutip sebanyak mungkin amalan untuk ke akhirat..
artikel ini, hanya saya copy dari facebook sahaja, mata pena tidak mampu menulis disebabkan masalah-masalah tertentu. InsyaAllah, sama-sama kita hayati artikel ini untuk menguatkan lagi keutuhan umat islam untuk terus bersatu untuk mendapat rahmat serta kasih sayang Allah, Allahumma amiin :)


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Permusuhan dan dendam kesumat di antara Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam sudah termaktub di dalam al-Quran, seperti firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).' Dan jika engkau mengikuti keingunan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu perlindungan dari Allah." (Suran al-Baqarah ayat 120)

Asbabun Nuzul ayat 120 surah al-Baqarah.
Ibnu Abbas r.a. menjelaskan, bahawa kaum Yahudi Madinah dan Nasrani Najran mengharapkan agar Rasulullah SAW solat menghadap ke kiblat mereka . Terwujudnya harapan ini semakin kecil saat Allah mengubah kiblat kaum muslimin ke arah Kaabah. Akhirnya mereka putus asa untuk membuat Rasul memeluk agama mereka. Maka itu turunlah ayat ini (Hadis Riwayat Tsa'lab lihat Ibnu Katsir)

 Apabila umat Islam berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri maka orang-orang kafir (Yahudi dan Nasrani) yang berdendam dengan umat Islam akan mengambil kesempatan dengan menguasai negara-negara umat Islam seperti di Iraq dan Afghinastan. Mereka berusaha pula untuk menguasai Libya dan Pakistan.

Umat Islam yang mengasihi saudaranya yang lain tidak akan dapat menerima tentera bersekutu mengebom dan membunuh umat Islam di Libya yang tidak berdosa. Walaupun kita tidak bersetuju dengan kezaliman pemimpin Libya membunuh rakyatnya sendiri pada masa yang sama kita juga tidak bersetuju orang asing mencampuri urusan negara Islam yang lain. Matlamat dan cita-cita mereka adalah untuk menguasai Libya sama seperti Iraq dan Afginistan yang telah mereka kuasai. Mereka sebenarnya bertujuan untuk menguasai telaga minyak dan menjamin kekuatan Zionis laknatullah tidak tergugat setelah kejatuhan boneka mereka di Masir dan Tunisia.

Umat Islam adalah saudara satu sama lain karena ikatan akidah, syari’ah, dan akhlak yang sama, yakni akidah yang sama akan melahirkan ukhuwah Islamiyah. Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat petunjuk."

(Surah al-Hujurat ayat 10).
 Persaudaraan yang terjalin sesama muslim akan melahirkan sayang-menyayangi satu sama lain. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Sesama orang mukmin itu bagaikan satu bangunan yang saling meguatkan" (Hadis Riwayat Bukhari).

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak beriman seorang di antaramu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih-mengasihinya, sayang-menyayanginya, dan santun-menyantuninya, bagaikan satu tubuh yang jika satu anggotanya menderita sakit maka menderita pula keseluruhan tubuh..." (Hadis Riwayat Muslim).

"Orang Muslim ialah yang menyelamatkan kaum muslim dari (kejahatan) lisannya dan tangannya. Dan muhajir itu ialah siapa yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah" (Hadis Riwayat Muslim).

“Ada lima kewajiban seorang muslim terhadap muslim lainnya: menjawab salam, memenuhi undangan, mengantarkan jenazah, mengunjungi ketika sakit, bertasymit ketika bersih membaca hamdalah” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Contoh ideal pelaksanaan kasih-sayang sesama muslim adalah ketika kaum Anshar di Madinah menolong dan menyayangi kaum Muhajirin Makkah. Mereka memperlihatkan idealisme sebuah ukhuwah Islamiyah. Betapa kesatuan akidah Islam menjalinkan kesatuan hati dan jiwa umat, melahirkan ikatan persaudaraan yang erat dan mesra.

Persaudaran yang terjalin oleh rasa kasih-sayang yang lahir semata-mata kerana Allah telah mendapat pengikhtirafan Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud : "Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr ayat 9)

Sahabat yang dimuliakan,
Terhadap orang kafir yang tidak memerangi umat Islam atau hidup berdampingan secara damai, umat Islam dilarang menyakiti atau menzalimi mereka. Itulah sebabnya, dalam Islam ada istilah toleransi. Umat Islam diharuskan menghormati keyakinan mereka dan tidak boleh memaksa mereka untuk masuk Islam.

 Firman Allah SWT maksudnya : "Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat." (Surah al-Baqarah ayat 256)

Islam menjamin kebebasan beragama dan mereka dibenarkan dan bebas menganut agama mereka masing-masing. Firman Allah SWT maksudnya : “Katakanlah: Hai orang-orag kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku” (Surah al-Kafirun ayat 1-6).

 Umat Islam perlulah kembali kepada al-Quran dan as-sunnah kerana hanya dengan ini sajalah mereka akan terselamat daripada perpecahan dan persengkitaan. Apabial umat Islam mengambil jalan-jalan lain, peraturan lain dan cara hidup yang lain maka umat Islam akan menyempang jauh daripada rahmat Allah SWT.

Jika umat Islam hannya suka fitnah memfitnah, mengaibkan saudaranya yang lain, mengadu domba, mengumpat dan menyebukkan diri dengan vedio lucah dan  perkara negatif maka umat Islam akan mendapat kehinaan dan agama lain akan memendang rendah dengan kesucian  Islam dan akan menjauhkan mereka dengan kebenaran yang terdapat dalam Islam.

Ingatlah jika  seseorang yang membuka satu jalan kemungkaran dan orang lain mengikutnya maka dosa orang yang mengikutnya hingga kehari kiamat akan ditanggung oleh orang yang membuka jalan maksiat tersebut. Jika vedio lucah yang dirakamkan oleh seseorang dan gambar tersebut terus menerus ditonton oleh manusia seluruh dunia dan berjalan hingga masa yang panjang maka orang yang membuat vedoa tersebut termasuk 'rakan-rakannya' akan mendapat dosa besar yang berterusan.nauzubillahiminzalik!

Persatuan merupakan unsur paling mendasar untuk merealisasikan cita-cita sebuah umat atau bangsa. Oleh sebab itu, salah satu janji Allah SWT dengan para Rasul-Nya adalah menciptakan persatuan di tengah masyarakat. Kitab suci al-Quran sangat menekankan pentingnya masalah persatuan dan menawarkan berbagai cara untuk mewujudkan dan memelihara persatuan umat. Al-Quran menarik perhatian manusia pada sisi persamaan dan menyeru mereka untuk bersatu dalam persamaan tersebut.

Ayat-ayat suci al-Quran mengingatkan bahwa seluruh manusia diciptakan dari tanah dan dari ayah-ibu yang sama. Kemuliaan insani juga milik seluruh manusia, sementara warna kulit, suku dan keistimewaan-keistimewaan lain tidak punya peran dalam kemuliaan manusia.

Kitab suci al-Quran dalam ayatnya yang lugas tentang persatuan, mengajak seluruh umat Islam untuk berpegang pada tali Allah SWT dan menjauhi perpecahan. Dalam surat Ali Imran ayat 103, Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara."

Menurut para ahli tafsir, manifestasi tali Allah yang paling utama adalah al-Quran itu sendiri, sebagaimana dalam sebuah hadis Nabi SAW yang menyebut al-Quran sebagai tali Allah yang memanjang dari langit ke bumi. Selain itu, kitab langit ini juga meminta umat Islam untuk kembali kepada Allah SWT dalam setiap perselisihan dan pertentangan.
Al-Quran menilai perpecahan bersumber dari sifat sombong dan hasad dengki antara sesama muslim. Kitab suci ini juga mengingatkan bahawa orang-orang terdahulu gagal mencapai tujuan-tujuan luhur kerana memiliki sifat-sifat tersebut. Kitab pedoman umat Islam ini menilai persatuan hati di antara umat manusia sebagai sebuah nikmat Allah SWT. Melalui karunia ini, Dia membimbing manusia kepada kehidupan bahagia.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bersatu hati dan membina ikatan ukhwah Islamiah dan silaturahim. Perpecahan akan membawa kita kepada kemurkaan Allah SWT. Segala rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah hanya diberikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersatu hati dan membina ikatan kasih sayang kerana Allah SWT.  Imam Hasan al-Banna berkata : "Tidak ada iman tanpa ukhwah dan tak ada ukhwah tanpa iman."

Nabi SAW bersabda maksudnya :"Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)


saya suka dengar lagu nih, BANGUNLAH WAHAI UMMAH, KITA SATU HATI!!!

Nadia Yusof
3/5/2011

Thursday, April 28, 2011

.:: Sanah Helwah ::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari barokah ini, hari jumaat, penghulu segala hari, serta hari yang Allah janjikan tibanya hari kiamat, hari yang penuh kegembiraan buat hati KELUARGA MAT YUSOF, 29 APRIL 1993, lahir seorang bayi perempuan pada pukul 09:55 pagi, teriakan seorang bayi yang di sambut oleh seorang bidan kampung, tidak di lahirkan di hospital besar or kecik, di lahirkan di KAMPUNG PALOH, bukan zaman jepun tu yea :)

Menjangkau umur 6 tahun, dihantar ke sebuah tadika islam , kemudian meneruskan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jelempok, mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Alhamdulillah, di tarbiyyah oleh guru-guru yang cukup hebat, serta dengan keizinan Allah SWT, dapat dia menjadi seorang insan yang berguna insyaAllah,
hari ini, 29 April 2011, saya menyambut kelahiran yang ke 18, pada hari Jumaat, terasa sebak sangat-sangat..


"Allahurabbi, aku hormat sangat dengan penghulu segala hari ini, maka itu, hari kelahiranku jatuh pada hari ini, justeru, Engkau lindungilah aku Ya Rabb, jadikan pengakhiran hidupku nanti dengan husnul khotimah..Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu Ya Khaliq, aku bersyukur dengan semua nikmat yang telah Engkau berikan padaku.. Allah, Engkau sejahterakanlah Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, Allah, rahmatilah ke atas kedua ibu bapaku Mat Yusof bin Saidin dan Raziah binti Ali, mereka yang mengajarku sehingga aku mengenali-Mu..serta berikan taufik dan hidayah kepada kakak-kakak serta abang-abangku, yang setia melayan karenah adik bongsu mereka tanpa penat lelah,Allah..berikanlah cinta-Mu kepada sahabi dan sahabiah-sahabiah ku, teman-teman yang senantiasa berada tika aku suka mahupun duka, yang memperkenalkan padaku erti persahabatan sejati, aku menyayangi mereka kerana-Mu Ya Rabb, berkatilah hidup mereka..serta kepada muslimin dan muslimat di dunia ini, berkatilah hidup mereka seperti mana Engkau memberkati hidup golongan sebelum kami.."

 Alhamdulillah, harijadi yang ke 18, sudah besar saya nih, dah kena hidup berdikari, lepas ni dah terima tawaran universiti, mesti kena tinggalkan family tercinta, gugup rasanya, sebelum ni, hidup selama 18 tahun, tak pernah jauh dengan keluarga, tak pernah stay kat asrama,.. Allah, macam mana la saya nanti?mohon dipermudahkan =D
syukran kpd anim dan manal, menghadiahkan saya buku ini "rangkaian kisah bidadari"


Kesempatan ni, nak ucapkan terimakasih banyakbanyak kepada mak dan abah yang wish birthday, kakak-kakak dan abang-abang, saudara-suadara, 4bradeq, kawan-kawan sekolah lama , kawan-kawan facebook, kawan-kawan blogger, dan kawan-kawan seluruh negeri ( aishh, prasan ja tuh kawan dengan seluruh negeri :p)
semoga Allah memberkati hidup kalian, insyaAllah, semoga senantiasa di dalam maghfirah-Nya..

Syukran juga kepada keluarga, yang mengadakan sebuah majlis birthday saya serta anak sedara saya yang comel nih, selang beberapa hari ja dengan harijadi saya
acu sayang kamu :)

anak2 sedara acu yang comel2 belaka :)
p/s : banyak sejarah pada 29 April 2011, antaranya bermula program kegemaran saya, program IMAM MUDA MUSIM II, perkahwinan diraja  putera william :), serta zed zaidi melangsungkan perkahwinannya(zed zaidi punya kad kahwin cantik sangat-sangat, lambang facebook, Alhamdulillah, tahniah!).

 Nadia Yusof
29/4/2011

Monday, April 25, 2011

.::Luahan Hati Putera Agama::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ratuku..
inginku luahkan 
apa yang sudah lama terbuku di hati ini
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik oleh tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kedengaran dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..

Ratuku..
kebimbanganku ini bertambah lagi bila ku melihat
bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
aku masih terpinga-pinga 
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
kerana apa yang aku melihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukan ku berharap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara safa dan marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu Syurga..

Ratuku..
akuilah hakikat yang terurai
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita yang suci terpuji..
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa 
cukuplah sekadar kau mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi 
sehingga keharumannya melewati pintu-pintu Syurga..


Jangan kau risau wahai Ratuku..
kadangkala musim berganti 
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
tapi.. itu hanya ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga lah kelopak mu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosak serimu
kerana kau ratu idaman kalbu..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun kadang-kadang 
aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang aku harapkan
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa 
membuatku tersenyum lega kerana akan ku temui
RATU yang benar-benar ratu..

Nadia Yusof
25/4/2011

Thursday, April 21, 2011

.:: Rezeki Ku Bukan Di Sana::.

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya, tangan dapat pantas untuk mencoret serba sedikit yang saya ingin kongsikan,


hari barakah tersebut, sahabiah kesayangan iaitu ukhti manal, menghantar mesej pada telefon saya, katanya keputusan pemilihan untuk Diploma Tahfiz Alquran di Darul Quran dah tahu, jadi dengan penuh rasa debar di hati, terus log in ke laman web Darul Quran..mengisi nombor kad pengenalan, terpampang nama saya  layak untuk ke temuduga Diploma Tahfiz Alquran, Alhamdulillah, panjatkan syukur pada Allah, terus sujud syukur,atas kesempatan ini,

Saya memberitahu family,kemudian memberitahu 4bradeq(sahabiah-sahabiah akrab saya).. ucapan tahniah yang diterima.. malam itu, berbincang dengan 4bradeq untuk ke sekolah pada keesokan harinya, tujuan yang sebenar untuk mengambil gambar studio graduasi..


Keesokannya, selepas solat subuh, di tunaikan solat istikharah, kerana hati saya masih berbolak balik dengan temuduga tersebut, kemudian, sampai saja ke rumah ukhti Manal, disambut dengan jenaka ummi ukhti manal, tak lekang bibir dengan segala 'bebelan manja' ummi kepada anak manjanya..meriah ja..hehe.. ummi ukhti Manal pesan

" kalau nak bagi ingat hafazan untuk temuduga Darul Quran nanti, macam saranan ulama', makan halia muda campur dengan gula dan garam, masa tengah berlatih untuk hafazan, makan,kemudian buang hampasnya, just makan air nya sahaja"

Gulp! halia muda? aduhai.. 'sedapnya!'huh.. angguk ja lepas ummi ukhti Manal beritahu, buat muka patuh.. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga ukhti Tasnim beserta baby Aisyah, adik beliau, dengar-dengar ja Aisyah nak join sekali, melompat keriangan saya, meriah juga! tapi, ukhti Sya tidak dapat join sekali, ada hal katanya. Tak cukup seorang memang semangat agak down T_T. Huhu. 

menaiki kereta yang di pandu ukhti Tasnim, beserta lagu di radio, lagu Gio, 'Bila cinta'. Mata asyik pusing-pusing ja, effect lagu tu kot. Ada ja yang tak kena. Sambil melayan baby Aisyah di seat belakang, comel-comel suara dia,. 

Kemudian sampai lah di bumi SMK Agama Arau yang barakah, tempat di mana saya dan kawan-kawan mengutip ilmu-ilmu yang bermanfaat, di mana disini juga ukhuwwah bermula. Terus ke bilik Cikgu Latiff (bilik kaunseling), sebelum itu, berjumpa dulu dengan Cikgu Su, bertanya beliau tentang di Darul Quran, ya, 'POSITIF'. Mengambil gambar graduasi di tangan cikgu Latiff, ada juga beberapa orang rakan lain yang ambil gambar, terserempak dengan rakan sekelas Mohd Miqdad berserta songkoknya di kepala ( Alhamdulillah).

Bertanya kepada cikgu Latiff tentang temuduga Darul Quran, keyword  untuk masuk Darul Quran mesti hafazan,  banyak nasihat yang di beri, katanya 
''kamu kena pergi juga temuduga DQ, kamu tak mengharap untuk dapat pun kan, jadi why not kalau kamu mengitup pengalaman bagaimana suasana interview,''

Buat muka tak bersalah ja depan cikgu, sebab dari pagi memang saya rasa tak sedap hati ja, hati berbolak balik untuk pergi interview, masa isi borang DQ dulu pun, 'main-main' ja, tidak meletakkan harapan untuk dapat tawaran Darul Quran. So, pengajaran di sini, lain kali  jangan main-main dalam membuat keputusan.
:(
banyak yang dibincangkan dengan cikgu Latiff, kemudian ukhti Manal bertanyakan pula tentang temuduga perguruan, bulan 5 nanti, banyak persediaan yang kena siapkan, dari segi karangan, fizikal, etika berpakaian, tutur bicara, kena pakai name tag. kena lontarkan suara apabila nak bercakap, huaraian yang padat, jangan cakap macam malas-malas, dan paling penting, mesti penuh keyakinan. Lakukan seperti 'mahu mengajar'. Banyak pengetahuan yang kami dapat bila jumpa cikgu Latiff. Diri ini masih buat muka seposen depan cikgu, bimbang pasal temuduga Darul Quran, tiada keyakinan untuk pergi, manakala ukhti Tasnim mengawasi adiknya yang memang ramah tamah dengan orang, melayan kerenah dia, hilang sikit kegusaran di hati,
Cikgu tengok ja muka seposen saya nih, terus dia polish lagi! beri keyakinan. Tekadkan dalam hati, 'mungkin' saya boleh! MUNGKIN? yah!masih 50-50. Asiif ya Cikgu.T_T
keluar dari bilik cikga Latiff, terserempak Ustazah Mazlifa dan teacher Nazatulshima, bertanyakan tentang hal Aisyah.

''la..dah ada anak dah ka?"

heheh..kelakar betul, tersenyum akhirnya. dari tadi asyik buat muka ja. Ustazah Mazlifa mengucapkan selamat berjaya kepada saya, untuk temuduga Darul Quran nanti,

kemudian, terus ke bilik guru, nak lepas rindu dengan cikgu-cikgu tersayang. niat di hati nih nak jumpa Ustazah Asiah, bertanyakan Darul Quran, masih mahu mengutip informasi-informasi. Malangnya, Ustazah Asiah tiada, masuk bilik guru, nampak Ustazah Najidah bersama Ustazah Habsah, terus menyalami tangan Ustazah Habsah, diri ini di cium oleh Ustazah Habsah. Allahuakbar! sebak sangat rasa, ukhuwwah ini masih panjang, tangan Ustazah Najidah juga dicapai, dikhabarkan tentang misi saya pada temuduga nanti, kata Ustazah Habsah


"Alhamdulillah, 'Atif juga dapat temuduga Darul Quran, tapi dia pada 21 haribulan, di Maktab Mahmud juga, sama dengan kamu"

"insyaAllah, kamu berdoa banyak-banyak, selalunya, surah yang di beri bukan surah yang pernah 'dikenali' oleh pelajar pada persekolahan, surah Albaqarah atau Alkahfi, mungkin tidak akn di tanya oleh panel penemuduga nanti"


Allah. Berdebar, Ustazah Najidah juga memberi kata semangat, kemudian sembang macam- macam dengan ustazah, tentang  imam muda musim ke 2 , tersenyum diri ini bila sebut imam muda :)

Meminta diri dari ustazah-ustazah kesayangn yang comel-comel, kaki menghayun langkah kepada ukhti Manal dan Ukhti Tasnim beserta Aisyah yang tengah berhalaqah dengan teacher Sharina, Teacher yang memang sporting sangat-sangat. Luang masa sedikit bersama Teacher Sharina yang meminta tolong macam-macam, lama dia tidak 'mambuli manja' kami. hehehe. :)

Meminta diri untuk pulang, terus ke kedai alat tulis, nak photostat segala bagai sijil serta beli file clear holder.
Sampai ja depan kedai, Allah! kad pengenalan saya hilang, gusar dalam diri. Telefon Cikgu Latiff, kalau-kalau ada dalam biliknya.'Memaksa' ukhti Tasnim untuk pergi ke sekolah balik, nak cari kad pengenalan, maaf ukhti Tasnim, menyusahkan awak :(


Finally, setelah buat muka tebal depan Cikgu Latiff sebab malu, Ukhti Manal jumpa juga kad saya, ada atas jalan tempat parkir kereta tadi. punylah cuai saya nih, dalam hati cakap ' Allah, ujian.'
tak pa, POSITIF :)

setelah sampai di rumah, menunaikan solat istikharah, mencuba menghafal satu muka surat Surah Almulk, sambil makan resepi halia muda+gula+garam. PEDAS~ di gagahi juga. petang itu, sebelum hari temuduga keesokan harinya, saya bertekad, saya tolak temuduga tersebut, atas sebab-sebab tertentu. Banyak sangat sebab,biarlah saya sahaja yang mengetahui :)

memberitahu emak dan abah dengan senyuman :) .mak cakap
"tak palah, dah rasa macam tu, insyaAllah, ada rezeki lain,  Allah nak bagi yang lain untuk adik"


abah cuma senyum :).. tahu dah, abah selalu serah apa jua keputusan kepada saya,
 "jangan paksa diri kalau tak mampu "

Hm, rasa macam tersungkur sebelum berjuangkan. rasa down sangat-sangat, Tapi POSITIF kan dalam diri, Allah ada! ada hikmah di sebalik semua ini.
kata sahabiah sahabi saya, calon temuduga  Diploma Tahfiz Alquran ialah 1200 , calon yang layak untuk ke Darul Quran cuma 200 lebih sahaja ( tak pasti).


Set dalam jiwa, ada rezeki untuk ke tempat lain, di titipkan agar permohonan upu ke UIA, UM, USIM dan UNISZA diterima salah satunya, insyaAllah. semoga Allah perkenankan.

p/s : mak dan abah, doakan anakmu supaya peroleh apa yang anakmu ini cita-citakan, kepada ustazah-ustazah, cikgu-cikgu serta teacher-teacher, saya terpaksa menolak tawarn tersebut. Asif wa jiddan, kepada sahabi dan sahabiah, di doakan untuk kalian semoga rezeki kalian juga ditetapkan oleh Allah yang terbaik, banyakkan berdoa.Allahumma aminn. :)

Nadia Yusof
21/4/2011

Monday, April 18, 2011

.:: Pasrahkan Semua Itu::.

Bismillahirrahmanirrahim..


kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan menjadi lemah dan tak tahan ujian.. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.. 

Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Kita memohon keteguhan dan kekuatan hati..dan Allah memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan.. dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang..

Kita memohon kemakmuran.. dan Allah memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran..

Kita memohon cinta..dan Allah memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai..

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati..dan Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti..

bermujahadah memerlukan perjuangan..perjuangan yang tidak putus, berjihadlah unutk kebaikan..jangan dihirau apa kata-kata insani, biarlah Allah redha dengan perjuangan saya.. hati bagai di siat-siat,kepada Allah lah saya memohon,kerna saya tahu, Allah sedang mengatur yang terbaik untuk saya.. Sungguh hebat segala aturan Allah..

Begitulah cara Allah mebimbing kita..

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Allah memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Allah, padahal itulah yang terbaik untuk kita..


hidup memerlukan pengorbanan

pengorbanan memrlukan perjuangan

perjuangan memerlukan ketabahan

ketabahan memerlukan keyakinan

keyakinan pula menetukan kejayaan

kejayaan pula akn menentukan kebahagiaan

Nadia Yusof
18/4/2011

Sunday, April 17, 2011

.:: YA ALLAH..HAPUSKAN DUKA INI::.

YA ALLAH..
gantikan kepedihan ini dengan kesenangan,
jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan 
dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram..
YA ALLAH..
dinginkan panasnya kalbu salju dengan salju keyakinan..
dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan..
WAHAI RABB..
anugerahkan pada mata yang tidak dapat pejam ini rasa mengantuk dariMU yang menteteramkan..
tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian..
dan ganjarlah dengan kemenangan yang nyata..
WAHAI RABB..
tunjukkan lah pandangan yang bingung ini kepada cahayaMU..
bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMU yang lurus.
dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMU merapat ke hidayahMU..



YA ALLAH..
sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang..
dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran..
hempaskan tipu daya syaitan dengan bantuan bala tenteraMU.. 
YA ALLAH..
sirnakan dari ku rasa sedih dan duka ..
dan usirlah kegundahan dari jiwa ku..
hanya kepadaMU aku bersandar dan bertawakal..
hanya kepadaMU aku bermohon kekuatan itu..
dan hanya diriMU lah semua pertolongan..
cukuplah engkau sebagai pelindung ku..
kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Pertolongan..

ISTIKHARAH..

YA ALLAH..hamba memohon agar memilihkan mana yang terbaik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhan lah yang amat mengetahui segala urusan yang tersembunyi. YA ALLAH.. jika persoalan ini baik bagi ku, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah keberkahan bagi hamba di dalamnya.. YA ALLAH.. jika hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba, dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana sahaja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-MU..



Nadia Yusof
18/4/2011

Friday, April 15, 2011

.::AYATUL QURAN AL - KARIM::.

Bismillahirrahmanirahim..



Surah al-Baqarah(sapi betina) 
*barang siapa membaca dua ayat yang terakhir dari surah ini sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan marabahaya.
Surah ALI IMRAN(keluarga imran) 
*barangsiapa membaca 3 ayat yg pertama dari surah ini, nescaya akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
Surah AN-NISA"(perempuan) 
*barangsiapa membaca ayat ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan trselamat dari kejahatan para penjahat.
Surah AL-MAIDAH(hidangan) 
*barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah akan terselamat dari waswas semasa wudhu' dan sembahyang.
Surah AL-ANFAL(rampasan) 
*barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

Surah AL-KAHFI(gua) 
*barangsiapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. 
*barangsiapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. 


Surah AS-SAJDAH(sujud) 
*barangsiapa membaca ayat2 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia kan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
Surah AL-A'ALA(yang paling tinggi) 
*barangsiapa membacanya berterusan, insyaALlah akan terpelihara dari penyakit buasir.
Surah AN-NASHR(pertolongan) 
*baransiapa membacanya ketika menghadapi musuh, nescaya Allah menewaskan musuhnya itu.
Surah AN-NAS(manusia) 
*Nabi S.A.W bersabda:
"sepuluh yang menahan daripada 10.
Surah FATIHAH DARI KEMURAKAAN TUHAN
surah YASSIN DARIPADA KEDAHAGAAN HARI KIAMAT,
surah DUKHAN DARIPADA HURU HARA HARI KIAMAT
surah AN-NAS MEMELIHARA DRPD WASWAS HINGGA AKHIR RIWAYAT
maka barangsiapa membaca surah AN-NAS , nescaya akan terpelihara daripada was-was dan rasukan syaitan "

Allahu'alam.

Nadia Yusof
15/4/2011