Saturday, January 18, 2014

.:: 'Ainul Mardhiah ::.



     ‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.




Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. 

Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….

Nadia Yusof
18/01/2014

.:: Wanita Ibarat sebiji Epal ::.




Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.

Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?



Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak disentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Ambil tauladan dari kisah epal tersebut, dan dari hari ke hari berusaha untuk menjadi seperti ‘epal’ yang tidak menurunkan dirinya dari atas pokok. Selalu kita dengar dan kita teladani kisah-kisah serikandi Islam terdahulu, bagaimana mereka menjaga kehormatan diri, bagaimana mereka menjaga peribadian diri, berjuang demi Islam, mencintai Allah dan Rasulullah dan mendambakan syurgaNYA. Begitu juga pada kaum perempuan pada hari ini.

            Islam sangat menjaga dan mengangkat darjat perempuan, sehinggakan bab aurat hinggalah bab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Keperibadian isteri-isteri nabi dapat kita contohi, betapa mendalamnya cinta mereka kepada Allah, kepada Rasulullah, kepada agama Islam sendiri, menjaga kehormatan diri dari pandangan-pandangan yang mendatangkan haram.


           
            Jagalah diri, jaga aurat, jaga pergaulan, jaga kehormatan. Sungguh semua orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup, pernah ‘terbabas’ dalam hidup, tapi itu bukanlah hal yang menghalang untuk kita berubah, begitu juga dengan hamba Allah ini. Jangan jadikan cinta kita kepada dunia yang sementara ini menjadi penghalang untuk kita mengabaikan syariat yang Allah aturkan untuk kita, lakukanlah niat demi Allah, insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita itu.


Cita-citalah untuk membuatkan bidadari syurga turut cemburu dengan solehahnya dirimu wahai muslimah.  

Nadia Yusof
18/01/2014

Friday, November 8, 2013

.:: Move on ! Hidup Perlukan Perubahan ::.

Assalamualaikum .. 

tenang melihat anak-anak ini =)


           Selalu kita dengarkan, apa yang kita punya sekarang, apa yang kita miliki sekarang belum tentu akan menjadi milik kita, kita boleh kata kepada dunia bahawa kita bahagia, kita memiliki segala-galanya, tapi kita tak boleh melawan kehendak, jika Allah berkehendak sesuatu itu bukan milik kita, ia takkan menjadi milik kita, dan bila mana Allah nak memberi nikmat kepada kita, tak ada yang boleh menghalang.  Bersyukurlah jika kita punya apa yang kita perlukan sekarang, Allah takkan beri apa yang kita mahu tapi Allah akan beri apa yang kita perlu. Kerana Allah lebih mengetahui, Allah lebih memahami kita, kita cakap kita nak itu nak ini, tapi hakikatnya perkara yang kita mahukan itu mungkin tidak baik bagi kita, mungkin mendatangkan keburukan, dan kita tak tahu apa yang menunggu dihadapan sana. Hidup penuh dengan teka teki, dan teka teki itu hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang berhak untuk menentukan apa yang akan terjadi kepada seseorang.


Kalau kita terima ujian, kita rasa susah sangat dalam hidup nih, apa yang kita patut buat ? TURN BACK TO ALLAH, AND PUT UR TRUST TO ALLAH. kalau kita nak menghitung berapa nikmat yang Allah berikan, countless. Banyak sangat nikmat sampai kita rasakan ‘kita tak punya apa’, itu silapnya diri kita. nikmat Islam,nikmat Iman, nikmat kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat yang mewarnai hidup, itukan semua hadiah dari Allah. bayangkan kalau tiada keluarga, tiada sahabat-sahabat, jiran, saudara mara, kita rasa kita boleh tak hidup ? no ! because we complete each other, kita tidak akan dapat hidup tanpa ada orang sekeliling. Dan bayangkan jika Allah tak beri kita semua itu ?



Seorang sahabat pesan, jaga hubungan dengan Allah, jaga agama, jangan sesekali remehkan maksiat yang kita buat walaupun kita rasa benda itu kecil tapi besarnya kemurkaan di sisi Allah. jangan sampai Allah tidak pedulikan kita, jangan sampai kita tidak rasa apa-apa apabila perkara munkar kita lakukan kepadaNYA. Penghijrahan seseorang tidak akan kekal lama jika tak sepenuhnya kerana lillahi ta’ala.  Bagaimana kita katakan kita cintakan Allah & Rasulullah, jika dalam hati kita ada cinta yang tak pasti. Berkorban demi Allah, buat demi Allah, Allah tahu apa dalam hati kita, DIA takkan biarkan kita terkapai-kapai dalam kesusahan, ada rahmatNYA disebalik itu.

‘dalam seharian , buat perkara yang Allah suka. Cuba didik diri untuk melakukan perkara yang Allah redha – sahabat ‘

Semua orang melakukan kesilapan, semua orang pernah tersilap langkah dalam hidup mereka, tapi amatlah rugi jika kita terus berada dalam kesilapan tersebut, kita tahu itu kesilapan yang kita buat, tapi kenapa kita tidak mahu keluar daripada kesilapan tersebut ? bukan kita nak lari dari masalah, tapi cuba kita uraikan apa yang tersimpul, cuba kita mudahkan apa yang susah, disamping dengan pertolongan Allah, tidak ada yang mustahil. Move on ! hidup perlukan perubahan, penghijrahan daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Dan kita akan sentiasa bergerak sehinggakan kita rasa ‘cukuplah Allah ada dihatiku’ Find Allah in your heart ! jangan penuhkan hati kita dengan kebendaan duniawi, Allah segala-galanya. Believe that ! Allah is everything. Allah takkan sia-siakan hambaNYA.


Kecewa dalam hidup bukanlah titik noktah, ianya satu titik permulaan, permulaan untuk kita menyedari apa salah kita dan berusaha untuk perbaikinya. Jangan teragak-agak untuk berubah, untuk lakukan kebaikan. Biar kita derita di dunia, tapi bahagia di akhirat, biar kita terpenjara di dunia, asalkan kita dapat memiliki syurgaNYA.  



Nadia Yusof
8/11/2013

Thursday, August 22, 2013

.:: kita rasa dia okay tak ::.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ada kesempatan sedikit update blog. lepas raya, menghadapi masa yang sangat busy dengan assignment yang banyak. tahun akhir yang mencabar tapi alhamdulillah bertemu dengan murobbi-murobbi yang banyak membantu. 


berjumpa dengan sahabat yang banyak bertanya, 

"apa pandangan awak terhadap dia, awak rasa dia okay tak ?"

"pandangan saya ? sekali tengok macam okay, tapi saya pun bukan kenal mendalam sangat dengan dia, saya tak berani nak cakap dia okay atau tak, hanya Allah yang tahu hati dia macam mana. siapa kita nak menilai orang kan "


" tapi awak, dia memang tak okay pun, selama saya kenal dia, banyak buruk dari baik, macam tak ngam je dengan saya "


" mana awak tahu dia tak okay ? awak pernah bermusafir dengan dia ? pernah tanya orang sekeliling dia itu macam mana orangnya, jangan awak hanya ikut pandangan awak je, siasat dulu, bersangka baik "


begitulah ! orang bertanyakan pandangan kita terhadap orang lain, agak-agak kita nak ceritakan yang buruk-buruk tak, kata seorang hamba Allah ' orang yang hatinya hidup ialah tak menceritakan keburukan orang lain meskipun dia berkesempatan untuk menceritakan ' Allah, kita pun kadang-kadang terlepas dari perkara ini, mulut ini laju nak cerita itu ini, sebarkan hal yang tak sepatutnya, padahal boleh je kan kita menjaga aib si fulan. 


kita tak tahu jalan cerita hidup dia, kita tak tahu hati dia, sebab dia melakukan itu ini. hidayah itu milik Allah, Allah yang membolak balikkan hati kita, mungkin hari ini kita menjadi sederhaka iblis, mana tahu esoknya kita mampu menjadi sesuci malaikat. kita hanya mampu menilai luaran, terbaiknya hanya Allah tahu apa yang kita tak tahu, diri kita sendiri pun kita tak mampu nak menilai, apatah lagi kita nak menilai orang lain.kadang-kadang orang yg hebat pun membuat salah, bukan karena buruk tapi karena mereka jg manusia.


Antara kita tiada yg sempurna.Seburuk manapun kita pada masa lampau, tak bermaksud selamanya kita akan jadi buruk.. Berhijrahlah selagi nyawa masih di kandung badan.

kita tengok dia hari ini berakhlak buruk, tapi tak selamanya kita melabelkan dia akhlak yang buruk, hidayah milik Allah, mungkin suatu hari nanti dia lebih hebat akhlaknya dari kita, lebih hebat hubungannya dengan Allah. berdoalah yang terbaik untuk dia. semua manusia akan berubah, dari yang baik kepada jahat dan dari jahat kepada baik. jika Allah nak beri kebaikan terhadap seseorang itu, ia takkan dihalang oleh apa-apa tangan sekalipun. 


sesekali Allah menguji kita dengan membolak balikkan hati ini, kita hilang pedoman, asyik nak buat benda jahat je, itu maknanya Allah rindu nak dengar doa kita kepada DIA, Allah rindu kita meminta-minta pertolongan dan petunjuk dari DIA. whatever happen, turn back to Allah. sebab kita tak tahu penghujung kita macam mana. mungkin kita rasa ' dah tak ada kebaikan dah dalam diri aku nih '. walhal yang menentukan baik atau buruk kita hanya Allah. selalulah fikir yang baik-baik, minta yang baik-baik insyaAllah yang datang nanti semuanya baik-baik. Apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP & apa yang kita BUAT itu semua adalah DOA, dan Allah bersama sangkaan hamba2NYA.banyakkan melakukan kebaikan, walaupun kecil, insyaAllah yang datang kepada kita pun hanya yang baik2 sahaja.


kalau pasal jodoh, selalu sangat terdengar ' aku rasa aku bukan jodoh dia, dia dah la baik, aku nih benda simple pun tak boleh nak menjaga, dia boleh dapat yang lebih baik '

(senyum) macam dia tahu siapa jodoh dia, siap main tentu-tentu lagi. Ajal maut, rezeki, jodoh semua kuasa Allah, kita tak mampu nak predict sesuatu tu apa yang akan jadi, sebab something better or not will happen right. benda tu jadi atau tak bukannya kita yang tentu, berdoa yang terbaik. ada, alhamdulillah. tak ada, Allah nak bagi yang lebih baik.

kata seorang murobbi, resepi hidup kita mendapat berkat ialah kita bersangka baik dengan Allah & bersangka baik dengan makhluk Allah. bersangka baiklah dengan Allah, Allah timpakan sesuatu dalam hidup kita semua tu untuk kebaikan kita, hari ini mungkin kita tak nampak, esok lusa kita akan tahu jugak dan ucapan Alhamdulillah yang keluar (senyum). 


bersangka baik dengan makhluk Allah, dengan tidak melabelkan seseorang tu, sampaikan kita dah tak nampak keburukan dia, sebab manusia ada baik dan buruk, kata lagi murobbi tersebut, kita nih ibarat lakonan di atas pentas, kita hanya menjalankan watak sedemikian-sedemikian dan baik atau buruk watak itu hanya Allah Maha Mengetahui. 


Wallahu'alam. semoga dapat mendidik hati ini, hati yang terkadang lalai. amiin.

pray for our brothers and sisters in Egypt. Allah beri kebaikan kepada mereka dengan mengurniakan syahid untuk mereka. semoga kemenangan milik Islam, dan pastinya Islam akan menang. Doa itu senjata !

Nadia Yusof
23/08/2013

Wednesday, July 3, 2013

.:: Kisah Wanita Pertama Ahli Syurga ::.

Suatu hari puteri Nabi SAW. Fatimah Az Zahra ra. bertanya kepada Rasulullah SAW., siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah Ummahatul Mukminin setelah isteri-isteri Nabi SAW.? Rasulullah bersabda: Dialah Mutiah.

Berhari-hari Fatimah Az Zahra berkeliling kota Madinah untuk mencari tahu kewujudan siapa Mutiah itu dan di mana wanita yang dikatakan oleh Nabi SAW. itu tinggal. Alhamdulillah dari maklumat yang diambil ilmunya, Fatimah mengetahui kewujudan dan tempat tinggal Mutiah di pinggiran kota Madinah.

Atas izin suaminya Ali bin Abi Talib, maka Fatimah Az Zahra dengan mengajak Hasan puteranya untuk bersilaturahmi ke rumah Mutiah pada pagi hari. Sesampainya di rumah Mutiah, maka Fatimah yang sudah tidak sabar akan mengetuk pintu rumah Mutiah dengan mengucapkan salam.

“Assalaamu’alaikum ya ahlil bait.” Dari dalam rumah terdengar jawapan seorang wanita, “Wa’alaikassalaam … siapakah diluar?” Lanjutnya bertanya. Fatimah menjawab, “Saya Fatimah putri Muhammad SAW.” Mutiah menjawab, “Alhamdulillah, hari ini rumahku dikunjungi putri Nabi junjungan alam semesta.”
Segera Mutiah membuka sedikit pintu rumahnya, dan ketika Mutiah melihat Fatimah membawa putra laki-lakinya yang masih kecil (dalam riwayat masih berumur 5 tahun). Maka Mutiah kembali menutup pintu rumahnya kembali, terkagetlah Fatimah dan bertanyalah putri Nabi SAW kepada Mutiah dari balik pintu.

“Ada apa gerangan wahai Mutiah? Kenapa engkau menutup kembali pintu rumahmu? Apakah engkau tidak mengizinkan aku untuk melawat dan bersilaturahim kepadamu? ”

Mutiah dari balik pintu rumahnya menjawab, “Wahai putri Nabi, bukannya aku tidak mahu menerimamu di rumahku. Akan tetapi keberadaanmu bersama dengan anak laki-lakimu Hasan, yang menurut ajaran Rasulullah tidak membenarkan seorang isteri untuk memasukkan laki-laki ke rumahnya ketika suaminya tidak ada di rumah dan tanpa izin suaminya. Walaupun anakmu Hasan masih kecil, tetapi aku belum meminta izin kepada suami dan suami saat ini tidak berada di rumah. Kembalilah besok biar aku nanti meminta izin terlebih dahulu kepada suamiku. ”

Tersentaklah Fatimah Az-Zahra mendengar kata-kata wanita mulia ini, bahawa hujah Mutiah memang benar seperti yang diajarkan ayahnya Rasulullah SAW. Akhirnya Fatimah pulang dengan hati yang bergejolak dan merancang akan kembali esok hari.

Pada hari berikutnya ketika Fatimah akan berangkat ke rumah Mutiah, Husein adik Hasan rewel tidak mahu ditinggal dan merengek minta ikut ibunya. Hingga akhirnya Fatimah mengajak kedua-dua anak lelakinya Hasan dan Husein. Dengan berfikir bahawa Mutiah sudah meminta izin kepada suaminya atas keberadaannya dengan membawa Hasan, sehingga kalau dia membawa Husein sekaligus maka hal itu sudah termasuk permit yang diberikan kepada Hasan kerana Husein berusia lebih kecil dan adik dari Hasan.

Namun ketika berada di depan rumah Mutiah, maka kejadian pada hari pertama berulang kembali. Mutiah mengatakan bahawa keizinan yang diberikan oleh suaminya hanya untuk Hasan, akan tetapi untuk Husein Mutiah belum meminta izin suaminya.

Semakin galau hati Fatimah, memikirkan begitu mulianya wanita ini menjunjung tinggi ajaran Rasulullah SAW. dan begitu tunduk dan tawaddu ‘kepada suaminya.

Pada hari yang ketiga, kembali Fatimah bersama kedua-dua anaknya datang ke rumah Mutiah pada petang hari. Namun kembali Fatimah mendapati kejadian yang menakjubkan, dia terkagum. Mutiah didapati sedang berdandan sangat rapi dan menggunakan pakaian terbaik yang dipunyai dengan bau yang harum, sehingga Mutiah kelihatan sangat mempesona.

Dalam keadaan seperti itu, Mutiah berkata kepada Fatimah bahawa suaminya sebentar lagi akan pulang kerja dan dia sedang bersiap-siap menyambutnya. Subhanallah, kita merindukan isteri yang demikian. Iaitu ketika suami pulang kerja dia berusaha menyambutnya dengan keadaan sudah mandi, sudah berdandan, sudah memakai pakaian yang bagus, dan siap menyambut kedatangan suami di halaman rumah dengan senyuman terindah penuh kasih dan sayang. Ya Allah, jadikanlah isteri-isteri kami seperti Mutiah.

Akhirnya Fatimah pulang kembali dengan kekaguman yang tak terperi kepada Mutiah. Dan pada hari yang keempat, Fatimah datang kembali ke rumah Mutiah lebih petang dan berharap bahawa suaminya sudah berada di rumah atau sudah pulang dari kerja. Dan Alhamdulillah memang pada saat Fatimah datang, suami Mutiah baru saja sampai di rumah pulang dari kerja.

Fatimah dan kedua-dua anaknya Hasan dan Husein dipersilahkan masuk oleh Mutiah dan suaminya ke rumahnya. Fatimah melihat sebuah pemandangan yang jauh lebih mengesankan berbanding dengan yang dihadapinya sejak hari pertama. Mutiah sudah menyiapkan baju ganti yang bersih untuk suaminya, sambil menuntun suaminya ke bilik mandi. Mutiah kelihatan mula melepaskan baju suaminya, dan mereka berdua hilang masuk ke bilik bilik mandi. Dan yang dilakukan oleh Mutiah adalah memandikan suaminya. Subhanallah … Tsumma Subhanallah.

Selesai memandikan suaminya, Fatimah menyaksikan Mutiah memimpin suaminya menuju ke tempat makan. Dan suaminya sudah disiapkan makanan dan minuman yang dimasaknya seharian. Sebelum memakan makanan yang sudah disiapkan, Mutiah masuk ke dalam rumah dan keluar dengan membawa cambuk sepanjang 2 meter dan diberikan kepada suaminya dengan berkata.

“Wahai suamiku, seharian aku telah membuat makanan dan minuman yang ada didepanmu. Sekiranya engkau tidak menyukai dan tidak berkenan atas masakan yang aku buat, maka cambuklah diriku. ” 

Tanpa bertanya apa-apa, Fatimah sudah memahami apa yang dikatakan oleh ayahnya Rasulullah SAW. tentang wanita pertama penghuni syurga setelah para isteri Nabi iaitu Mutiah.

Fatimah pulang menangis haru dan bahagia kerana sudah mendapat jawapan bagaimana isteri yang solehah. Seperti yang ada pada diri Mutiah, yang mendapatkan kehormatan sebagai wanita yang paling dahulu masuk syurga Allah SWT.


Nadia Yusof
04/07/2013

Thursday, June 20, 2013

.:: Kita kuat sebab kita ada Allah ::.

Assalamualaikum w.b.t.


Dimulakan dengan segala pujian bagi Allah dan RasulNya Al-Amin, salam dan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw, keluarga baginda, para sahabat dan para tabi' tabi'in.
Menjejakkan kaki kembali ke taman syurga, gedung ilmu di UniSZA ini, tak ramai yang dapat memerhatikan setiap tempat tersebarnya ilmu ialah taman syurga. Ilmu yang insyaAllah dapat menjadi saham di akhirat sana, dan menjadi bekalan untuk kehidupan 'di sana'.

Tahun akhir, tak disangka cepat masa berlalu, sekarang dah masuk tahun akhir pengajian Diploma Pengajian Islam Syariah di UniSZA. Rasa tak puas berukhuwwah dengan sahabat, masing-masing tak puas nak bersweet sesama sendiri, Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat mementingkan kehidupan 'sana', yang sangat mementingkan cinta kepada Allah&Rasulullah melebihi segalanya. Dan ketahuilah, jika kita mencintai Allah, kita akan perolehi seisi dunianya. Letakkan Allah & Rasulullah teratas dalam hati kita.

Semuanya bermula dengan tarbiyyah, iaitu didikan. mujahadah untuk kebaikan diri sendiri, orang lain takkan mampu untuk memaksa kita jika kita sendiri yang tak berkeinginan. Sama juga seperti hidayah Allah, Allah takkan beri kepada kita jika kita tak berkeinginan, dan Allah akan beri kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.

Orang cakap, macam duk kat mesir dah kamu nih asyik homesick. tapi itulah hakikatnya. Rindu kat mak abah, kakak-kakak dan abang-abang serta anak-anak buah yang comel.Selagi hidup, selagi itulah nak jadi yang terbaik untuk keluarga dan selagi itulah tak mahu membebankan keluarga. Ramai kawan-kawan di sini yang sangat mementingkan keluarganya, setiap tutur katanya sering berkait dengan keluarga

"macam mana dengan result sem lepas ?"

"Alhamdulillah, sekadar cukup menggembirakan mak ayah itu pun dah cukup"

Allah, jawapan yang sangat membuatkan diri berfikir. Selama ini cukup tak diri ini menggembirakan mak abah ? Selama ini mak abah puas hati tak dengan diri ini. Atau aku sekadar mementingkan orang lain berbanding maka abah. Tapi, apabila dikatakan mak abah, memang anak-anak segala-galanya baginya. Sentiasa ada untuk anaknya tak kira senang atau susah. Hebatnya hati yang diberikan Allah kepada setiap insan yang bergelar mak dan abah.


Kalau boleh, nak sangat apa yang memuaskan hati diberi kepada mak abah, nak sangat segala nikmat yang Allah berikan nak diberikan kepada mak abah.

Berjaya atau tak seseorang itu, ianya bukanlah satu dosa, bukanlah sesuatu yang salah. Tapi ianya sebagai satu jalan yang Allah hendak tunjukkan kepada kita. Bagaimana kita seharian, adakah kerana lalainya kita menjadi sebab gagalnya kita.

Selalu ambil iktibar dari kisah orang lain. Setiap manusia, bermacam-macam nikmat yang Allah berikan, setiap manusia berbagai-bagai dugaan yang Allah turunkan. Itu semua bukti Allah itu ada untuk kita. Tapi kita sering lalai dalam menguruskan suruhanNya. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin banyak ujian yang mendatang, itu tanda cintaNYA.

Perubahan seseorang ke arah yang lebih baik merupakan hadiah untuk orang itu. penghijrahan seorang sahabat ke arah lebih baik mampu menitiskan air mata. tiada apa yang digambarkan selain syukur dengan nikmat yang Allah berikan padanya. Kekuatannya dalam menempuhi apa jua rintangan sehinggakan dia mampu berjaya sedemikian. Kali pertama melihat, tiada lain melainkan rasa gembira, dipeluknya sahabat itu. Allah mengizinkannya, dan Allah tahu dia mampu untuk pertahankan. Hanya kiriman doa untuk sahabat.

Ustaz ada berpesan, biarlah kita menjadi  sababan limanihtada, iaitu penyebab kepada orang yang mendapat hidayah, caranya bagaimana, hanya dengan kita bersangka baik dengan Allah dan hamba-hamba Allah, ia merupakan 2 kategori yang baik dalam hidup. kita bersangka baik dengan Allah, ialah kita memandang setiap nikmat dan ujian semuanya kebaikan buat kita. Dan kita bersangka baik dengan hamba-hamba Allah dengan cara walaupun sejahat mana seseorang itu, pandanglah ia dengan terciptanya ia dengan keizinan Allah, dan dia datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Dengan cara itu kita mampu untuk merasakan kebaikan. Bila kita niatkan 1 kebaikan, Allah akan buka 70 pintu kebaikan buat kita.

Dalam seharian, jangan pernah lupa mohon kebaikan dari Allah, mohon agar Allah permudahkan urusan. Doakan kesejahteraan mak abah dan keluarga.

Semester 5 & 6. Tahun akhir yang akan mematangkan diri, Harap hadirnya kematangan bukanlah disebabkan meningkatnya usia, tapi jauh pemikiran untuk masa hadapan. Dan mampu menempuhinya dengan penuh ketakwaan kepada Allah. Buatlah sesuatu itu niat kerana Allah, dan jangan pernah teragak-agak untuk buat pengorbanan demi mak abah & keluarga. Upgrade the Imaan. May Allah ease everything.

Nadia Yusof
21/06/2013


Friday, May 10, 2013

.:: 3 cara untuk berjaya #kesakitan hanya sementara ::.


Assalamualaikum. 


Apa yang menjadikan kita berjaya dalam hidup ? berjaya sebagai seorang muslim, sebagai seorang mukmin, sebagai hamba Allah.
Contoh termudah saya bawakan, sebuah pasukan dalam satu permainan!





KEMAHUAN

Seperti kebiasaan sebelum bermula perlawanan. Jurulatih pasukan tersebut akan memberi semangat kepada anak buahnya, pasukan yang mengharapkan kemenangan. Berkata jurulatihnya dalam sebuah bilik persalinan “guys, jika kamu nak menang perlawanan ini, jika kamu keluar bermain untuk membawa pulang emas, kamu semua mesti ada KEMAHUAN,kamu semua mesti ada impian untuk menang, dan kekuatan untuk peroleh kemenangan” so, first thing brothers and sisters ialah KEMAHUAN. Kita mesti ada kemahuan to make our dream become a reality.

PENGORBANAN & WORK OUT

Sampai masa untuk memulakan perlawanan, pasukan tersebut keluar dan bermain dengan penuh gigih, lalui kecederaan yang teruk, tapi mereka masih bermain dengan penuh kesungguhan sehingga titik peluh yang terakhir. tak kisah apa pun halangan yang mendatang, so,second thing, kita mesti bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti berkorban untuk apa sahaja yang kita mahukan, seperti apa yang dikatakan oleh Eric Thomas, seorang pakar motivasi “ Sacrifice what you are, for what u will become”
That’s means kita mesti mampu untuk menghadapi kesakitan yang kecil bagi mengelakkan kesakitan yang besar. Contoh kesakitan yang kecil, pasukan tersebut keluar bermain, mereka tabah harungi kekalahan, tabah harungi kecederaan yang teruk & tabah harungi pandangan orang ramai yang buruk terhadap mereka, mereka tabah untuk semua itu agar mereka tidak mendapatkan kesakitan yang besar, dan kesakitan itu adalah KEGAGALAN, a losing !



KESABARAN

Permainan tamat, dan pasukan tersebut kalah, dan apa yang menaikkan semangat mereka semula ialah kekalahan hanya sementara, ianya boleh jadi seminit, sejam,seminggu or may even last a year. Tapi apa yang pasti ia akan memihak kepada mereka  & sesuatu yang baik pasti akan berlaku. Walaubagaimanapun, jika mereka putus asa sekarang, maka kekalahan untuk selamanya. Kebenarannya, kekalahan akan tunduk kepada kita, kemenangan akan memihak kepada kita.
Firman Allah SWT :

 “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


Orang-orang bersabar. Siapa mereka ?

'' Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”
 - Hadith riwayat Muslim


Maka, sabarnya di sini brothers and sisters, bersabar dengan kekalahan yang berpunca dari diri kita sendiri. Jika pasukan yang kalah ini, and for sure kalah dalam perlawanan pasti satu yang menyakitkan, jika mereka kembali dengan semangat yang baru, dengan usaha yang keras dan tak berputus asa, dan mereka berusaha agar kemenangan akan memihak kepada mereka pada perlawanan seterusnya, inilah yang dikatakan bagaimana seseorang yang gagal boleh menjadi seorang yang berjaya.


Pada sudut yang berbeza, jika pemain-pemain ini masih duduk dalam bilik persalinan tersebut & menginginkan kemenangan pada setiap perlawanan, tapi mereka tak keluar untuk bermain & tak berusaha untuk menang, adakah mereka akan menang ? sama sekali tidak !
Inilah realitinya, kita punya banyak impian dalam hidup, so many goals we want to accomplish tapi jika kita hanya duduk & mengharapkan keajaiban berlaku sekelip mata, semestinya kita takkan dapat capai impian kita, kita takkan capai target hidup kita. inilah yang dikatakan work out for what you want. berusaha keras dengan apa yang kita inginkan. rezeki takkan datang bergolek, kejayaan takkan datang tanpa kita usaha keras untuknya. 

pada dasarnya, semua ini berbalik kepada kita, seorang kawan nasihatkan, kita mesti ada 4 ini dalam hidup, iaitu d.u.i.t. doa. usaha. ikhtiar. tawakal. kebergantungan sepenuhnya kepada Allah setelah kita berdoa, kita berusaha, kita berikhtiar, dan inilah yang dikatakan TAWAKAL.

jadi, brothers and sisters, 3 cara untuk berjaya, 
 # pertamanya kita mesti ada kemahuan serta keinginan untuk berjaya
 #keduanya,  kita perlu berkorban dan  bekerja keras untuk sesuatu perkara.
 # ketiganya, bersabar hadapi kesakitan, kegagalan & kekalahan.

dengan izin Allah swt, apa yang kita usahakan, kita akan dapat, jika tak dapat, ingatlah Allah memandang kita dengan kasih sayang, redhalah ! itu lebih baik. kita rasa gembira jika kita dapat sesuatu tapi hakikatnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik, mungkin ianya tak baik untuk kita, Allahu'alam :)

Nadia Yusof
11/05/2013