Assalamualaikum.
Haa.
insyaAllah hari nih sedikit perkongsian antara tips macam mana nak pakai tudung
labuh secara ekspress & menutup aurat, ataupun secara ‘tiba2 aku nak pakai tudung labuh la’. Di
highlightkan di sini, tudung labuh bukankah dikatakan tudung bulat, tudung
labuh empat segi bidang 60,shawl pashmina, tudung labuh ini diklasifikasikan
sebagai tudung yg melepasi dada anda, faham kan, and then tudung tu tak jarang,
tak singkat, tak ketat sehingga menampakkan bentuk leher. Most important tudung yang akan
anda pakai nanti tidak ada bonggol unta kat belakang tu. Sabda Nabi Muhammad
SAW :
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim.
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim.
Step
seterusnya, for sure semuaaa orang akan rasa ‘sejuknya aku tengok dia pakai
tudung labuh, entah bila aku pulak’. See, kita tahu kan pakai tudung labuh tu
manis, Nampak sopan gitu. Macam saya jugak dulu bila belajar pakai tudung labuh,
lama jugak google pasal pemakaian tudung labuh, sedikit demi sedikit cuba meluaskan
rakan2 di facebook dengan akhawat2 si tudung labuh, siyesly seperti dialog di
atas ‘sejuknya ya Allah, tengok dia’. Dah memang fitrah perempuan suka yang
cantik2kan. Tapi niat pun kena perbaharui jugak sikit2. Niat menutup aurat
kerana Allah, dalam Al-Quran dah pesan kepada para2 hawa taman syurga sekalian
agar
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]
Nampak tak,
Allah pesan kita supaya perempuan must, wajib jaga diri, dengan itu kita mampu
dikenali sebagai wanita Islam. Perbezaan antara wanita Islam dengan wanita
bukan Islam ialah kehormatannya, tak dikatakan di sini wanita bukan Islam tiada
kehormatan, tetapi terhormat dari segi menjaga maruahnya. Wanita yang bermaruah
pasti akan menjaga agamanya.
Bagaimana
nak jaga agama ?
Ok, menutup
aurat merupakan salah satu cara kita menjaga agama Islam. Cuba check hari nih
pemakain kia berlandaskan Islam atau tak ? dah pakai tudung ? Alhamdulillah
dah, tapi make sure tudung melepasi dada & tak jarang, baju mesti mesti
lengan panjang & melepasi punggung, jangan la kakak pakai ketat sangat ye,
tak comel. Satu pesan ustaz Azhar Idrus, perempuan tak boleh pakai baju inner
kat luar, macam kita tengok orang sekarang pakai lengan pendek and then pakai
inner utk cover lengan, cara tu tak menepati tutup aurat lagi, kata ustaz itu
bukan tutup tapi MEMBALUT aurat.
Check lagi kaki kita, dah tertutup dengan
stoking ataupun tak. Dulu pengalaman pakai stoking masa tunggu kakak bersalin
di hospital, sorang makcik tu cakap ‘sejuk kan, patut adik pakai stokin’. Masa
tu saya senyum dan borak pasal lain, tiada kekuatan lagi nak cakap panjang2
pasal tu. Itu la kitakan ! selalu beralasan bila nak buat kebaikan, tiada
kekuatan lah, tiada kudrat lah, padahal kekuatan itu dari Allah, so find it !
sesetengan orang cakap pakai stoking nih terlampau ‘syadid’ sebab sampai kaki pun nak cover ke, bukan ada
apa-apa pun kaki tu. Adik kakak, sabda Nabi Muhammad
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Hanya tapak
tangan & muka sahaja ! so kaki antara aurat yang mesti kena tutup. Tak
mahal pun stokin, menyusahkan? yup kita memang kena menyusahkan sebab nak masuk
syurga Allah lagiiiiiii susah ! kalau tak mampu pakai stoking, pakai la kasut
yang menutup semua kaki, but pakai kain yang labuh sampai ke kaki. Can you ?
^__^
Kalau agak
pakai tudung bawal tu jarang sampai nampak leher, WAJIB pakai inner. Kalau tak
jarang Alhamdulillah tak pakai pon dah ok. Kemudian pakai sarung lengan (hand
sock) pakai baju lengan panjang, baju kurung or jubah sekalipun pun mesti pakai
hand sock, takut nanti terbuka aurat. Kecuali lah baju lengan itu bercekak,
insyaAllah selamat J
So
step seterusnya, kita cuba tengok-tengok tudung labuh kat kedai ataupun kat
online nih, taknak yang labuh bulat, tudung labuh bidang 60 pun banyak. Tengok
sampai jemu, sampaai ada rasa ‘nak beli
la satu, suka2 je dulu’. insyaAllah dengan redha dariNYA, kita mampu jatuh
cinta dengan tudung labuh.
Kelahiran
manusia agung, Nabi Muhammad SAW yang mengangkat darjat wanita Islam, dulu
wanita hanya sebagai barang dagangan, anak perempuan di tanam hidup2 sebab
mereka takut anak perempuan itu nanti akan mencemarkan maruah keluarga mereka.
Kemudian Nabi Muhammad melarang amalan jahiliyyah tersebut agar menghormati wanita
Islam, Baginda dijadikan sumber rujukan wanita2 zaman dahulu untuk menjadi
wanita dihormati, baginda amat mementingkan dalam menutup aurat. So apa lagi
alasan yang kita ada untuk tak mengikut sunnah Nabi, kata cinta Nabi kan,
follow la !
Tapi kita
sekarang nih mencemarkan lagi diri kita sebagai ‘wanita Islam’. Dengan
pemakaian kita di luar rumah, mana bukti cinta kepada Allah& Rasulullah
Seru tak
sampai lagi ?
Bukankah dah
beribu tahun seru itu sudah ada, dalam surah Annur seperti yang di atas, itulah
seru! Hidayah tiada lagi ? hidayah tak perlu ditunggu tapi MESTI DICARI, usaha
kita mencari hidayah tu Allah akan tunjukkan jalan kebenaran kepada kita. Until
when kita nak tunggu tunggu dan tunggu, takut tak sempat kita sampai lah di
jemput Malaikat maut.
Adik kakak
sekalian, kita menutup aurat bukanlah untuk siapa2, tapi sebagai kecintaan kita
kepada agama Allah, Addinul Islam.
Semua orang mampu berubah, semua orang ada hak untuk mengubah diri mereka sendiri, berhijrah ke arah yang lebih baik
Jadi, sebagai penutup bebelan saya pada
entry kali nih, hebatnya wanita Islam ialah dalam dia bermuhajadah menutup
aurat dengan sempurna ! mujahadah lah, memang susah, tapi disebalik kesusahan
ada kesenangan.
Nadia Yusof
15/02/2013
Mahal harga Syurga Allah kerana susahnya kita ‘menjaga’ di
dunia ini, untuk AKHIRAT kekal abadi J